Jumaat, Februari 05, 2010

Mencari Hikmah Pada Jumaat Penghulu Hari

Belum jam 7 pagi. Awek che'gu dah telefon. Mesti nak berpesan tentang Husna. Yang perlu disampaikan kepada pengasuhnya di taska. Demam Husna sedikit kebah. Tapi kami masih memerhati. Dan berhati-hati.

"Kereta rosak la selepas tol Sg Besi. Betul-betul kat depan Nirvana tu" kata awek che'gu.

Segera aku angkat Husna yang masih lena tidur. Dan kami bergegas keluar rumah. Singgah di taskanya. Meninggalkan pesan tentang perihal ubat dan keperluannya yang lain pada pengasuhnya.

7.20 - keluar dari tol Sg Besi. 
7.45 - sampai di tempat kejadian. Jalan di sekitar Desa Petaling. Macam selalu. Sesak. Dan kereta awek che'gu menambah alasan pada kesesakan itu. Setelah puas dicuba, sah clutch dah abis. Panggilkan tow truck guna khidmat Etiqa Autoassist. Dah bayar insurans mahal-mahal, kecemasan beginilah gunanya (percuma towing 50km pertama).
8.00 - kami bertukar kereta. Minta awek che'gu terus ke sekolah guna kereta aku. Memang dah terlambat. Nak bercuti, dah 3 hari awek che'gu ambil cuti jaga Husna. Kali ini aku pikul tanggungjawab urusan kereta ini.
8.45 - Tow truck sampai. 10 minit selepas abang-abang jaga highway datang tolong kawal trafik (terima kasih.... maaf kami sesakkan keadaan pagi ini)
9.15 - sampai bengkel. Belum buka. Minum dulu. Kata driver tow truck
9.45 - tokey bengkel sampai. Kat warung kami minum. Alas perut kata tokey bengkel. Baru leh kerja.
10.00 - bergerak ke bengkel. Belek-belek. Sah masalah clutch. Barang tak ader. Order baru dulu
10.45 - Barang sampai. Tokey belekbelek spare part yang dihantar. Jenis yang dihantar tak ngam. Tak leh masuk. Tokey kedai marah-marah. Kat telefon. Pada kedai  yang dia order tadi. Aku marah-marah. Kat dalam hati. Cam selalu.

11.15 - Barang sampai. Terus dikerjakan.
12.30 - selesai. wang bertukar tangan.

Lepas solat Jumaat, ingat nak makan. Tokey buat pagar telefon. Nak repair pagar rumah. Mood kerja dah tak ada. Minta tokey pagar datang rumah. SMS enche bos. Minta EL. Separuh hari dah hilang pun

Dapat pesanan. Hujung minggu ini. Perlu berkampung di pejabat. Siapkan tugasan. Alahai,



8 ulasan:

puterikurekure berkata...

laa...ciannya.
sib baik takde apa2 kat awek che'gu.

:)

shasha berkata...

takpe la bro...yg penting mama husna ok...kete pun takde problem2 lainn...

fafarafa berkata...

seb baik aku tak lalu situ. kot tak...mesti sekurang2nya ada gakk sedikit mengeluh psl kete ko. ekekekekek

tasuke berkata...

nasib baik opis aku depan umah..kalo x nko kena cerca..hehe

madulebah berkata...

mujur saya dah jarang lalu jalan tu. Kalo tak harus ada yg kena tempias

Amy Z! berkata...

Ada hikmah walaupun terpaksa bekerja di hujung minggu. .:-)

kemat berkata...

puterikure2:
:(

shasha:
aha

fafarafa:
:(

tasuke:
entah berapa banyak maki aku terima pagi tu

madulebah:
pengantin baru tak boleh marah2..

amyz:
yup

skidg8 berkata...

alahai...