Isnin, Februari 18, 2008

Seloka Yang Makan Gaji vs Yg Bayar Gaji

Salam Enche -Enche Bos
(sudah tentulah yang dihormati..disegani..dan lain2 lagi)

Kami ingin memohon maaf kiranya kami tidak menjawab panggilan telefon atas sebab2 berikut:

1. Kami sedang mengular pada ketika itu (atau kadang2 menjadi naga jika enche-enche pun tiada di pejabat, bercuti). Kami akur, segala panggilan dalam waktu pejabat adalah penting. Namun, enche-enche pun tahu, kiranya kami menjawab panggilan itu, pastilah akan kedengaran suara riuh rendah orang di kedai makan ini.

2 . Kami sedang khusyuk melaksanakan tugasan di bilik kecil itu. Sekalipun ianya kecil (5' x 3'), kami tenang berada didalamnya. Dan selalunya, masa inilah datangnya pelbagai ilham. Untuk menulis blog misalnya. Jika kami menjawab panggilan itu, pastilah akan suara kami akan bergema dan menyukarkan enche-enche mendengar dengan jelas apa jua yang kami perkatakan.


Tapi kami pasti akan menelefon kembali enche-enche bila kami sudah bersedia. Itupun jika kami masih ada kredit.......


Maafkan ketelanjuran kami, pekerja marhaen.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau terlanjur dengan siapa?
baik kau bertanggungjawab..

Intan and The Boys berkata...

hehehe...

ye, saya la orang yang slalu tak jawab call tu.

Mak Su berkata...

saya pun tengah meng-ulau

cikdinz berkata...

buat apa kat dlm bilik kecik tu...

Cik Keju berkata...

saya xmengular encik.. saya menaga je. hahahah..

Azhar Ahmad berkata...

hahahah, ada istilah baru rupanya... menaga.... Lagi haru kalau ramai orang camni kat pejabat....

banggugar berkata...

salam,

mungkin setelah encek pekerja sudah menjadi bos nanti, encek2 semua merasa faham dengan keadaan macam ni..

(",)