Sabtu, Januari 30, 2010

Jangan (Mudah) Ada Benci

"Ngko tak join ker" tanya kawan. Dalam sesi lepak di kedai mamak. Bersama air buah gelas besar. Dan laptop. Masing-masing. Kecuali aku. Yang lebih gemar memilih milo ais. Setelah koko ais yang dihajati tiada.

"Projek apa pulak nie. Tak tahu pun"

"Join group benci dia nie haa. Nie tengah nak kumpul ahli nie. Kalau cecah 300, leh buat gathering. Ngko tengok kat fesbuk nie haa.. macam-macam cerita buruk pasal dia dah terkeluar"

"Dia ada cakap apa-apa tak"

"Bukan setakat cakap. Nak tunjuk muka pun dah malu dah. Mana berani nak jengah ke sini. Cepatlah Mat. Join group nie. Aku dah hantar suggestion kat fesbuk ngko nie"

"Err... perlu ker. Aku tak pernah berurusan pun ngan dia. Biarkan jelah dia ngan hidup dia"

"Isshh.. kita nak kumpulkan geng pulaukan dia sekarang nie"

"Rasanya kita perlu dengar cerita dua pihak dahulu. Lagipun. Aku buka fesbuk. Nak cari kawan. Tambah kawan. Bukan lawan. Harap-harap takder pulak group benci aku suatu hari nanti"

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam tau ja sapa yang dimaksudkan...

Tanpa Nama berkata...

hahhahaha. lelaki pon bergosip jugak ekkk...dahsyat. lagi hebat dari aku. aku pon xtau ada hate-grup psl dotdotdot tuh kat fesbuk sebelum nih. ekekekek

shasha berkata...

itu pasal la tak minat sgt facebook

Kemat berkata...

acik:
entri ini sifatnya terbuka

fafarafa:
:)

shasha:
ada yang positif.. ada yang negatif, macam tajuk debat kat sekolah dulu, televisyen baik atau buruk