Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Tak sampai 24 jam tahun 2009 akan berakhir. Kala nak dikira dari segi azam, ada yang tak tercapai. Usaha ke arah nak capai pun belum dimulakan [sebenarnya aku pun dah lupa apa antara azam aku]. Macam rutin, sampai kadang-kadang malas nak tanam azam. Tapi tanpa azam macam mana nak capai impian.

Terkejar-keja juga kerja di pejabat. Nak capai sasaran 2009. Sebelum balik, sempat aku tengok kat perakam waktu bulan terakhir 2009 nie. Alahai. Banyak juga merahnya.

Jumpa En Beliau. Minta tandatangan perakuan. Traffic jammed. Aku tulis sebagai alasan kepada warna merah tu.

"Aihhh. cuti-cuti sekolah pu jalan jammed gak ker"

"Aha. Pagi-pagi jammed kat rumah"

Rabu, Disember 30, 2009

Nota Bergetah (Untuk Kamu)


Buat kengkawan semua. Dengan rasa rendah hati, kami ingin menjemput kalian bertandang ke teratak baru kami dan sama-sama mendoakan kebahgiaan kami.

Untuk lakaran boleh muat turun di sini. Eh, tak boleh pulak. Rujuk peta di bawah yer. Atau yang ada GPS boleh jer cari koordinat ini N 02'57.166' E101'46.662' Elevation + 298m. Agak-agak sesat, jangan segan nak telefon 01239115531 (kemat). Kalau segan leh tanya jer pak polisi.

Jemput yer. Kenduri kami tak seberapa. Cuma ingin berkongsi kegembiraan dan rasa syukur merealisasikan impian bersama.

Penampilan khas: Tiada artis, cuma awek suka kucing yang berkebaya merah katanya.


Isnin, Disember 28, 2009

Sedang Mengorat Awek Che'gu Untuk Menonton Wayang Kisah Komik Ini



"Terkandas dia di air yang dangkal ketika badai tersua dengan awan" Pedang Setiawan Siri Ke 11

Jumaat, Disember 25, 2009

Bila Lagi Ni 2 (Edisi Basuh Kereta)





Awek che'gu. Lama sangat dah bercuti. Dah gian nak kembali menulis di papan hitam.

Wira hitam aku sebagai gantinya.

Rabu, Disember 23, 2009

Bila Lagi Ni?

Awek suka kucing asyik bertanya. Bila nak buat sesi 'panaskan rumah'.

"Nantilah.. rumah belum habis kemas lagi" Alasan aku. Macam selalu.
Dah timbul gosip. Di sana sini. Rumah Kemat. Besar. Macam istana.

"Korang tengok meja kerja dia yang bersepah pun leh tahu. Kemat tu mana la rajin nak mengemas. Makan bulan gak dia nak kemaskan rumah dia tu" ulas seorang kawan. Membela sambil mengutuk. 2 dalam 1.

Selasa, Disember 22, 2009

Status Fesbuk (sekiranya ada) Hujung Minggu Yang Lalu

  1. Melawat Taman Tamadun Islam
  2. Bergambar Di Sekitar Masjid Kristal
  3. Layan ASTRO Kat Hotel Dari Dalam Selimut
  4. Makan Udang & Ikan Celup Tepung Di Pantai Teluk Ketapang
  5. Mencari Batik Di Pasar Payang
  6. Melawat Stadium Runtuh
  7. Berbengkel Menyelesaikan Tugasan Pejabat Sehingga Ke Malam

Khamis, Disember 17, 2009

Masa Itu Emas

Antara surat pertama sampai ke rumah kami. Adalah iklan dari Habib Jewel.
"Kami jual murah-murah jer. Harga kengkawan" begitulah kata mereka. Dari Habib Jewel.

Aku tunjukkan pada awek che'gu. Mungkin ada yang dia berminat. Cincin perkahwinan dulu dah hilang di kebas orang. Belum berganti hingga ke hari ini.

"Tak apa lah. Tak perlu belikan dulu. Cukuplah sekadar habiskan masa bersama anak dan isteri di rumah ini. Masa itu pun emas juga" pinta awek che'gu.

Iya. Kebelakangan nie selalu juga balik lewat. Perlukan lebihkan masa di rumah baru kami ini juga sebenarnya.


Rabu, Disember 16, 2009

GPS

Kawan aku. Asyik tanyakan alamat GPS rumah aku. Senang. Kalau tahu kodnya. Masukkan dalam GPS, pasti dapat dicari rumah aku walau berselindung di balik bukit atau celahan kebun getah.

Mana aku nak tau. Aku pun tak der bendalah GPS tu. Biasa aku bagi landmark Kajang Hill Golf Club, pasti orang dapat jumpa.

Hujung minggu lepas, aku bagi juga panduan ke rumah. Bukan kod GPS. 
"Aha... lepas lampu isyarat tu, ngko terus himpit kiri, ada jalan masuk bawah terowang landasan keretapi 50 meter dari situ. Terus belok. Jalan terus jer...bla....bla..bla"

Aku rasa macam senang jer. Tapi dah dekat setengah jam tak sampai-sampai gak lagi. Kalau ada kenduri kahwin, leh aku pacak bunga manggar jer.

"Kat mana dah". Aku berkomunikasi guna teknologi sms. 

Lima minit lepas tu baru ada balasan. "N02'53.178 E 103' 48.662'"

Cheh. Mamat GPS nie memang nak kena hempuk dah. Aku senyapkan sahaja. Takkan lah aku nak kena buka peta dan kompas nak cari dia.


15 minit lepas tu baru dia telefon. "Mat, amik aku kat Petronas Seksyen 3"

Kan senang.

Isnin, Disember 14, 2009

Seronok Sampai Lupa

Aku pernah bagitau kat sorang member. Eh, ramai sebenarnya. Antara tempat makan yang best kat KL nie adalah warung Nasi Lemak & Char Kway Tiaw Mali, Tmn Bunga Raya. Berdekatan Kolej TAR. Buka seawal jam 5.30 petang. Sampai lah lagi beberapa jam nak azan Subuh. Kena pulak view meja kamu ngadap KLCC. Memang happening habis.

Awek bersepah. Yang datang makan dan juga yang jual. Nasi lemak dan char kway tiaw kat sini memang best in town. Macam ganja. Sekali kena pasti nak lagi.

"Kat sini semua best lah. Tak ada yang tak best. Memang tak menyesal kemari. Walau lenguh kena beratur panjang"

Yakin benar aku dalam usaha mempromosi kawan ke sini. Macam ada komisyen plak. Tapi aku lupa, keseronokan datang dengan keizinan-Nya. Dan bila kita terlupa. Ada pengajaran untuk ketika berfikir seketika.


Koma.


Hujung minggu lepas. Setelah kembali pulang dari kampung awek che'gu di Mentakab. Kami singgah ke warung Mali. Sekian lama tak bertandang. Sekian lama menaruh rindu dan dendam. Pada kemanisan sambal nasi lemak dan kesegaran udang dalam char kwey tiaw yang dihidangkan.

Kami puas. Bila nasi lemak dan char kway tiaw melepasi tekak ini. Dan mudah pula membuat kesimpulan. Segalanya pasti menggembirakan hati. Bila ke sini. Rasa syukur lupa dipanjatkan pada-Nya. Kekenyangan cuma disendawakan riang.

Balik ke kereta yang ditinggalkan dipersimpangan. Kegembiraan kami tidak berpanjangan. Ia mati di situ tatkala melihat cermin belakang kereta dipecahkan. Dan beg pakaian Husna sudah dilarikan orang. Entah kenapa beg anak kecil yang diambilnya. Hanya beberapa helai baju dan termometer digital yang digunakan bagi mengukur suhu badan Husna ketika demam. 

Geram bercampur marah. Dalam banyak-banyak kenderaan yang ditinggalkan, kereta kami jadi pilihan. Walau ada yang lebih mudah terdedah pada ancaman. Ditinggalkan dalam kegelapan sedangkan kereta ini dibawah lampu jalan yang terang. Cuba meninjau di sekitar kawasan. Mana tahu, pencuri dah campakkan, beg yang tidak berguna buatnya tapi bermakna untuk kami sekeluarga. 
Agak lama untuk ambil masa kembali tenteram. Dan waktu itulah baru hati mula mengingati Tuhan. Redha atas kehilangan. Syukur atas segala lain yang selamat. Diri kami terutamanya.


Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke balai polis. Tiada hajat nak dapatkan kembali barang yang dah dicuri. Cuma nak tambahkan statsitik. Kes pecah kereta di tempat awam.

"Enche polis. Kalau nak jadikan bandar ini selamat, statistik ini perlu dikurangkan" ucap aku dalam langkah terakhir meninggalkan balai.



Jumaat, Disember 11, 2009

Siri Ceramah Rumahtangga: Kongsi Beli

Hidup berumahtangga. Perlu bertolak ansur. Saling bantu membantu. Dan mempercayai.

Di kediaman baru ini, kami sepakat. Sama-sama menjaga. Bukan sekadar hati tapi rumah dan isinya. Sama-sama berkongsi kepayahannya. Menanggung bebannya. Termasuk bab-bab membeli barang-barang dalam rumah ini.

