Rabu, November 23, 2005

Chegita Penjual Tempe.........

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Iuhan pasti mengabulkan doanya.

Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yangterjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara tu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mulakurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari tu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutuptempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belummenjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Selasa, Oktober 25, 2005

20 Ramadhan 1426 thn Hijrah @ 24 Oct 2005 thn masihi...hari ini..di sini... b'mulanya satu perjalanan penuh pengharapan di bulan yg penuh keberkatan...aku mula menulis.. m'coret.. m'cipta... m'ukir kata2 utk diabadi'n dlm satu laman yg tidak bersempadan...sejauh maner perjalanan ini mampu diterus'n.. sekuat maner keiltizamannya dikekal'n.. seindah maner karyanya diilham'n... secekal maner tekadnya dibulat'n... tiada kepastian pd setiap p'soaln... nmun andai ader sokongan dan dorongan.. kelahiran ini pasti ku perjelas'n dgn segala catatan yg t'surat mahupun t'sirat..

Agak lama ku pendam hasrat ingin memiliki laman baru...(suatu mase dlu liepan ini pernah ber"nyawa" di weblog lain...tp kaku tidak bermaya).. ku redah blog2 kengkawan... sbg ilham p'buka jln..nyata ilham kalian cukup m'bangga'n... tak mampu ku susuri segala gerak tarinya..hasratnya keramat 1 Januari 2006 dijadikan titik p'mulaan kelahiran baru ini.. nmun knapa tidak Ramadhan bln kemuliaan dijadi'n permulaan ke arah segala kebaikan yg mgkn ada disebalik setiap coretan yg bakal dipapar'n...

Ku cuba blajar dr bayi yg mula b'jln...skalipun t'jatuh tak pernah sesekali takut utk cuba b'diri & b'jln kembali...biar b'tatih...selangkah demi selangkah...kelak kau pasti boleh b'lari bila kau sudah punya keyakinan diri...b'diri tanpa "tongkat"

Biar tidak sehebat maner...asal'n aku selesa...akan ku tulis apa saje yg aku rase..yg aku dgr..yg aku lihat..biarlah tidak b'konsep tp b'matlamat..kisah sedih.. gembira.. suka.. duka.. jijik.. ganas.. semua itu lumrah kehidupan p'jalanan insan...

Dan kawan2 ayik bertanya mengapa dan kenapa aku menulis..mgkn krn aku lebih ikhlas sewaktu menulis dr menyampai'n dlm kata2 secara b'semuka...bukan hipokrit cuma aku mmg x pandai nk b'cerita ketika yg lain memasang telinga...kata2 hati ini lbih senang dikeluar'n melalui jari bukannya mulut...Aku pernah bersemuka dgn satu kumpulan novelis melayu di MPH... aku cerita'n ttg keinginan utk menulis tp aku segan krn gaya penulisan aku x menarik dan bhn penulisan juga kosong.. kata mereka tulislah apa yg kita ingin'n dgn gaya yg kita selesa krn ianya dari hati kita.. mgkn rmai x menggemari tulisan itu tp pasti ada yg sudi m'baca jika tulisan itu ikhlas dan jujur... meminjam kata2 Hamka.." segala yg dr hati pasti masuk ke hati" hmm.. baiklah.. dari itu aku akan kembali menulis dlm blog liepan yg pernah aku ilham'n... Harapanku.. janganlah ia "Hidup Segan Mati Tak Mahu"