Isnin, Jun 29, 2009

”Mat. Mana nak cari floppy ...” via sms

Amenda pulak floppy nie. Floopy disk ker.

”Kat kedai komputer la. Tapi zaman sekarang mana ada orang pakai floppy disk. Tak hip langsung” aku. Via sms

Diam. Lama. Merajuk barangkali lelaki yang tak suka kucing tu. Atau dah bergegas ke kedai komputer. Cari floppy disk.

”Err.. yang atas meja ngko tu. Pokok gedik-gedik tu. Mana nak cari”

Cheh. Flip-flap la. Bukan floppy. Memang tak hip langsung.


Nota: Dulu, aku pernah bagitau lelaki yang tak suka kucing, namanya flip flop, tapi baru aku perasan nama ikut surat beranak flip flap

8 ulasan:

nizamsani berkata...

ada yang terpengaruh jua.haha.

shasha berkata...

hahaha...tak abis2 ngan flip flap...apa daaa...skang tgh demam flip flap ke bro??

GDIZ berkata...

lelaki tak suka kucing tu pun bunga juga upanya ek..;p..hehe

pB berkata...

kat midvalley ada jual

Kek Keju berkata...

owh.. sweetnye lelaki takut kucing tu. ekekeke.

Amy Z! berkata...

flip flop tu kat uptown banyak dah jual. dulu kat jusco mahal. dekat rm20. huhu.

kat uptown pun agak mahal gak. rm15.

bayan berkata...

Fenomena sekarang ni. Saya juga ada. Ladybird dan spiderman. Hehehhe..

Harga standard 10 ringgit ke bawah je.

kemat berkata...

nizam:
dah ramai terjebak nie

shasha:
aha..elok demam flip flap dari kene H1N1

gdiz:
bunga kat dalam, luar muka ketat

pB:
mahal bro

kek keju:
wajahnya memang manis

amyz:
sekarang dah murah..tapi akt pasar malam la

bayan:
wah ada dua. spiderman macam mana tak penah tngk...