Aku. Suka membaca buku. Awek che'gu belikan aku rak buku. Tinggi. Melangut aku nak capai buku di para atas sekali. Terima kasih sayang. Dan bukunya aku lah yang kena belikan. Mengikut genre kesukaan aku, awek che'gu dan Husna juga. Semua sekali.

"Err... meja kabinet tv nie" tanya aku pura-pura tak faham.

"TV baru kita lah. Saya belikan kabinet, abang belikan tvnya, macam yang lain-lain lah..." cepat jer awek che'gu jawab.

Mak aihh.. dari ukuran kabinet nie, kurang-kurang 42" nie.

Nota: 2-3 bulan nie terpaksalah aku pura-pura buat lupa pasal kabinet tv nie yer..

Khamis, Disember 10, 2009

Idea

Aku jumpa kawan blogger. Yang rajin dan pandai menulis. Borak-borak. Pasal blog. Tiba-tiba dia terdiam seketika. Dan senyum sorang-sorang.

Aku tanya. Kenapa senyum. Dapat idea tulis blog katanya. Wah hebat. Entah dari mana ilham itu datang.  Sekilas sahaja. Dan dia berkongsi cara mencari ilham dari persekitaran.

Tak lama lepas itu. Aku pun turut tersenyum sorang-sorang. Mungkin dia fikir aku dapat idea baru untuk blog juga. Padehal, aku teringat cerita P.Ramlee malam tadi.

Selasa, Disember 08, 2009

Lupa Bukan Tak Ingat (Cerita Pagi Raya)

Lepas solat Aidiladha tempoh hari, aku bergegas ke rumah mak. Tak sempat membantu acara korban di surau. Kami nak balik kampung. Di Baling, Kedah.

Tengah sibuk masukkan barang-barang mak dalam kereta, aku baru perasan. Adik bongsu aku tak ada.

"Eh... mana adik mak. Dari tadi tak nampak. Dia tak nak ikut balik kampung ker"

"Kamu nie. Adik kamu tu kan kat asrama. Tengah nak ambil SPM. Raya nie pun kat asrama jer"

"Pap" Aku lupa adik aku amik SPM. Cepat-cepat keluar henpon. SMS salam aidilahda dan ucap selamat berjaya untuk SPMnyer.

Sabtu, Disember 05, 2009

Tingkatkan Prestasi Kerja

Cerita seorang kawan. Dia boleh membuat dua tiga kerja dalam suatu masa.

"Sambil masak lauk utama (ayam,ikan) leh sediakan potong sayur, sediakan bahan untuk lauk kedua. Sambil masak sayur, leh goreng telur dadar juga. Siap boleh basuh baju lagi"

"Wah, boleh basuh baju sekali" kagum aku.

"Guna mesin basuh laa..."

Malam tadi. Aku dah cuba. Bukan susah sangat pun.

Aku boleh masak kangkung goreng belacan sambil tengok tv.

Entri tambahan:
Malam tadi, aku gagal dalam misi masak sambil tengok tv. Aiseh, maaf awek che'gu. Bubur Husna terhangit.

Nota dari abang misai:
Jangan sms sambil memandu.

Khamis, Disember 03, 2009

Laporan Cuti Kemas Rumah

"Err... ni sijil-sijil penyertaan acara larian nak simpan ke tak nak nie. Masuk dalam fail lah. Nanti nak cari senang" ujar awek che'gu.


Aku. Bergegas. Cari fail baru. Alang-alang berkemas, elok disusun terus. Mudah kemudian hari.Tengah malam. Aku masih ralit. Menyusun dokumen penting dan sijil-sijil ke dalam fail.


"Kenapa tak tidur lagi nie. Abang cari apa. Dari tadi dok selongkar kotak tu" tegur awek che'gu. Entah bila bangun dari tidur.

"Tengah susun sijil-sijil saya la nie. Tak cukup lagi"

"Sijil apa yang tak ada tu"

"Err.. sijil kursus pra perkahwinan. Ada nampak tak"

"Nak buat apa lagi"

"Kenangan. Kena gi kursus baru leh kahwin. Nanti orang pejabat agama tanya"

"Alah. Sijil nikah dah ada. Tak yah pun tak apa"

"Issh...depa kata sijil tu laku seumur hidup tau"

Awek che'gu terus sambung tidur. Tak berminat nak membantu. Entah kenapa tah.

Isnin, November 30, 2009

Kerja Perlukan Tonik

"Aiseh. Internet tak ada la" 
Pernah. Bila perkhidmatan internet di pejabat tergendala ramai dah susah hati. Masing-masing kepanasan. Muka monyok. Hati renyuk. 

Kerja. Walaupun tak secara langsung menggunakan internet kecuali untuk urusan penghantaran dan penerimaan email sedikit terjejas. Masing-masing dah ke sana ke mari. Macam tak ada bekalan elektrik. Walhal internet jer yang tak boleh guna. PC boleh jer kalau nak menaip laporan kerja tu.


Aku belajar satu perkara. Untuk buat kerja. Perlukan internet. Dengan kelajuan yang amat tinggi.


Noktah. Cerita satu. Yang jarang-jarang berlaku (kes internet tiada). Tapi bila berlaku, begitulah ceritanya.


"Eh... kerja hari ini" tanya awek che'gu. Melihatkan aku menggosok kemeja. Seraya mengambilalih tugasan menggosok. Aku biarkan sahaja pada yang pakar.

"Enche-enche bos bercuti hari ini" Walaupun mood bercuti masih ada. Aku rasa perlu hadir bekerja. Sekurang-kurangnya di pejabat. Tugasan boleh berjalan. Cuti silih berganti. Hari ini beliau. Esok aku. Lusa kamu. Tulat mereka. Lagipun kerja masa enche bos tak ada sedikit selesa. Ada ruang untuk aturkan jadual dan tugasan kerja yang perlu diselesaikan.

Belum jam 10 pagi. Perut dah berkeroncong lapar. Kes tak minum pagi. Kerja pun dah tak keruan. Talian internet ok. Laju macam selalu. 

Geng meja bulat kedai kopi hanya aku seorang yang datang. Yang lain bercuti. "Susah juga cenggini" getus hati. Rungsing. Bingung. Kawan tak ada susah nak buat kerja. Walau tiada bersangkut paut dengan mereka. Semangat untuk bekerja seakan tiada.

Noktah. Cerita dua. Cerita hari ini.

Aku belajar satu lagi perkara. Untuk buat kerja (aku) perlukan internet dan kawan.

Pesanan untuk kawan2:

1. "Weh.... bila korang nak masuk kerja nie"
2. "Aku cuti Selasa dan Rabu tau. Selamat bekerja"

Selasa, November 24, 2009

Tanggal 22 November 2009

Husna genap setahun.
Hari yang sama.
Kami memilih untuk berhijrah.
Berpindah ke teratak baru.

Husna.
Kamu mengingatkan ayah.
Pada diri sendiri.

Raut wajahmu.
Seperti ayah 30 tahun yang lalu.

Tingkah lakumu (kadang-kadang suka berangan berseorangan, segan pada orang) persis ayah.
Memberi kesempatan ayah.
Mengenali diri sendiri.
Melalui kamu.

Selamat Ulang Tahun Sayang.


Isnin, November 23, 2009

Hijrah

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan....
       - rumah sewa, apartment permai, DD


Gambar : Husna, sibuk membantu ayah dan mamanya mengemas barang.

Jumaat, November 20, 2009

Kemat Jadi Model


“Mana gambar ngko Kemat” tanya awek suka kucing yang sedang menelaah gambar-gambar yang aku rakamkan di Jepun. Dari tadi dia cari gambar aku la nie.

“Udah saya tukang ambik gambar. Kurang la gambar saya. Nie ha. Gambar saya pakai yukata. Amacam... ada gaya samurai tak” 

“Macam model lah” balas awek suka kucing.

Sah dia minat aku. Patutlah nak sangat tengok gambar aku.

“Model Jepun kan. Saya pun perasan macam tu jugak” aku cucuk jarum.

“Aha. Macam model weight gain. Yang pegang watak sebelum ambil weight gain tu” sampuk awek suka kucing. Sambil gelak mengkekek. Macam pontianak.

Cheh. Mentang-mentang la aku kurus melidi.

Nota dari cikgu wikipedia:

A yukata (æµ´è¡£?) is a Japanese garment, a casual summer kimono usually made of cotton. People wearing yukata are a common sight in Japan at fireworks displays, bon-odori festivals, and other summer events. The yukata is also frequently worn after bathing at traditional Japanese inns. Though their use is not limited to after-bath wear, yukata literally means bath(ing) clothes.


