Isnin, Februari 25, 2008

Musim Mengundi Datang Lagi

Musim mengundi datang lagi.
Ada orang janji macam-macam
Nak lebarkan jalan, bina jambatan
Satu sekolah satu taman
Satu kampong satu produk pertanian
Yang mendengar seronok bertepuk tangan.

Ada yang memaki, mengutuk pihak lawan.
Di tabur fitnah, dibongkarkan kisah silam
Yang buruk, yang salah semua diceritakan
Yang mendengar rasa marah dan geram

Suratkhabar dari muka depan sampai belakang.
Berita dari pagi sampai malam
Radio dari mula sampai tamat siaran
Alkisahnya tentang pilihanraya
Benar atau salah kamu sendiri fikirkan

Di kedai kopi masing-masing punya cerita
Tentang calon-calon pilihan raya
Tak cukup pasal kerjaya, timbul juga hal rumahtangga
Bukan setakat diri sendiri dan sedara mara
Kenalan rapat turut jadi bahan umpatan

Undi kita adalah rahsia
Maka jangan ditanya kami undi siapa
Beri gula beri kain kami terima
Nak pangkah nanti lain punya cerita
Yang pasti kami tahu nak pilih siapa

Seronoknya musim mengundi
Yang datang lima tahun sekali
Pakat-pakat balik kampong
Kita pangkah mereka yang betul
Yang betul-betul ikhlas nak menolong
Bukan yang nak mengaut untung

Gelanggang sudah dibuka
Kita tengok langkah siapa yang sempurna
Lenggok siapa yang sumbang sini sana

Rabu, Februari 20, 2008

Teknik Pengurusan

Hari ini. Sambil mencicip buih teh tarik yang tinggi di petang hari. Aku belajar satu perkara. Mungkin tiga. Ilmu yang cukup berguna untuk teknik pengurusan yang baik.

  • Hormatilah orang di sekeliling kamu. Dan mereka akan hormati kamu.
  • Jika mereka salah. Tegur dan nyatakan kesalahannya. Jangan biarkan mereka meraba-raba mencari jawapan @ penyelesaian kepada kesalahan itu. Kita berikan mereka tugasan. Kita tahu apa hasil yang kita harapkan dari tugasan itu. Kenapa kita tak boleh berkongsi perkara itu dengan mereka.
  • Ikhlas.

Isnin, Februari 18, 2008

Seloka Yang Makan Gaji vs Yg Bayar Gaji

Salam Enche -Enche Bos
(sudah tentulah yang dihormati..disegani..dan lain2 lagi)

Kami ingin memohon maaf kiranya kami tidak menjawab panggilan telefon atas sebab2 berikut:

1. Kami sedang mengular pada ketika itu (atau kadang2 menjadi naga jika enche-enche pun tiada di pejabat, bercuti). Kami akur, segala panggilan dalam waktu pejabat adalah penting. Namun, enche-enche pun tahu, kiranya kami menjawab panggilan itu, pastilah akan kedengaran suara riuh rendah orang di kedai makan ini.

2 . Kami sedang khusyuk melaksanakan tugasan di bilik kecil itu. Sekalipun ianya kecil (5' x 3'), kami tenang berada didalamnya. Dan selalunya, masa inilah datangnya pelbagai ilham. Untuk menulis blog misalnya. Jika kami menjawab panggilan itu, pastilah akan suara kami akan bergema dan menyukarkan enche-enche mendengar dengan jelas apa jua yang kami perkatakan.


Tapi kami pasti akan menelefon kembali enche-enche bila kami sudah bersedia. Itupun jika kami masih ada kredit.......


Maafkan ketelanjuran kami, pekerja marhaen.

Jumaat, Februari 15, 2008

14hb Februari

Semalam 14hb Februari 2008.

Wak Deraman yang baru balik dari surau menjerit-jerit memanggil nama isteri kesayangannya. Isteri muda. Wak Deraman kahwin lain setelah kematian isteri pertamanya. Anak-anaknya yang bergaji besar di Kolumpo tiada yang ingin pulang ke kampung menjaganya. Maka mereka carikan isteri baru untuk menjaga makan minum Wak Deraman.

