Sabtu, Januari 30, 2010

Jangan (Mudah) Ada Benci

"Ngko tak join ker" tanya kawan. Dalam sesi lepak di kedai mamak. Bersama air buah gelas besar. Dan laptop. Masing-masing. Kecuali aku. Yang lebih gemar memilih milo ais. Setelah koko ais yang dihajati tiada.

"Projek apa pulak nie. Tak tahu pun"

"Join group benci dia nie haa. Nie tengah nak kumpul ahli nie. Kalau cecah 300, leh buat gathering. Ngko tengok kat fesbuk nie haa.. macam-macam cerita buruk pasal dia dah terkeluar"

"Dia ada cakap apa-apa tak"

"Bukan setakat cakap. Nak tunjuk muka pun dah malu dah. Mana berani nak jengah ke sini. Cepatlah Mat. Join group nie. Aku dah hantar suggestion kat fesbuk ngko nie"

"Err... perlu ker. Aku tak pernah berurusan pun ngan dia. Biarkan jelah dia ngan hidup dia"

"Isshh.. kita nak kumpulkan geng pulaukan dia sekarang nie"

"Rasanya kita perlu dengar cerita dua pihak dahulu. Lagipun. Aku buka fesbuk. Nak cari kawan. Tambah kawan. Bukan lawan. Harap-harap takder pulak group benci aku suatu hari nanti"

Selasa, Januari 26, 2010

Siri Keibubapaan: Panduan Bapa Jaga Anak Bila Ibu Bekerja

Sabtu lepas. Awek che'gu ke sekolah. Sekolah ganti untuk bercuti panjang Tahun Baru Cina nanti. 

Aku. Dok rumah. Mengasuh Husna. Itu yang aku bagitau kawan. Bila dia telefon di awal pagi. Untuk sesi lepak di kedai mamak.

"Dah sarap lum... aku nak datang rumah ngko nie. Nak pesan apa" tanya member, live dari kedai mamak.

"Puree satu. Mintak kuah dal campur sambal. Teh tarik ikat tepi" 

"Aiseh. Teh bikin sendiri la. Jimat sikit"

10 minit lepas tu. Kami dah bersila depan tv. Bukan tak ada meja makan. Tapi takder feel la makan kat meja. Formal sangat. Lagipun, kalau awek che'gu ada, mana ada can nak makan depan tv nih. 


"Mana anak ngko. Tido ker. Senyap jer rumah"


"Aku dah hantar pergi taska lah"


"Cheh. Kata mengasuh anak tadi. Tak mitahli langsung"


 

Isnin, Januari 25, 2010

Err..Macam Mana Nak Menjawab Nie




Adeh.Pedih. Pedih. Menusuk ke hati sindiran member nie. Nantilah aku usahakan apa yang patut.
Tanah laman sekangkang kera nie tak sesuai jika ditanam pokok durian, strawberry mahupun pokok getah.

Khamis, Januari 21, 2010

Ilham Datang (dan juga boleh pergi bila tidak dihargai)

"Hello Encik Kemat" kata suara di hujung corong sana. Garau dan parau.

"Iya. Saya. Dengan siapa saya bercakap nie"

"Saya dari agensi cari ilham. Kami difahamkan encik tengah mencari ilham. Boleh kami bantu, ilham bagaimana yang encik perlukan. Yang ada kisah sedih duka lara atau kisah gembira penuh suasana tawa ria. Atau mungkin sedikit kisah jenaka bersama sindiran tajam terhadap politik semasa"

Benar Orang bisnes pandai dan cepat mengintai peluang. Tahu-tahu saja aku sedang mencari ilham segera ditawarkan perkhidmatan yang pasti perlukan imbuhan balasan. 

"Err.. saya tak nak Encik Ilham"

"Eh, kenapa pula. Bukankah encik perlukannya. Janagn risau. Saya yang terbaik di sini"

"Saya, kalau boleh nak cari Cik Ilham. Yang cantik. Manis. Ranggi. Manja. Dan gedik. Baru ada semangat. Ada Cik Ilham + semangat, barulah rajin nak menulis"

Dan talian telefon. Terus terhenti di situ sahaja. Putus.

"Hello...hello.... hello...". Tetap tiada jawapan.

Manusia [aku lah tu] mudah sombong bila mendapat nikmat. Meminta peha sedangkan betis sudah cukup buatnya.

Selasa, Januari 19, 2010

Enche Ilham Sesat (agaknya), Dah Berhari Tak Datang Menjengah

"Kemat, bila nak update blog" pertanyaan yang diterima menerusi saluran YM.

"Hmmm... tak berkesempatan. Update fesbuk jer"

"Hah. Ada fesbuk. Mintak link fesbuk"

2 hari berlalu....

"Fesbuk pun tiada cerita terbaru" sapa dia lagi.

"Hmmm...  juga tak berkesempatan. Update dalam hati jer"

[Moga, dia tak minta hati pula untuk dibaca]

Sabtu, Januari 16, 2010

Gerhana

Sebelum mengangkat takbir, sempat bertanya rakan di sebelah

"Eh,nie solat gerhana matahari ker bulan"

"Lu dah jauh tersesat la Mat. Siang-siang nie gerhana matahari la"

Mabuk dengan urusan kerja. Sampai tak keruan dibuatnya. Moga  hati tak turut gerhana. Kerana duniawi.