Rabu, November 18, 2009

Kemat (feat. Penulis Hebat)

PH:

Hidup kita
Adalah bait-bait kata
Yang perlu dicantumkan
Menjadi ayat
Dan wacana yang bermakna
Nikmati Ia

Kemat:

Andai hidup itu kata
Perlunya kata itu bersulam bahasa
Lahir dari
Hati yang bersih
Jiwa yang murni
Fikiran yang matang
Maka hidup pasti bermakna


Biodata Penulis Hebat (PH)
Maaf. Saya tak cukup mengenalinya. Tidak tahu asal usul kampung kelahirannya. Usianya.
Namun tulisan dan pilihan kata-katanya.
Cukup untuk saya kagumi. Tentang minat, semangat dan pengorbanannya.

Selasa, November 17, 2009

Hati Yang Tertinggal

"Hatiku tertinggal di Obihiro" kata salah seorang dari kami. Lelaki.

"Kami juga merindui Obihiro. Tapi hati kami tetap dan masih di Kuala Lumpur. Bersama insan tersayang" sampuk salah seorang dari kami. Tapi kali ini perempuan yang bersuara. Tanda setia barangkali.

"Oh.... hati kami banyak. Boleh ditinggalkan di mana saja kami pergi.  Dan masih ada lagi hati. Untuk ditinggalkan" balas kami. Lelaki. Dengan senyuman dan tawa yang paling girang.

Ahad, November 15, 2009

Jumaat, November 13, 2009

Menghitung hari



Tak lama lagi. Leh.....

Cium tangan ayah
Makan masakan mak
Cubit pipi Husna
Peluk awek che'gu

Dari Obihiro

Ada yang bertanya. Apa yang dicari sehingga jauh merantau ke Jepun nie. Dah puas ke bermain hujan batu di tempat sendiri hingga berniat mencari hujan emas di tempat orang. (Oh ya, perlu dicerita juga untuk buatkan ada yang rasa iri hati, kami berpeluang merasai 'hujan salji' pagi semalam. Hehehe)



Dengan nilai barang dan makan yang tinggi di sini, tidaklah saja-saja aku ke sini. Bukan banyak sangat duit aku semata-mata nak berjalan ke sini. Asal nak membeli jer, bila tukar ke RM cuak gak memikirkan harga yang dibayar.







Aku. Atau tepat kami. Kemari atas misi menambahkan ilmu di dada. Mencari pengalaman di tempat orang. Jangan percaya kalauaku boleh baca segala nota tulisan Jepun nie. Sepatah haram aku tak tahu. Samanya jer ejaan dia aku tengok.

Terima kasih kepada coordinator merangkap translator kami di sini. Berbuih gak aku tengok dia nak kene translate setiap patah penerangan yang diberikan. Tambah sesi soal jawab, kelam kabut dia nak pahamkan antara dua  pihak. Kami (peserta) dan pengajar macam ayam dan itik.


Nie. Aku snap gambar shorthand dia. Memang cakar ayam habis. Ditulis shorthand tapi bila baca jadi longhand. Hehehe.

Khamis, November 12, 2009

Salam Manja Untuk Husna III

Anak-anak Jepun di sini.
Seperti kamu.

Atau.

Kamu.
Seperti mereka.

Putih dan comel.
Buat ayah lagi rindu.



Rabu, November 11, 2009

Beg Ajaib

Doraemon pun cemburu dengan tuan punya beg nie. Dalam beg nie. Macam-macam ada.

Meggi, serunding, roti, nestum 3 dalam 1. Poket Doraemon mana dapat bendalah nie.


Selasa, November 10, 2009

Hidung

Cuaca panas.

Hidung mudah nak berdarah.

Sejuk-sejuk cenggini.

Berhingus pulak......

Isnin, November 09, 2009

Salam Sayang Untuk Mama Husna II

Maafkan ayah.
Tidak tinggalkan bekal makan yang cukup dalam peti ais di rumah itu.

Sibuk ayah.
Mencari meggi hanya untuk mengisi tembolok ayah di sini.

Lupa dan leka.
Memikirkan untuk kalian berdua. Cukupkah makan minum di sana.

Dengan sedikit wang belanja yang ditinggalkan itu.
Makan dan minumlah. Semahunya.
Carilah. Yang berkhasiat penuh manfaat.

Moga dengan keberkatan dan perlindungan dari-Nya.
Cukup untuk mengenyangkan.
Dapat menyenangkan segala urusan.

Salam Manja Untuk Husna II

Anak patung badak sumbu yang kamu suka itu. Ada di kocek beg galas ayah. Ayah pun tidak perasan entah bila kamu letakkan ia di situ. Mungkin semasa kamu "tolong" ayah kemaskan beg ini.

Jangan menangis nak. Nanti ayah pulangkan. Sementara itu, biarlah ia temani ayah disini.

Nota: Bau air liur kamu masih melekat pada anak patung itu. Kan ayah dah pesan, jangan masukkan semua benda yang kamu capai ke dalam mulut. Tapi, bau itu hari ini sebenarnya buat ayah lagi rindu.


Ahad, November 08, 2009

Dia Ter...... (katanya)

"Betul la hipotesis aku. Bau kentut dalam cuaca sejuk lebih busuk kan"

Cheh. Nak cari alasan tak bersalah melepaskan kentut di khalyak ramai la tu.

Tiada maaf bagimu.

Pagi Ahad

Kenapa tv kat sini pagi-pagi Ahad tak ada cerita kaetrun Doraemon, Narito, Pikachu. Bukan hari Ahad raksaksa mengganas di Jepun dan Ultraman datang menyelamatkan bumi.

Aku nak jumpa ultraman. Nak mintak pinjam bintang ultra.

Jumaat, November 06, 2009

Selipar Jepun

“Hah. Ngko pergi Jepun carikan opah selipar Jepun yer”

Aku. Ada bawak selipar Jepun. Haram. Orang Jepun pun tak kenal selipar sendiri. Siap menafikan lagi itu selipar Jepun. Macam mana misi aku nak ketemukan selipar nie ngan keluarga dia kat sini.

Nota: Kalau dikira darin segi penjualan, aku yakin selipar Jepun dah banyak dapat royalti dia.

Jadi Jepun

Aku tanya kat coordinator Jepun aku, kenapa orang Jepun suka jalan laju-laju.

"Oh.. diaorang sejuk. Jalan laju-laju kasi panas badan sikit"

Turun dari teksi. Aku jalan laju-laju masuk ke hotel.

"Mau jadi orang Jepun ker" tanya coordinator aku.

"Tak. Mau buang air besar. Tak tahan dah nie"

Khamis, November 05, 2009

Kiblat Mana

"Kiblat arah mana"

"Ikut arah kaabah". Jawab sorang mamat. Acuh tak acuh jer. Kalau aku yang bertanya sah-sah aku pelengkung sekali. Jawapan tak membantu langsung.

Kalau hotel kat Malaysia, leh tengok tanda arah kiblat kat siling, tak pun dalam laci. Kadang-kadang, ada gak guna piring Astro.

"Ngko hala ke pintu. Senget sikit sebelah kiri" aku cuba membantu. Sambil menunjukkan dengan tangan.

Pagi esok. Mamat yang tanya tu tanya lagi. Untuk kepastian.

"Aku tengok matahari naik lain macam jer pagi tadi"

Plap. Aku tepuk dahi. Bila dia berdepan ngan bilik aku. Memang lain la jadinya. Dah terbalik 180 darjah.

Plap. Dia pun ikut tepuk dahi.

Rabu, November 04, 2009

Salam Sayang Untuk Mama Husna 1

Di sini. Cuacanya sejuk sekali. Tak macam masa kita panjat Bukit Fraser tempoh hari. Khabarnya akan ada salji tak lama lagi. Ada rezeki, berpeluang juga ayah genggam ais salji nanti.

Anginnya saja bisa buat ayah menggigil sendiri. Mujur ada

Winter coat....
Snow cap.....
Gloves.....

Yang mama belikan untuk ayah
Terasa hangat sekali. Macam mama yang peluk ayah di sini.

Salam Manja Untuk Husna 1

Ayah. Dah menjejakkan kaki. Di bumi Obihiro. Ingat lagi. Peta yang ayah tunjukkan itu (dan telah kamu koyakkan). Nun di utara sana.

Selasa, November 03, 2009

Kosong

Seat dalam kapal terbang nie banyak yang kosong. Kalau diaorang bagitau awal-awal tadi. Leh aku ajak orang kampung sekali.

Isnin, November 02, 2009

Minit Terakhir

Aku tercari-cari seluar jeans kesayangan.

Pap. Aku tepuk dahi. Masih dalam bakul. Lupa nak basuh.

Sempat lagi tak nie...

Jumaat, Oktober 30, 2009

Jumaat Malam

Jam dah pukul 9.20 malam.

Masih di ofis. Ada banyak yang perlu diselesaiakan. Sebelum ditinggalkan ofis ini untuk berminggu waktunya.

Aduh...
Makan malam untuk kami belum dibeli lagi... (Hari Jumaat, memang makan malam beli jer.. rumah depan pasar malam)

Aduh...
Nur Kasih melepas lagi... dengar cerita awek che'gu sajalah jawabnya

Selasa, Oktober 27, 2009

Mencari Azalea



Semakin tak keruan menghitung hari.
Meninggalkan Permai.
Berhijrah ke Harmoni.