Kata orang-orang kampong, Wak Deraman untung. Dapat bini muda. Anak dara lagi. Dengar khabar bini mudanya itu orang bandar. Walaupun bukan anak orang kaya, tapi tetap dibesarkan dengan kehidupan bandar. Walaupun bini mudanya beriya-iya mengatakan sanggup hidup di kampung, tetapi gaya kehidupannya sedikit sebanyak mengikut adat resam orang bandar.

Tak salah pun. Membawa pembaharuan. Yang penting mereka bahagia. Kalau dahulu rumah Wak Deraman cuma ada tivi 17 inci, sekarang dah bertukar ke 29 inci. Siap ngan DVD player dan Astro sekali.

“Limah…Limah… mana kamu pergi nie”, Wak Deraman marah-marah. Bini yang dicari tak muncul-muncul lagi.

“Nie..apa bunga-bunga ros dan coklat nie. Awak nak sambut Valentine ker…. Kita orang Islam maner leh sambut Valentine nie” marah Wak Deraman bila bininya muncul dengan baju tidur warna merah sambil menunjukkan sejambak bunga dan coklat atas meja depan tivi. Wak Deraman tahu pasal Hari Valentine. Dia baca kat surat khabar dan tengok kat tivi.

“Saper pulak yang sambut Valentine. Malam nie kan malam Jumaat”

Malam tadi. Malam Jumaat. 14hb Februari 2008. Wak Deraman tidur sorang kat depan tivi. Bini mudanya merajuk, kunci pintu bilik.

Khamis, Februari 14, 2008

Undi

“Nie nak tulis kot Melayu ke Omputeh nie”

“Alah…Melayu jer... tak yah panjang2 nak berkias berpantun sini sana. Diaorang pun tak der masa nak baca novel sekarang nie”

“Nak tulis apa”

“Y.B. Kami nak mintak duit. Nak buat tambang. Balik kampong. Untuk Y.B juga. Kami undi Y.B (kalau dapat duit tambang laa….)

Ahad, Februari 10, 2008

Cuti Si Tikus

Hari Pertama Gong Xi Fa Chai.

"Mana boleh sapu rumah hari nie", jerit aku dari dalam selimut tebal dengan suara penuh kemalasan.

"Huh, sejak bila pulak ikut Feng Shui nie"

Haha. Cuti panjang. Aku mau tidooo..... . Kasi can la tikus-tikus kat stor tu bermaharajalela. Esok kita buat operasi.


Amacam puas layan citer Jackie Chan cuti CNY nie....

Selasa, Februari 05, 2008

Kisah Sabtu

“Kita ikut bunga manggar jer. Mesti jumpa” kata aku pada awek che’gu bila ditanyakan tentang peta ke majlis kenduri kawen Attokz. Memang asalnya nak print peta tu, tapi siapa ntah gatal2 tak der keje pegi hack forum geng jurnal. Maklumat berkenaan kenduri yang dihebahkan Attokz pun tak leh buka.

Berbekalkan sisa ingatan tentang peta yang pernah aku tengok sekali imbas dan juga pengalaman merempit di sekitar Ampang membuatkan aku yakin pasti dapat ditemui jalan ke majlis kawen Attokkz. Tambahan pula, hidung aku cukup sensitif pada bau nasi minyak. Tapi aku tersilap, hujan mengurangkan kecekapan deria bau aku. Kami jumpa khemah kawen Attokz selepas khemah kawen ketiga. (Dalam satu kariah, sekali empat yang kawen pada hari yang sama)

Malam. Kami ke Rumah Pena. Ada Maskara (Malam Baca Naskah Sindiket Soljah Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka). Ada 3 persembahan yang menarik perhatian. Persembahan lagu dari kumpulan Nuras. Mereka ini mengingtakan aku pada saudara Gitar Tong. Punyai bakat. Silap mata dari Alif Firdaus dan Ismail. Juga puisi epik Mahabrata dalam bahasa tamil oleh Elizabeth Jothi dan Shasi Rekha. Sebagai buah tangan pada malam itu, aku bawak balik CD Nuras dan buku terbaru En Sufian Abas, Kasut Biru Rubina dengan tagline Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa-Jiwa Hadhari. Oh ya, juga hadiah percuma VCD Toll gate Girl dan beberapa buku puisi.

* Akhir-akhir ini aku tidak lagi boleh menulis seperti dulu. Maaf, jika yang kemari hanya disajikan kisah2 lama. Aku belum patah semangat, tapi…..