Isnin, Februari 01, 2010

Terjah (edisi rumah Kemat)

Selamat Hari Wilayah. Pada yang membayar zakat pendapatan di Wilayah Persekutuan, pasti seronok bercuti hari ini. Hari ini aku kira hari yang menggembirakan bagi kebanyakan orang Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur. Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Celcom pun leh tumpang gembira jika mahu.

Cuti hari nie. Hajatnya nak berekperimentasi dengan kamera di luar. Kenangkan Husna yang tak berapa sihat, aku layankan karenahnya di rumah sahaja sambil2 godek entri lama dan terjumpa permainan tag "5 benda dalam rumah kamu yang paling menarik". Dah lama sangat kene tag. Bukan tak sudi membalas, cuma masa tu aku masih bujang. Dan harta yang aku ada dalam flat sewa bujang itu cuma almari pakaian jenis kain (beli kat pasar malam), bantal dan tikar sebagai alas tidur. Macam mana nak buat tag 5 benda paling menarik. Leh jatuh saham aku yang masa tu masih tercari-cari awek yang sudi temankan makan mee goreng bawah pokok ketapang kalau sekadar tunjukkan bantal dan tikar alas tidur jer.

Hari ini. Sambil mendokong Husna keliling rumah, sempat aku senaraikan 5 benda dalam rumah yang paling menarik.
Tuan-tuan dan puan-puan. Saya bongkarkan 5 benda paling menarik di rumah Kemat.

1. Shower + Water Heater
Kalau dulu, aku mandi pagi sepuluh minit. 9 minit termenung. Setengah minit pasang air. Setengah minit lagi mandi.

Sejak ada pemanas air nie, selamba jer sepuluh minit tu dok bawak shower. Kalau tengah layan lagi, sempat gak abiskan nyanyi 2-3 lagu M.Nasir.








2. Penghawa dingin.
Malas nak ambil gambar. Korang google jelah air cond 1.0hp jenama York. Bendalah nie adalah 2-3 kali buat aku hampir terbabas Subuh di hujung minggu.Selain memudahkan Husna tidur, bendalah juga berjaya meningkatkan pendapatan TNB setiap bulan.

3. TV
  Koman sangat kalau aku cakap rumah aku tak ada tv. Macam mana nak layan gossip Melodi di hujung minggu. TV rumah aku tak adalah besar sangat. Korang tengok saiz remote control pun dah tahu.
 












4. Talian internet
Kalau benda ajaib nie tak nyala berkelip-kelip, sasau aku dibuatnya.
5. Err.. aku letak empat jelah. Malas nak bercerita lagi. Tapi ada satu benda yang aku tengok jiran kiri kanan semua dah pasang. Bikin aku jeles jer. Aku tengah buat akaun kira imbang. Kalau ada baki lagi memang hujung bulan nie aku rembat jugak.


 
Kalau tak cukup bajet gak, aku gantung kuali dulu lah.
 

7 ulasan:

shasha berkata...

aik? takde astro? camna nak layan raja lawak 4 ni bro?hehehhehe...

kingbinjai berkata...

masuk astro bukak saluran 106 tgk rancangan tanyalah ustaz. bess wooo

Lan Rambai berkata...

kalau takder astro.... ko ada alasan yang kuat utk lepak kedai mamak tgk bola... tapi kat umah aku dah berzaman ada astro.. aku tetap tgk bola kat kedai mamak jugak haha

3kays berkata...

baru beli ke tv LG tu, brape inch? TV lama letak kat mane? bawah lagi ke? tak de astro layan tv1 pun best jugak.

kemat berkata...

shasha:
tak per..layan kat youtube jer

kingbinjai:
masuk list dulu

lan rambai:
tengok kat kedai mamak ramai2..tu yg best tu

3kays:
layan tv9, lagi best

nizamsani berkata...

hebat.ada water heater.

tasuke berkata...

world cup bulan 7 bro...world cup bro...world cuppppp