Khamis, Jun 04, 2009

Musim Kahwin : Hadiah

Nak pergi kenduri kahwin, selain menitikberatkan soal lokasi kenduri, baju apa nak pakai dan geng2 yang akan turut serta dalam rombongan, soal hadiah pun kadang-kadang boleh buat kamu jadi tak tentu arah. Hadiah apa nak kasi nie.. kadang-kadang dah hujung bulan, bajet kurang. Takkan bestfriend kahwin pun tak kasi hadiah..

Ini aku 'list' kan hadiah yang aku dapat masa kahwin dulu, antaranya

1. Lampu tidur
2. Pinggan mangkuk/ gelas / cawan
3. Kelengkapan elektrik - seterika/ periuk nasi/ dvd player dll (kenapa takder yang kasi tv 29 inci kat aku)
4. Cadar/ comforter
5. Album gambar/ frame gambar
6. Botol susu
7. Ubat nyamuk
8. Jam loceng yang disetkan berbunyi jam 2 pagi
9. Buku
10. Pakej percutian/honeymoon
11. Baucar beli belah
12. Teddy bear (aku syak dia tertukar ngan hadiah birthday anak sedara dia)
13. Pregnancy test kit
14. Baju 'pelik-pelik'
15. Kaligrafi hiasan dinding


Dan tak lupa yang salam bersampul...

Nota: Man, hadiah cadar ngko aku belum guna lagi. Apahal kasi cadar single woi...kurang2 saiz queen.. kene tunggu anak aku besar dah ada katil sendiri baru leh guna nanti

9 ulasan:

Amyz! berkata...

entahnya. kan best dpt tv 49" flat skrin. haha.
demand tak ingat~ :-p

. berkata...

haha..pelik2 hadiah kau dapat ye bang.

Intan and The Boys berkata...

ada dapat toaster tak?
saya toaster yang tak dapat. bukan tu hadiah faveret ke?
huhuhuhu~

Tanpa Nama berkata...

wahahahha. duluuuuu...penah gak terasa nk kasik jam loceng. set kul 3pg. cm kejam aa kononnya. tp mcm x sampai ati.

tp rupanya kgkwn encik kemat dh buat yekk. xleh imagine. akakakka

Bunga Rampai berkata...

Pertama kali tahu ada orang hadiahkan ubat nyamuk.

Salam :)

faridmw berkata...

salam... dah masuk musim kawin ka sekrang?

ns berkata...

heheh..pregnancy test tu yang tak tahan tuhh..ekekeke

tasekM berkata...

hahahaha... jam tu kenapa set jam 2 pagi weh.... ha ha.


.

Kemat berkata...

amyz:
lagi hebat demand 49".biaselah pengantin kat rahja..heheh

nizam:
salam takziah bro

puterikure2:
ada 2...nak satu..aku jual...hehe (kejinya jual hadiah yg dapat)hahha

fafarafa:
mber dengki tak kahwin lagi tu..:)

bunga rampai:
salam... murni tujuannya

faridmw:
jemputan banyak nie..cuti bln 8 time puasa..x der orang wat knduri kahwin kot

gdiz:
diaorng lagi excited

tasikmerah:
:)