Bunga Azalea
Idaman hati
Mana nak cari???

Rabu, Oktober 21, 2009

Sekadar Bercerita

Ini cerita kurang enak. Bukan tak sedap dimakan. Err.. memang cerita ini tak boleh dimakan atau boleh sebenarnya..aku kurang pasti... tapi kalau makan pun tak mengenyangkan.

Entah macam mana nak mula. Cerita yang tak best. Susah nak cari kata-kata untuknya. Mungkin beginilah. Rezeki untuk kami tiada. Apartment Permai tak sedamai nama yang diberikan. Rumah sewa kami dipecah masuk sehari sebelum raya.

Sehingga kini masih terkilan, cincin perkahwinan telah bertukar tangan tanpa kerelaan.

Khamis, Oktober 08, 2009

Kamu Bida Tinggi, Bil Kami Naik Lagi




Patutla bil Astro naik sampai RM12 untuk saluran sukan. Tak pasal-pasal aku terpaksa potong saluran sukan. Nak tengok Liverpool main kena layan kad kedai mamak jer la lepas nie. Cheh.

Selasa, Oktober 06, 2009

Duit Raya

Kami dah siap-siap nak keluar. Pergi ke rumah terbuka. Berhari raya. Husna yang tadi asyik bermain, tiba-tiba leh tertidur pulak.

"Macam mana" tanya awek che'gu.

"Masih awal lagi. Biarlah dia tidur dulu. Lepas Husna bangun baru kita gerak"

"Tak lambat ker nanti. Abang pergi sorang je lah"

"Isshh.. ada pulak pergi sorang. Kalau pergi beraya bawak Husna baru dapat duit raya"

"Woitt... nie nak beraya ker nak kumpul duit raya nie..."

"Hehehe.. rezeki Husna"

Khamis, Oktober 01, 2009

Hari Pertama Kerja

Pada hari pertama bekerja, setelah sekian lama bercuti

1. Aku masih ingat jalan nak ke pejabat. Ingatan aku masih kuat. err... mungkin tak sekuat manalah. Sebab aku cuma berjaya pada cubaan ketiga nak buka pc. Guna password yang buat orang susah nak teka kadang-kadang menyusahkan diri sendiri juga bila terlupa.

2. Pokok flip flap aku 'mati'. Dah tak bergoyang-goyang lagi. Setengah hari aku jemur kat tepi tingkap biar dapat cahaya matahari. Masih diam menyepi. Aku lupa mintak akak clener tolong siramkan pokok tu masa aku bercuti lama. Agaknya sebab tak cukup airlah dia tak bergoyang lagi.

3. Email box aku penuh dengan artikel/video yang dihantar oleh rakan-rakan. Rasanya ramai lagi yang belum ada mood nak bekerja. Sibuk layan internet dah forward emel kat rakan-rakan. Macam sehari sebelum cuti raya, mailbox penuh dengan ucapan hari raya.

4. Petang, tika tengah lalai depan pc, aku rasa tak sedap hati. Aku ambil masa 15 saat untuk sahkan bangunan pejabat aku bergoyang, 10 saat untuk pastikan dengan rakan pejabat lain kami merasai gegaran yang sama, 20 saat untuk kemas beg dan turun ke bawah.

5. Malam (dah sampai rumah) baru aku tahu, ada gempa bumi kat Sumatera Selatan. Aku teringat, dalam buku teks Geografi Tingkatan 1 dulu, ada kenyataan Malaysia terletak di luar lingkaran gunung berapi. "Takkan ada gempa bumi" kata cikgu Geografi. Aku rasa sekarang, silibus dah ditukar.

6. Aku tak pasti. Pokok flip flap aku turut bergoyang atau tidak masa gegaran.

Ahad, September 27, 2009

Rendang Ayam Pencen

Mama minta belikan ayam pencen, untuk masak rendang.

Tanya cucu sulung mama, yang umurnya 4 tahun.

"Ayam tu dulu sebelum pencen kerja apa"


Saper nak tolong jawab nie

Khamis, September 17, 2009

Salam Aidilfitri.

Memang raya dah dekat dah. Sebab hari-hari orang dok tanya pasal raya. Bila balik kampung? Bila mula bercuti? Raya kat mana tahun nie?

Kat radio pun orang buat dedikasi mintak lagu raya. Ada la sorang dua yang tengah dok kemaruk bercinta mintak lagu Eddie Hamid.

Nak bekerja pun dah tak berapa best dah. Hati asyik teringat nak sambut Syawal. Ramadhan dah lupa dah. Sebab tu jemaah kat masjid pun dah mula kurang. Saf dah tak panjang macam awal2 puasa dulu.

Kat pasar Ramadhan, brader jual murtabak pun dah tutup gerai, balik kampung (gerai lain bukan tak ader, tapi banyak bawang dan kobis dari daging/ayam).

Kat opis, kejap-kejap ada email masuk ucap Salam Aidilfitri. Masing-masing dah tak sabar nak raya. Kerja dah tolak ketepi. Disebabkan jiwa nak bekerja dah tak ada, aku isi masa tak berapa lapang nie buat ucapan lah.

Sebelum aku bercuti, kena la mintak maaf dulu. Hari lain bukan tak boleh mintak maaf. Tapi kang korang tanya pulak. Ada dosa apa sampai teresak-esak mintak maaf.

Ok lah. Kawan. Terima kasih semua. Aku sekeluarga minta maaf zahir dan batin. Kalau ada terkasar bahasa terlepas bicara, mohon dimaafkan kelemahan ini. Salam Aidilfitri.

Nota Dari Amil: Raya-raya jugak. Zakat jangan lupa bayar.

Isnin, September 14, 2009

Kad Raya...Mana?????

Nie dah masuk 24 Ramadhan nie, satu kad raya pun aku tak terima lagi tahun nie apa cerita.

Insurans Takaful tak der kasi, Kedai Cermin Mata Great Eastern pun tak kasi. Kat Siti Nurhaliza korang leh hantar berguni-guni takkan kat aku satu pun tak der.

Macammana nak sambut raya. Feel dia susah nak mari kalau tak dapat kad raya. Dah la nak main mercun tak boleh. Setakat mercun bawang tu, Husna pun dah heran ngan bunyi dia.

Lagi satu, takkan nak hias umah gantung kad jemputan kahwin kot.

Jumaat, September 11, 2009

Kurma Raya

Awek suka kucing bagi aku kurma.

Aku tak cakap terima kasih. Aku tanya "Eh, mana biskut raya. Puasa dah tak sampai 10 hari lagi takkan baru kasi kurma. Kasi la Almond London ker sebalang dua"

"Biskut raya belum siap lah. Amik lah kurma tu. Leh simpan untuk puasa enam nanti"

"Biskut raya bila pulak... takkan abis puasa enam nanti"

"Nanti-nantilah. Biskut tunjuk-tunjuk belum sampai lagi. Tempahan banyak katanya"

"Eh, jap kurma nie tak boleh makan kan" kata aku merujuk pada kurma yang diberinya.

"Kenapa pulak. Dah tak elok ker. Ada ker kurma yang tak boleh makan". Risau pulak awek suka kucing tu. Entah-entah, dah berapa banyak dia telan sebelum ni.



"Kalau makan sekarang, batal puasa... Lepas buka nanti boleh la..."

Khamis, September 03, 2009

1 Malaysia, Macam-Macam Ada

"Wah.. ada makan-makan ek kat kawasan rumah ngko. Saper taja majlis buka puasa tu" tanya ZZ.

"Eh.. tak tau pulak. Mana ngko tau"
Pelik. Aku yang jarang miss jemputan makan free leh tak perasan acara makan2 cenggini.

"Aku tengok kat tempat letak kereta pasar malam tu, ada orang buat khemah"

"Cheh. Biler pulak orang tu buat jamuan makan buka puasa. Tu sempena perayaan hantu lapar laa"

Rabu, September 02, 2009

Eh, Nak Kasi Ke Tak Nak Nie

Aku antara yang bertepuk tangan bila Pak Menteri kata nak bagi hadiah. Saper2 yang rajin guna tol dapat rebet.

Huh. Aku la tu. Bukan la rajin sangat guna tol pun. Kalau boleh memang nak elak dari tol. Tapi kat KL nie bukan senang nak lari dari tol. Tol pilihan terbaik jika nak elak kesesakan (walaupun selalu gak terkena, lepas bayar tol jer terus jem....)

Tak sabar aku tunggu 1 September. Nak tahu cara perkiraannya. Agak2 rebet tu leh tampung minyak kete seminggu ker tak. Paling kurang lepas beli murtabak seminggu untuk berbuka.

Mula-mula depa bagitau, minyak naik harga. Tak per. Bulan puasa. Kita kena banyak bersabar. Lagipun ia masih yang terendah di rantau ini. Kan.

Alih-alih bila baca surat khabar, rebet tol hanya untuk penggunaan lebih 80 kali gua dah rasa panas. Itu terus tulis kat blog nie. Macam tak ikhlas jer.