Khamis, Januari 14, 2010

Nama Saya John

"Selamat pagi John" sapa En Beliau.
Aku. Tengok kiri dan kanan. Tiada yang lain. Cuma aku sorang. Aku segera membalas sapaan. Dengan sedikit keraguan.

Tengah hari. Masih mendapat sapaan yang sama. Aku balas dengan ucapan yang aku kira tak jelas butirannya disulam dengan senyuman. Keraguan yang sama masih di fikiran.

"Selamat petang En John Master" sapa En Beliau buat kali terakhir hari itu. Aiseh. Aku lupa pakai tag nama. John Master. Nama tertulis kat kocek baju aku. Sinisnya teguran.

Rabu, Januari 13, 2010

Janji Telah Diikat

Adik. Menuntut hadiah untuk pertunangannya.

"Ok. Nak apa"
Lama juga berfikir. "Kasi hadiah sepersalinan baju nikah la"
"Boleh. Nikah pakai baju warna apa"
"Putih. Semuanya putih"
"Hmm.. senang jer...  angah bagi telekung lah. Atas sampai bawah semua putih"

"Cheh"



Isnin, Januari 11, 2010

Aiseh, Merajuk La Pulak

Baru berkias sahaja. Belum betul-betul lagi. Kalau jadi pun tak der lah cepat sangat. Mana nak cekau duit rib-rib nak masuk minang. Setakat bertanya boleh lah.

Mudah benar dia 'patah hati'. Dengar kisah ingin dimadukan. Dia merajuk. Sampai aku tak senang duduk.

Hajat hati. Nak cari yang slim. Biar cantik mata memandang. Hari-hari tak sabar nak pulang. Kalau boleh 24jam nak mengadap jer.

Bingung juga. Nak pasang sampai dua. Tapi awek che'gu dah setuju. Aku turut besetuju setelah mencongak wang simpanan aku. Tapi lagi 3 bulanlah.

Kami sama-sama gembira. Cuma dia yang nampak kecewa. Dan terus merajuk. Seminggu dah. Sejak kami berbual serius tentang perkara itu.

"Abang. TV LCD baru tu kita beli dalam minggu nie lah. Nak tunggu yang nie hantar repair makan minggu nie baru siap" bisik awek che'gu yang juga separa merajuk tak dapat tengok AJL secara langsung. TV kami rosak lagi. Alahai.

Khamis, Januari 07, 2010

Ada Tebu Di Bibir Kamu Enche Suami

"Suami orang ni lain sikit. Mulut manis. Pandai berbicara dan mengambil hati" hujah seorang kawan. Entah berdasarkan pengalaman atau koleksi pandangan kawan-kawannya yang lain.

Dan kami mula bercerita tentang suami-suami orang. Entah cerita itu direka bagi menyerikan sesi minum petang kami atau berdasarkan pengalaman sendiri. Sebab kami pun suami-suami orang [ya, mujur tiada antara kami lupa sebahagian dari kami suami orang]. Ada cerita yag menakutkan, ada yang mengembirakan, ada yang boleh dibuat pengajaran, ada juga yang macam memuji kelebihan suami orang [dan tentunya kami bangga mendengarnya]

Aku tak pasti aku termasuk dalam lingkungan yang bermulut manis dan pandai berbicara ini. Mungkin juga. Teh O kurang manis yang selalu dipesan di kedai mamak tetap terasa manisya. Manis-manis nie bahaya juga. Jangan sampai ada yang keruh. Jangan sampai ada yang terasa hati. Mungkin aku [sebagai suami orang] perlu mengubah cara kami. Harga gula dah mahal ni. "Mamak. Teh O pahit satu"

Selasa, Januari 05, 2010

Menambah Senarai Azam 2010

Bila hasrat murni kamu tidak kesampaian. Ia seharusnya membuat kamu lebih beriltizam. Dan mula menyimpan azam.

Adik aku tak habis-habis gelak. Bila aku gagal tapisan awal. Nak sahut seruan Kerajaan. Tambahkan bekalan darah negara.

"Paling kurang, berat kena 46kg bang" ujar cik misi manis tu.



Dapat cecah angka 50 pun dah kira pecah rekod.


Ahad, Januari 03, 2010

Tulis Kata Hati

Katanya, aku tidak menulis dari dalam hati. Seperti dulu lagi. Dan tulisan tidak melambangkan diri.

Adakah hati ini sudah tiada lagi. Atau mungkin lesu hampir mati.

Aku membenarkan kata-katanya. Separuh. Kerna aku masih mencari diri sendiri. Yang sebenar dan sepatutnya.

Akur. Menulis dari hati penting. Dan bermakna. Agar ia mudah masuk ke hati. Yang membacanya juga.

Antara hati yang ikhlas. Atau sekadar berpura-pura. Aturan akal dapat membezakannya. Moga tahun 2010 ini, hati aku bersih dan suci. Menjadikan permulaan yang baik di tahun baru ini.