Rabu, Februari 10, 2010

Surat-Surat Cinta

Tulis Mat Bon. Dalam surat cintanya pada Esah

"Engkau. Umpama bulan. Cantik berseri. Mengindahkan malam"

Mat Bon tak peduli. Kalau suratnya tak berbalas. Seperti surat-surat terdahulu. Yang penting baginya. Segala isi hati. Perasaan. Pada Esah. Perlu diluahkan. Itulah yang dipelajarinya. Tentang ilmu cinta.

Esah. Macam selalu. Meluat dengan surat yang diterima. Tapi masih sudi membuka dan membacanya. Bukan ingin diketahui isi hati. Mat Bon, jejaka yang mendambakan cintanya. Tapi ingin membaca kata-kata puji. Untuk dirinya.

Petang itu. Tak seperti selalu. Surat cinta Mat Bon berbalas. Biar cuma surat. Bukan cinta. Tapi ini cuma permulaan. Kata Mat Bon pada kawan-kawan. Yang sering mengikuti kisah perjalanannya mengejar cinta Esah.

Dan surat Esah tertulis

"Engkau. Juga seperti bulan. Pipimu yang berjerawat. Seperti permukaan bulan yang tak rata"

Mat Bon kurang pasti. Kenyataan itu kutukan atau isi hati Esah terhadapnya. Biar kawan-kawan turut tumpang ketawa membacanya. Tapi dihatinya, ia suatu tanda. Cintanya mula berbalas. Kalaupun ia kutukan, ia tetap indah. Pujuk Mat Bon dalam hatinya.

8 ulasan:

shasha berkata...

hahahha.....'engkau laksana bulan...'

3kays berkata...

bro, ko nie tengah bercinta ke?

puterikurekure berkata...

alalala...mat bon amat berharap.
tapi masih comel kerana mat bon berfikiran positif!
go go mat bon!!!

Mak Su berkata...

jujur ler tu

tasuke berkata...

ini la antara sebab lelaki takut/segan/malu nak ngorat pojaan hati mereka..tp org seperti mat bon ni biasanya mmg dapat apa yg mereka kejar itu..hahah

faridmw berkata...

salam...
dah nama cinta.. hehehehe
berfikiran positif tu yang membuatkan cinta lagi mendalam... heheh

kingbinjai berkata...

ha ha

kemat berkata...

shasha:
hahah..hati-hati jika yang ada panggil kamu bulan..

3kays:
bercinta ngan bini bro

puterikure2:
chaiyo mat bon, ramai kasi sokongan tu

mak su:
jujur atau ikhlas

tasuke:
tapi tak rugi mencuba

faridmw:
cinta murni

kingbinjai:
hahah