Hari tu suruh guna tengah-tengah malam. Sekarang kene sentuh kat touch N go ngko tu lebih 80 kali baru layak. Aihh... sebulan ulang alik pegi keje paling kuat pun baru 50 kali, macam mana nie.. Yang dok kat Seremban ulang alik keje KL memang tak merasa la cenggitu. Kecuali kalau korang rajin keluar tol masuk tol...

Entah, ini nak kasi ker tak nak kasi nie. Korang baca kat sini. Cerita sikit kot-kot aku tak paham

Rabu, Ogos 26, 2009

Menunggu Waktu

"Arr..hari nie maghrib kul bapa ek" tanya sorang member

"Kul 7.23" pantas jer aku jawab.

Sehari dua nie, kalau ditanya masuk waktu Maghrib, memang aku lancar habis. Yelah, asyik-asyik dok belek takwim jer kejenya.

Dulu, kalau orang tanya waktu masuk maghrib, aku tengok langit kalau dah gelap tak pun jam dah kul 7.45 konpem dah maghrib....

Nota:
Ya. Mahgrib kul 7.23 adalah untuk kawasan Kuala Lumpur pada hari Rabu 5 Ramadhan 1430H.
Oh ya. Bukan sekadar segera berbuka, solat maghrib pun kene segera tunaikan. Jgn sampai berita jam lapan dan setengah jalan baru terhegeh-hegeh nak amik air sembahyang.

Isnin, Ogos 24, 2009

Standby

"Banyaknyer air dalam kereta ngko nie Mat. Puasa ke idak nie"

"Standby la.. KL kan asyik jem jer.. mana sempat nak berbuka kat rumah. Atas kereta je la jawabnya"

"Nie dah lebih dari standby nie. Air kotak ada. Mineral ada. Kurma ada. Biskut ada"

"Biaselah bro... awal2 puasa. Nafsu kalah budak2"

Selasa, Ogos 11, 2009

Rehat Dulu Yer

Tak berkesempatan nak kemaskini akhir-akhir ini. Mohon untuk tidur sekejap... Penat lah..

Khamis, Ogos 06, 2009

Siri Upload Dari Rumah Mak Ayah

Resah, gelisah...

Macam ada yang tak kena jer... masuk hari nie dah empat hari aku rasa tak selesa bekerja kat opis, ntah sindrom kecelaruan apa yang melanda

Buat kerja serba tak kena, serba tak selesa, macam tak sempurna

Macam minum teh O tanpa gula, makan nasi tak berkuah

Bukan aku sorang, tapi ramai gak member opis cenggitu..

Biasalah, bila internet kat opis buat hal, masing2 macam cacing kepanasan

Jumaat, Julai 31, 2009

Bersedia Untuk Esok

"Wah... awal hari nie Kemat" sapa awek yang suka kucing.

"Nie mesti terpaksa bangun awal sebab 'wajib' mandi pagi Jumaaat nie" seloroh awek suka kucing lagi. Memang ada unsur kenakalan dalam pernyataannya.

"Esokkan ada demo kat KL nie"

"Eh, apa kaitan ngan hari ini"

"Hari nie dah mula sekatan jalan pak polisi..mesti jammed pagi-pagi nie. Tu keluar rumah awal sikit haaa."

Selasa, Julai 14, 2009

Renyuk

"Resit mana" tanya awek suka kucing tu.

"Aaa.. resit itu ada masalah sikit la. Dah renyuk pun"

"Laa.... sampai renyuk cenggini ngko wat aper"

"Penangan mesin basuh. Basuh baju hujung minggu lepas lupa nak keluarkan resit dari kocek baju"

"Hah.. nampak sangat ngko tak tolong awek che'gu basuh baju kan"

"Eh, sebab tolong la jadi camni"

"Apsal pulak"

"Kalau awek che'gu yang basuhkan baju, dia periksa semua kocek seluar dan baju. Saya main campak jer. Asal tak dengar bunyi bunyi siling kira ok la tu"

"Cheh"

Khamis, Julai 09, 2009

Cari Rumah

"Wei, rumah ngko yang mana satu nie Mat" jerit kawanku dalam perbualan telefon kami petang itu.

"Damasara Damailah. Kan aku dah sms"

"Yelah. Aku kat Damansara Damai la nie. Kat kawasan flat ngko haa.. Tapi rumah ngko yang mana satu"

"Rumah aku tingkat 1. Ngko nampak tak umah yang ada gantung jalur gemilang"

"Hah. Nampak. Ooo.. itu rumah ngko ek. Patriotik betul. Belum masuk bulan Ogos dah gantung bendera"

"Err... tak jugak. Itu rumah Bai Singh. Rumah aku sebelah rumah dia”

"Cheh"

Isnin, Julai 06, 2009

Demam

Bukannya selalu. Kadang-kadang sahaja. Kalau awek che'gu demam, aku ambil alih tugas masak di dapur. Selalunya aku tapau saja kat kedai sahaja.

Dan bila aku masak. Selalunya yang biasa-biasa saja. Lagipun awek che'gu tak pernah mintak masakkan apa-apa yang spesel. Kalau ditanya pun kemahuannya, pasti mengikut citarasa aku sahaja. Kalau nasi goreng yang aku masak, dia makan sahaj tanpa banyak bicara. Mungkin awek che'gu rasa tak selesa sebab aku kena gantikan tugas kat dapur nie..

Aku. Bila demam. Awek che'gu pun akan tanya. Citarasa dan kemahuan orang demam.

Tanpa rasa bersalah. Aku bagitau nak makan... "err ketam masak lemak, sup burung puyuh dan serawa labu"

Khamis, Julai 02, 2009

Hari Ini MC...

Balik dari klinik malam tadi terus singgah kedai. Dah lama tak makan luar.

Sekali aku terbersin masa nak order makan, semua orang pandang.

"Errr.... take away lah kak"


selingan: sambung tajuk atas tadi
... tapi ada hati nak berblog lagi

Selasa, Jun 30, 2009

Layan Bola

"Wah.... Brazil menang ek...." tiba-tiba awek yang suka kucing tu mencelah. Entah dari mana datangnya. Berdiri tegak di depan aku sambil matanya cuba mengamati ruangan berita sukan akhbar pagi nie.

Rasanya semua orang dah tahu Brazil menang Piala Konfiderasi. 3-2. Mungkin sebab rumah awek suka kucing tu tak der Astro. Atau tak sempat nak dengar berita nie kat tv atau radio. Argh.. lagipun dia perempuan. Takdenya nak ambil tahu sangat pasal sukan berebut bola sebijik nie. Lain la kalau pasal kucing.

"Mintak bahagian sukan Mat.. nak tengok pasal bola la"

Perghh.. serius nampak. Bila pulak ntah awek suka kucing nie minat bola. Setahu aku pompuan jarang minat pada sukan bola. Minat pada Beckham, Ronaldo ker atau Zaquan Adha itu tak boleh kira. Itu minat pada personaliti sahaja.

Walaupun aku sendiri masih nak baca surat khabar tu, tapi aku biarkan sahaja awek suka kucing tu mentelaah dulu. Sebab respek ngan minat dia pada sukan bola nie.

Baru 2-3 baris baca. Dah berenti. "Eh... apsal final lawan US. Spain apa cerita"

Cheh. Tak jadi nak respek. Setakat berita final ok lagi. Ini Spain kalah kata semi final pun tak tahu jugak nie apa cerita.

Kuiz sukan bulan ini: Indra Putra main dengan pasukan mana sekarang? No jersi?
(kalau kasi soalan pasal EPL, pejam mata jer korang jawab kan...)

Isnin, Jun 29, 2009

”Mat. Mana nak cari floppy ...” via sms

Amenda pulak floppy nie. Floopy disk ker.

”Kat kedai komputer la. Tapi zaman sekarang mana ada orang pakai floppy disk. Tak hip langsung” aku. Via sms

Diam. Lama. Merajuk barangkali lelaki yang tak suka kucing tu. Atau dah bergegas ke kedai komputer. Cari floppy disk.

”Err.. yang atas meja ngko tu. Pokok gedik-gedik tu. Mana nak cari”

Cheh. Flip-flap la. Bukan floppy. Memang tak hip langsung.


Nota: Dulu, aku pernah bagitau lelaki yang tak suka kucing, namanya flip flop, tapi baru aku perasan nama ikut surat beranak flip flap

Jumaat, Jun 26, 2009

Flip Flap

”Apa pekdahnya ko letak flip-flap nie atas meja” tanya member yang tak suka kucing.

”Untuk ketenangan”

”Aku tengok tak bergerak pun flip-flap ngko nie”

”Tak cukup cahaya matahari la tu. Dia tak guna bateri. Pakai solar”

”Pokok ngko nie tak cukup air kot. Meh aku siram”

”Woitt”

Rabu, Jun 24, 2009

Marilah Bergoyang

”Wah. Kemat..... cutenya” awek yang suka kucing tegur aku.

Aku tengok kiri kanan. Dan belakang. Tak der kucing. Sah aku yang dia maksudkan. Mungkin kerana kacamata baru.

”Ngko beli kat mana nie” sambil pegang flip-flap atas meja aku.

Cheh.






Nota:



Aku masih tercari-cari nama sebenar bendalah nie. Yang aku dok sebut flip-flop jer..betul ker... Suka tengok dia bergoyang.. dah tau sebetulnya flip flap

Isnin, Jun 22, 2009

Nak Jadi Doktor II

”Milah nak jadi doktor”

”Doktor apa” tanya Sirajuddin.

”Apa yang sesuai”. Milah minta pendapat. Sirajuddin selalunya sedia memberi pandangan yang bernas bila diminta Milah.

”Doktor Bedah”

”Itulah minat Milah. Tapi kenapa Din cakap macam tu”

Dengan lagak bak sasterawan, Sirajuddin jelaskan.

”Doktor Bedah yang baik punya 3 sifat. Mata seperti helang, hati bak singa dan tangan seorang perempuan”

Rabu, Jun 17, 2009

Nak Jadi Doktor

Adik (yang bongsu) minta aku semak kerja sekolahnya. Selalunya aku bukanlah rajin sangat nak ambil tahu pasal pelajarannya. Adalah sekali sekala bertanyakan tentang persekolahan dan prestasi dalam peperiksaannya.

“Hmm… boleh jadi doktor kamu ni”, sambil belek-belek buku latihannya.

Mak yang duduk tidak berapa jauh senyum mendengarkan perbualan kami.

Adik aku yang dah bekerja turut berminat nak sertai perbualan versi keluarga bahgia ni.

”Mesti jawapan adik (yang bongsu) tu komprehensif. Jelas dan tepat” sampuk adik yang dah bekerja.

”Err... tak jugak. Tulisan dia ni ha. Susah nak baca cam tulisan doktor”

Isnin, Jun 15, 2009

Cuti

Aku cuti hari nie. Nak kena bawa Husna pergi ambik dia punya suntikan berjadual.

Kat opis, ada kerja penting hari nie. Sorilah enche-enche bos. Bukan awek che'gu sorang jer yang kena jaga Husna. Lagipun dah selalu sangat aku tinggalkan diaorang atas sebab kerja.

Enche-enche bos: esok kalau kena kerja sampai malam kasi siap itu kerja jgn lupa belanja kentaki.

Khamis, Jun 11, 2009

Bukit Fraser

"Wah, ngko pergi bercuti kat Bukit Fraser ek" sambil belek-belek tengok gambar.

"Mana gambar sunrise nyer"

"Sunrise apajadahnya...kalau dah lepas Subuh tarik selimut sampai tengah ari" sampuk awek che'gu

"Hehe..sejuk....."

Khamis, Jun 04, 2009

Musim Kahwin : Hadiah

Nak pergi kenduri kahwin, selain menitikberatkan soal lokasi kenduri, baju apa nak pakai dan geng2 yang akan turut serta dalam rombongan, soal hadiah pun kadang-kadang boleh buat kamu jadi tak tentu arah. Hadiah apa nak kasi nie.. kadang-kadang dah hujung bulan, bajet kurang. Takkan bestfriend kahwin pun tak kasi hadiah..

Ini aku 'list' kan hadiah yang aku dapat masa kahwin dulu, antaranya

1. Lampu tidur
2. Pinggan mangkuk/ gelas / cawan
3. Kelengkapan elektrik - seterika/ periuk nasi/ dvd player dll (kenapa takder yang kasi tv 29 inci kat aku)
4. Cadar/ comforter
5. Album gambar/ frame gambar
6. Botol susu
7. Ubat nyamuk
8. Jam loceng yang disetkan berbunyi jam 2 pagi
9. Buku
10. Pakej percutian/honeymoon
11. Baucar beli belah
12. Teddy bear (aku syak dia tertukar ngan hadiah birthday anak sedara dia)
13. Pregnancy test kit
14. Baju 'pelik-pelik'
15. Kaligrafi hiasan dinding


Dan tak lupa yang salam bersampul...

Nota: Man, hadiah cadar ngko aku belum guna lagi. Apahal kasi cadar single woi...kurang2 saiz queen.. kene tunggu anak aku besar dah ada katil sendiri baru leh guna nanti

Rabu, Mei 27, 2009

MUSIM KAHWIN

Yang nak kahwin
Pening-Pening
Risaukan segala persiapan
Menanti penuh debaran
Hari penuh bermakna dalam kehidupan
Entah dijemput sudah semuanya
Bertandang memeriahkan hari bersejarah

Yang dijemput ke kenduri kahwin
Pun pening-pening.
Nak pergi yang mana satu
Di kampung ada jemputan
Di kota juga tak putus terima undangan
Dalam sehari, 2-3 jugak jemputannya
Buka sebelah menyebelah
Tapi jauh berbatu-batu

Selasa, Mei 26, 2009

MUSIM CUTI SEKOLAH

Bila budak-budak sekolah masing-masing sibuk dengan exam,
Dan cikgu-cikgu dok usung kertas jawapan untuk diperiksa ke sana ke sini,

Itu tandanya cuti sekolah dah dekat

Bila kamu mula terima jemputam kenduri,
Melalui kad, email, sms dan panggilan telefon,

Itu tandanya cuti sekolah dah dekat

Bila ramai dah mula apply cuti
Bercerita tentang kampung dah tempat peranginan idaman

Itu tandanya cuti sekolah dah dekat

Bila pasaraya dah mula buat karnival jualan murah
Dan poster-poster hebahan terpampang di akhbar

Itu tandanya cuti sekolah dah dekat

Bila blogger terpaksu cuti berblog 2-3 hari nanti
Memang sah dah cuti sekolah

Rabu, Mei 20, 2009

"Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan"

Aiseh... balik malam lagi aku nampaknya hari nie. Bila la nak abis kerja yang bertimbun nie.

Awek Che'gu dan Husna pun rakyat gak kan...

Selasa, Mei 19, 2009

Prinsip

"Awak macam lalang. Tak der prinsip"

"Eh.. kenapa lak"

"Yelah. Kata boikot Mc D. Semalam saya ajak makan Mc D awak follow jer"

"Oh. Saya ada prinsip lagi satu"

"Apa dia"

"Kalau orang nak belanja, jangan tolak"


Pesanan Buat Man:
Kalau nak order ikut drive thru, pastikan tingkap kereta boleh dibuka. Tak cool langsung order ikut drive thru tapi kena bukak pintu

Nota:
Man tiada kene mengena dengan perbualan di atas.

Rabu, Mei 13, 2009

Kawan Menangis, Kawan Ketawa



Aku kawan ketawa. Awek che'gu kawan menangis.

Husna pasti senyum tertawa setiap kali menyambut aku pulang dari kerja. Kata awek che'gu, asal dengar suara aku di muka pintu, riak wajah Husna segera bertukar riang. Mempamerkan senyuman menawan yang menghilangkan segala rasa keletihan.

Dan selalunya, akan diajak aku bermain-main. Lagi kalau moodnya memang tengah baik.

Namun, bila menangis, awek che'gu yang dicarinya. Samaada kerna nak kan susu atau sekadar perlukan pelukan dan belaian si ibu. Penawar pada kegelisahan hatinya. Kalau dah menangis, memang tak jalan punya kalau aku yang pujuk.

Nampaknya. Aku cuma kawan ketawa. Awek che'gu kawan menangis.

Isnin, Mei 11, 2009

Alamak : Sebelum & selepas

Dalam perjalanan ke pejabat, teringat permintaan mama semalam. Minta hantarkan baba ke KLIA. Walaupun pada mulanya, baba cuma minta dihantar ke Kl Sentral sahaja (dan sambung perjalanannya dengan ERL). Aku faham benar sikap baba yang tak suka menyusahkan orang lain. Hatta anak sendiripun. Jika benar-benar perlu barulah diminta.

Sebagai anak, aku perlu bantu baba tak kira bentuk pertolongan yang diperlukan. Itu kewajipan insan bergelar anak. Dan menghantar baba ke KLIA terlalu kecil nak dibandingkan dengan apa yang aku terima selama ini...

Duduk di rumah yang bertanggga-tangga, memang jarang aku cuci kereta. Tambahan bila musim hujan. Tapi segan juga mengenangkan nak bawak baba naik kereta aku yang kotor sebegini. Tak kan masa bawak awek jer kete kena kemas.

Masuk parking kat pejabat, aku tengok tempat car wash dalam kawasan parking. Pagi-pagi nie kereta tak banyak lagi. Ok gak cuci kat sini. Sebelum nie pun pernah cuci kat sini, kita tip-top gak servis dia. Lagipun mudah jer, kat bawah pejabat.

Aku tinggalkan kereta kat brader car wash. Tak payah tunggu. Lagi 2 jam turun semula ambil kereta.

Dan hari itu. Aku sibuk bekerja. Lupa segalanya...

"ALAMAK!!!"

Aku bergegas lari ke bawah. Tempat car wash sudah gelap. Kereta aku masih ada. Brader cuci kereta ntah ke mana. Dah balik ker. Aku usha papan tanda. Waktu cuci kereta sampai 4 petang jer. Alahai camner nak amik kereta nie..

Tiba-tiba aku nampak brader cuci kereta muncul. Baru balik solat Asar agaknya. Aku tahu dia tunggu aku. Dan berulang kali aku ulang ayat maaf. Kalau tak kerana aku, dah boleh balik rumah pekena teh tarik brader tu..

Mujur brader tu ok. Lepas bayar dan amik kunci, aku terus ke kereta. Sambil panaskan enjin kereta, aku sempat menoleh ke arah brader tadi yang dok buat akaun bisnesnya hari itu. Dan setelah semua selesai, brader tadi angkat tangan berdoa sebelum beredar meninggalkan car wash untuk urusan peribadinya pula...

Sayu jer rasa. Aku petang tu solat Asar pun belum. Amalan berdoa dan bersyukur ke atas rezeki yang diterima seperti brader tu patut aku contohi.. Barulah hidup lebih mana dan tenteram...

Jumaat, Mei 08, 2009

Alamak

Hari itu memang sibuk. Macam selalu. Sedar-sedar dah pukul 5. Itupun bila sorang-sorang member opis lalu depan bilik sambil bawak beg. Segera tutup PC. Aku perlu pulang awal. Dah janji nak hantar baba ke KLIA malam nie.

Isshh... mana pulak nie. Dalam nak cepat, kunci kereta aku hilang. Dalam poekt seluar kiri dan kanaan tak der. Dalam beg tak der. Sempat gak aku kemas meja yang bersepah semata-mata nak cari kunci tapi tak jumpa jugak.

Aku cuba ingat kembali ke mana aku pergi sebelum ini. Cuba mengagak kemungkinan kunci itu tertinggal di mana-mana sahaja. Dlam tandas. Kedai makan. Surau. Bilik member...

"Alamak!!!" jerit aku separa kuat sambil tepuk dahi. Jam dah menunjukkan pukul 5.20 petang waktu itu....

Rabu, Mei 06, 2009

Lena Diulit Intan

Cuti panjang. Mesti ramai balik kampung. Dah 3 hari kerja pun masih ada yang tak balik-balik dari kampung. Syok dok kat kampung agaknya.

Aku balik rumah mak jer. Dekat sangat. Tak der feel balik kampung pun. Tak macam kechik-kechik dulu. Balik kampung (dari Kelantan ke Baling, Kedah) mesti muntah-muntah bila lalu kat Grik. Kira dalam adik beradik aku, saper tak muntah kira terer lah.

Rumah mak jadi tumpuan kalau cuti-cuti panjang cenggini. Pakcik makcik mesti datang berhimpun ramai-ramai. Yelah, mak anak sulung. Nenek pun tinggal sekali.

Pasti, yang jadi tumpuan si kecil comel Husna. Husna dah tak takut dipegang orang lain. Kira mesra rakyat la..

Sedara mara sibuk tanya.. "Tengah malam tidur macam mana. Husna ada bangun tak?"

"Oh...Husna tidur jer sepanjang malam. Subuh esok baru bangun" jawab aku dengan yakin.

Entah kenapa aku pandang muka awek che'gu lain macam jer. Eh salah ker. Memang betul apa aku tak dengar pun dia merengek tengah-tengah malam...

Selasa, Mei 05, 2009

Ini Cerita Minggu Lalu

Ini cerita 1 Mei yang lalu. Hari Pekerja. Hari cuti. Yang jatuh pada hari Jumaat.

Lelaki 1: Solat Jumaat kali nie lain jer rasa. Bersemangat dengan khutbah. Tak macam selalu. Ngantuk jer. Sebab Jumaat kali nie leh mandi dulu. Itu yang buat segar jer badan.

Lelaki 2: Aha. Baju melayu aku pun dah lama tergantung kat dalam almari sejak raya haji tahun lepas. Hari nie baru merasa balik pakai baju nie.

Lelaki 1: Syok gak cuti Jumaat nie. Sekali sekala solat Jumaat kat kawasan rumah sendiri.

Lelaki 2: Hmm...jemaah masjid kita nie pun ramai gak ari nie. Macam awal-awal Ramadhan.

Lelaki 1: naper ngko dia jer... Kot Jumaat kat mana tadi

Lelaki 3: Er..aku lupa la hari nie Jumaat. Ingat Sabtu. Aku kul 2 baru bangun...

Cheh....

Khamis, April 30, 2009

Sejarah Mungkin Berulang

"Cheh... muka Amuk.. hati Tomok" kutuk kawan-kawan. Dulu. Tahun 2000.

Dia memang jenis berjiwa. Tapi depan kawan-kawan mana boleh mengaku. Lagi pun awek-awek Sungai Wang mana layan mamat yang dengar lagu meleleh. Imej kena jaga. Jiwa kena kental. Baru awek-awek pandang.

Sesekali dia bersiul lagu budak-budak indie. Ada kala tersasul jugak ke lagu Hindi. Nak buat macam mana dari kechik membesar ngan citer Shah Rukh Khan..Oppss Datuk.. Malu jugak bila kantoi ngan member layan lagu lentok nie.

Tapi sekarang dia tak kisah lagi. Tahun 2009 tak sama ngan 9-10 tahun dulu. Kawan-kawan 'grunge' yang jadi idola dia suatu ketika dulu pun dok sibuk undi artis realiti.

"Tomok hari ini bukan seperti Tomok yang dulu"..kata sorang kawan yang juga orang kuat Tomok FC cawangan Kuala Selangor.

Rabu, April 29, 2009

Lagi 2 hari due date...

Hari nie dah 29hb. Ada lagi 2 hari untuk selesaikan penghantaran borang cukai pendapatan. Aku macam selalu. Saat-saat akhir nie baru nak kelam kabut. Tercari-cari segala resit beli buku dan bayar zakat.

Awek che'gu dah bising-bising. Dari awal bulan 4 aku dok sebut nak isi borang, sampai sekarang masih belum terisi jugak.

"Rilex. Tahun nie kita isi online pakai e-filing. Tak sampai 10 minit pun nak isi borang tu" kata aku sambil dok belek-belek penyata gaji tahunan.

Kemaskini petang:

"Aiseh..apa kata laluan e-filing aku nie..."

Isnin, April 27, 2009

Macam Chipsmore

Kalau tengok workstation aku memang bersepah. Selalunya aku kemas pada petang Jumaat atau awal pagi Isnin jer. Hari-hari lain kamu akan lihat helaian kertas dan fail di setiap sudut meja. Cuma ada sedikit ruang ditinggalkan untuk aku menulis.

Jadi, bila barang yang kecil macam thumbdrive hilang bukan perkara mustahil. Puas aku selak. Susun segala barang yang bersepah, masih tak jumpa juga. Kat mana yer. Thumbdrive aku nie pun satu. Macam chipsmore.

Hari minggu, aku tolong awek che'gu cuci baju. Bukan kena sental ngan berus pun, mesin basuh kan ada. Kalau awek che'gu yang basuh, dia akan seluk satu persatu poket seluar dan baju. Pastikan tiada kertas, pen, duit siling dan segala macam barang dikeluarkan. Aku, buat lebih kurang jer. Agar-agak tak dengar bunyi duit siling masa campak seluar dalam mesin basuh kira tak der la tu.

Baru 3-4 kali berpusing, dah ada bunyi pelik. Tak macam bunyi duit siling. Mungkin terlebih muatan gamaknya. Aku biarkan saja. Malas nak check sebenarnya. Lagipun bunyinya kejap ada kejap takder.

Masa nak sidai, aku jumpa thumbdrive aku yang hilang. Oh..menyorok kat sini rupanya. Kesian, thumbdrive aku masuk air gara-gara tuannya yang masuk air....

Rabu, April 22, 2009

Minggu Seksiteri

Best la sapa2 yang jadi PA/ secretary. Minggu nie bos2 mesti bawak gi makan kat hotel punya. Special treats sempena Minggu Setiausaha. Yelah, kamu-kamu lah yang uruskan jadual kerja enche-enche bos tu. Kira pemegang diari merah laa...

Tapi, kalau diikutkan, aku pun setiausaha gak. Setiaisaha Kelab Sukan. Nak kena suruh YDP belanja aku makan kat hotel nie.. err Siti Nurhaliza perform kat hotel mana tahun nie..heheh

Isnin, April 20, 2009

SMS BIUS-BIUS CINTA

SMS P: ”Awak mesti datang kenduri kahwin saya tau. Mesti. Jangan tak datang pulak”

SMS L: ”Kenapa”

SMS P : ”Awak dah berjanji”

SMS L : ”Hah. Bila pula saya berjanji”

SMS P : ”Awak tulis awak mesti datang kenduri kahwin saya dalam buku autograph. Awak tulis lepas abis exam SPM. Dah lupa. Saya simpan lagi buku tu. Juga janji awak”

SMS L :”Yer ker. Sepatutnya saya tulis nak kahwin dengan awak dalam buku tu”

Tiada lagi SMS selepas itu. Juga kad jemputan yang ditunggu masih belum terima.

Nota :
1. Sifat P (selalunya) mudah ingat pada janji.

Jumaat, April 17, 2009

Hitam Manis Macam Manggis

Aku memang dah lama geram tengok 'dia'. Hitam manis. Kecik molek. Sesuai ngan aku. Kata orang tua-tua, kalau nak sagu, kena la pecahkan ruyungnya. Aku... Pecah tabung hanya kerana 'dia'

"Eh! Bila masa pulak 'dia' ada dalam senarai nie" tanya awek che'gu.

"Tapi..memang nak sangat 'dia'. Member opis MK pun dah angkat satu. Tapi besar sikit la. Ini kechik molek jer"

Biasalah Menteri Kewangan menjalankan tugas dia. Tapi PM masih berkuasa.

"Nie nak kira pakej rangsangan ekonomi keberapa nie.. Tiga ker"

"Kira pakej rangsangan minda lah"


Senyumlah-senyumlah ahai..cik mek molek...



Selasa, April 14, 2009

Mr Mama

Lepas Subuh pagi Sabtu tu, awek che'gu dah bersiap nak sekolah. Ganti untuk raya nanti katanya. Mak aii.. awalnya ganti. Adik aku pun lom tempah baju raya dia (selalunya bab-bab raya nie dia tak kalah punya).

Aku cakap Husna tak payah hantar taska. Lagipun, diluar waktu perkhidmatan, kalau hantar kena extra charge. Aku yakin boleh jaga. Papa Mithali kan.

Awek che'gu tak cakap banyak. Aku tengok dia tulis nota kecil dan tampal kat tv (sebab kalau tampal kat peti ais, aku pun jarang bukak peti ais). Aku buat tak 'port' jer. Sambung tidur balik.

Tak sampai 10 minit awek che'gu gi sekolah, Husna dah bangun. Aku cuba dodoikan semula, tapi tak jalan. 10 minit lepas tu, aku yang tertidur. Sedar-sedar Husna yang tadi terlentang dah meniarap sambil tangan kecilnya dok tonyoh muka aku.

Aku buka mata sambil senyum kat dia. Oklah. Hari cuti tak boleh malas. Nak jadi Papa Mithali kena pandai layan anak.

Aku dukung Husna sambil jalan ke tv. Tengok nota yang disediakan awek che'gu. Ada garispanduan/ingatan untuk jaga Husna.

i. Husna bangun jer dari tidur, kena tukar pampers. Dari malam tadi tak tukar.
ii. Mandikan Husna dalam kul 10. Air kena suam-suam kuku. Rasa guna siku.
iii. Lepas mandi, pakaikan seluar & baju lengan pendek jer (laci nombor 2).
iv. Bagi makan ubat demam. (Guna sudu plastik).
v. Susu dalam botol kena panaskan dulu baru kasi minum.

20 minit lepas baca nota awek che'gu, aku dah ada kat rumah mak. Siti (aka mak) cukup suka layan cucu dia. Dari mandikan Husna, bagi susu dan tidurkan Husna, mak uruskan semuanya. Aku layan mee goreng kat dapur sambil baca surat khabar omputeh jer...

Isnin, April 13, 2009

Larian Oren



Selalunya 9km. Tapi kali nie 11km plak...(walaupun aku lari cuma 5km. Lagi 6km jalan kaki sambil borak-borak ngan pakcik/uncle yang pun dah tak larat nak berlari)

Perghh...penat sangat. Lenkali lah update.

Khamis, April 09, 2009

Tikus Membaiki Labu

Ini bukan cerita tikus membaiki labu. Juga tiada kene mengena dengan Mc Gyver. Mc Gyver pun bukanlah hebat sangat kalau dibandingkan dengan pakar rekacipta Malaysia, Zul dari Rawang tu.

Haikal. Dapat hadiah robot B-Daman dari Siti (aka neneknya). Seperti permintaannya masa dia kena masuk wad kat Ampang Puteri tempoh hari. Zaman sekarang. Kalau zaman dahulu, masa aku kechik-kechik takder nak mintak mainan nie haa..mesti mintak nak makan serawa labu, durian tak pun ketam masak lemak.

Robot B-Damannya bukan jenis pasang siap. Keluar dari kotak jer leh terus main. Tapi yang ini dari jenis yang kena pasang, kalau tak reti tak siap-siap.

Mujur Pak Ngahnya nie engineer. Setakat nak pasang mainan nie macam hisap rokok. Sedut jer pastu hembus...

Dah sejam aku dok tengok kertas panduan cara nak pasang berbahasa China tu..dengan gambarnya yang rasa kena zoom 3x baru leh nampak, kreativiti aku sememangnya tercabar. Haikal yang dari tadi setia menunggu kat sebelah dok tengok aku cuba pasang robot dia dah beralih layan kete Ferari Shell dia.

Esok. Maksu Haikal datang. 15 minit. Dah siap. Aku belajar satu perkara. Kau perlu punyai naluri dan imaginasi kanak-kanak untuk perkara seperti ini.

Rabu, April 01, 2009

SABAR AKU HILANG

Sabar aku hilang
Kamu ada jumpa dia
Tolong minta dia segera pulang
Aku perlukannya

Tanpanya
Akan datang kemarahan
Akan munculnya pergeseran
Yang bakal mengundang pergaduhan

Kawan-kawan
Tolong carikan
Sabar aku yang hilang

Isnin, Mac 30, 2009

Anak Cikgu

Sabtu Pagi. Awal Pagi. Beberapa Jam Sebelum Aktiviti Bergelap Bermula.

Sabtu itu Sabtu yang keempat jika merujuk kepada kalender Kedai Bateri yang aku gantung kat dapur. Kebanyakannya sektor swasta turut bercuti kecuali di bahagian perkhidmatan dan juga yang kerja kat tapak pembinaan. Sektor Kerajaan apatah lagi.

Awek che'gu ada sukan pulak pagi tu. Aku ada kursus. Kat PICC. Husna terpaksalah kami hantar ke taskanya. Kena caj RM10 sebab hantar di luar waktu. Tak kisahlah. Janji ada yang tengokkan dia.

Masa nak hantar pagi tu, aku tengok ada 4 orang bayi lagi. Nampaknya, bukan kami saja yang kena tinggalkan anak atas urusan kerja. Orang lain pun ada.

"Ingatkan saya sorang jer hantar baby. Ada gak ek orang lain hantar" tegur awek che'gu

"Aha Kak. Hari nie yang hantar semuanya anak cikgu"

Woitt...sapa kata jadi cikgu banyak cuti... siap ada cadangan nak suruh masuk berpolitik pulak lepas nie.

Rabu, Mac 25, 2009

ALLY ISKANDAR atau

Aku kurang gemar tampil ke hadapan. Lebih selesa berada di belakang. Berselindung di sebalik tabir. Menyorok di celah kelibat yang ramai.

Jadi, apabila tiba giliran aku bagi sesi pengucapan awam, jelaslah gementarnya aku berada di hadapan bila mata semua memandang. Entahkan nasib, entahkan hormon testosteron yang meningkat tika berada dalam tekanan, aku berjaya selesaikan cabaran yang aku sendiri rasa mustahil. Syukur benar bila cabaran itu sudah berakhir.

Dan aku, rasa telah melakukan yang terbaik sewaktu sesi pengucapan awam bila ada sorang awek tegur (stndard la, citer best mesti ada hero ngan aweknya)..

”Wah, Kemat... best la .. macam Ally Iskandar”

”Ally Iskandar.... Ali Nasi Kandar yer la” kata kawan lelaki aku (macam citer hindustan gak, ada watak antagonis yang tak puas hati ngan hero..hehhe)

Isnin, Mac 23, 2009

Politik Wang

Bila anak menakan aku kena tahan kat wad minggu lepas, segera dia telefon neneknya (atau 'Siti' sebagaimana panggilannya). Minta dibelikan mainan. Bagi memujuk hatinya yang terpaksa berkampung 2 hari di wad Ampang Putri tu.

"Wah. Sakit-sakit pun sempat mintak mainan lagi tu. Politik wang betullah cucu sorang nie" ungkap neneknya aka Siti.

Selasa, Mac 17, 2009

SPA Q

Petang semalam. Aku balik kerja agak awal dari biasa (walaupun sampai lewat gak, nak dekat pukul 7, jammed punya pasal). Dah lama tak minum petang bersama, aku singgah beli goreng pisang.


Masuk jer rumah, terdengar suara awek che’gu dok merungut depan tv sambil lipat kain..


”Ni lah lelaki... bukan boleh bagi muka sangat”


Aiseh.. apa hal pulak nie... aku ada wat salah ker...lain macam jer mood dia. Aku cuba intai kelibat Husna. Lenanya dia tidur dalam buai.


”Geram tul ngan Dafi nie” jerit awek che’gu lagi sambil bangun sambut aku dan terus ke dapur nak buat air


”Cheh..layan Spa Q ker... ingat apa tadi”



Nota sisi: Sejak sekian lama disajikan dengan cerita yang dibina berasaskan wanita e.g , Rozanna, Cinta Untuk Ain, Embun, sekarang dah ada citer guna nama lelaki... YUSSUF