Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Tak sampai 24 jam tahun 2009 akan berakhir. Kala nak dikira dari segi azam, ada yang tak tercapai. Usaha ke arah nak capai pun belum dimulakan [sebenarnya aku pun dah lupa apa antara azam aku]. Macam rutin, sampai kadang-kadang malas nak tanam azam. Tapi tanpa azam macam mana nak capai impian.

Terkejar-keja juga kerja di pejabat. Nak capai sasaran 2009. Sebelum balik, sempat aku tengok kat perakam waktu bulan terakhir 2009 nie. Alahai. Banyak juga merahnya.

Jumpa En Beliau. Minta tandatangan perakuan. Traffic jammed. Aku tulis sebagai alasan kepada warna merah tu.

"Aihhh. cuti-cuti sekolah pu jalan jammed gak ker"

"Aha. Pagi-pagi jammed kat rumah"

Rabu, Disember 30, 2009

Nota Bergetah (Untuk Kamu)


Buat kengkawan semua. Dengan rasa rendah hati, kami ingin menjemput kalian bertandang ke teratak baru kami dan sama-sama mendoakan kebahgiaan kami.

Untuk lakaran boleh muat turun di sini. Eh, tak boleh pulak. Rujuk peta di bawah yer. Atau yang ada GPS boleh jer cari koordinat ini N 02'57.166' E101'46.662' Elevation + 298m. Agak-agak sesat, jangan segan nak telefon 01239115531 (kemat). Kalau segan leh tanya jer pak polisi.

Jemput yer. Kenduri kami tak seberapa. Cuma ingin berkongsi kegembiraan dan rasa syukur merealisasikan impian bersama.

Penampilan khas: Tiada artis, cuma awek suka kucing yang berkebaya merah katanya.


Isnin, Disember 28, 2009

Sedang Mengorat Awek Che'gu Untuk Menonton Wayang Kisah Komik Ini



"Terkandas dia di air yang dangkal ketika badai tersua dengan awan" Pedang Setiawan Siri Ke 11

Jumaat, Disember 25, 2009

Bila Lagi Ni 2 (Edisi Basuh Kereta)





Awek che'gu. Lama sangat dah bercuti. Dah gian nak kembali menulis di papan hitam.

Wira hitam aku sebagai gantinya.

Rabu, Disember 23, 2009

Bila Lagi Ni?

Awek suka kucing asyik bertanya. Bila nak buat sesi 'panaskan rumah'.

"Nantilah.. rumah belum habis kemas lagi" Alasan aku. Macam selalu.
Dah timbul gosip. Di sana sini. Rumah Kemat. Besar. Macam istana.

"Korang tengok meja kerja dia yang bersepah pun leh tahu. Kemat tu mana la rajin nak mengemas. Makan bulan gak dia nak kemaskan rumah dia tu" ulas seorang kawan. Membela sambil mengutuk. 2 dalam 1.

Selasa, Disember 22, 2009

Status Fesbuk (sekiranya ada) Hujung Minggu Yang Lalu

  1. Melawat Taman Tamadun Islam
  2. Bergambar Di Sekitar Masjid Kristal
  3. Layan ASTRO Kat Hotel Dari Dalam Selimut
  4. Makan Udang & Ikan Celup Tepung Di Pantai Teluk Ketapang
  5. Mencari Batik Di Pasar Payang
  6. Melawat Stadium Runtuh
  7. Berbengkel Menyelesaikan Tugasan Pejabat Sehingga Ke Malam

Khamis, Disember 17, 2009

Masa Itu Emas

Antara surat pertama sampai ke rumah kami. Adalah iklan dari Habib Jewel.
"Kami jual murah-murah jer. Harga kengkawan" begitulah kata mereka. Dari Habib Jewel.

Aku tunjukkan pada awek che'gu. Mungkin ada yang dia berminat. Cincin perkahwinan dulu dah hilang di kebas orang. Belum berganti hingga ke hari ini.

"Tak apa lah. Tak perlu belikan dulu. Cukuplah sekadar habiskan masa bersama anak dan isteri di rumah ini. Masa itu pun emas juga" pinta awek che'gu.

Iya. Kebelakangan nie selalu juga balik lewat. Perlukan lebihkan masa di rumah baru kami ini juga sebenarnya.


Rabu, Disember 16, 2009

GPS

Kawan aku. Asyik tanyakan alamat GPS rumah aku. Senang. Kalau tahu kodnya. Masukkan dalam GPS, pasti dapat dicari rumah aku walau berselindung di balik bukit atau celahan kebun getah.

Mana aku nak tau. Aku pun tak der bendalah GPS tu. Biasa aku bagi landmark Kajang Hill Golf Club, pasti orang dapat jumpa.

Hujung minggu lepas, aku bagi juga panduan ke rumah. Bukan kod GPS. 
"Aha... lepas lampu isyarat tu, ngko terus himpit kiri, ada jalan masuk bawah terowang landasan keretapi 50 meter dari situ. Terus belok. Jalan terus jer...bla....bla..bla"

Aku rasa macam senang jer. Tapi dah dekat setengah jam tak sampai-sampai gak lagi. Kalau ada kenduri kahwin, leh aku pacak bunga manggar jer.

"Kat mana dah". Aku berkomunikasi guna teknologi sms. 

Lima minit lepas tu baru ada balasan. "N02'53.178 E 103' 48.662'"

Cheh. Mamat GPS nie memang nak kena hempuk dah. Aku senyapkan sahaja. Takkan lah aku nak kena buka peta dan kompas nak cari dia.


15 minit lepas tu baru dia telefon. "Mat, amik aku kat Petronas Seksyen 3"

Kan senang.

Isnin, Disember 14, 2009

Seronok Sampai Lupa

Aku pernah bagitau kat sorang member. Eh, ramai sebenarnya. Antara tempat makan yang best kat KL nie adalah warung Nasi Lemak & Char Kway Tiaw Mali, Tmn Bunga Raya. Berdekatan Kolej TAR. Buka seawal jam 5.30 petang. Sampai lah lagi beberapa jam nak azan Subuh. Kena pulak view meja kamu ngadap KLCC. Memang happening habis.

Awek bersepah. Yang datang makan dan juga yang jual. Nasi lemak dan char kway tiaw kat sini memang best in town. Macam ganja. Sekali kena pasti nak lagi.

"Kat sini semua best lah. Tak ada yang tak best. Memang tak menyesal kemari. Walau lenguh kena beratur panjang"

Yakin benar aku dalam usaha mempromosi kawan ke sini. Macam ada komisyen plak. Tapi aku lupa, keseronokan datang dengan keizinan-Nya. Dan bila kita terlupa. Ada pengajaran untuk ketika berfikir seketika.


Koma.


Hujung minggu lepas. Setelah kembali pulang dari kampung awek che'gu di Mentakab. Kami singgah ke warung Mali. Sekian lama tak bertandang. Sekian lama menaruh rindu dan dendam. Pada kemanisan sambal nasi lemak dan kesegaran udang dalam char kwey tiaw yang dihidangkan.

Kami puas. Bila nasi lemak dan char kway tiaw melepasi tekak ini. Dan mudah pula membuat kesimpulan. Segalanya pasti menggembirakan hati. Bila ke sini. Rasa syukur lupa dipanjatkan pada-Nya. Kekenyangan cuma disendawakan riang.

Balik ke kereta yang ditinggalkan dipersimpangan. Kegembiraan kami tidak berpanjangan. Ia mati di situ tatkala melihat cermin belakang kereta dipecahkan. Dan beg pakaian Husna sudah dilarikan orang. Entah kenapa beg anak kecil yang diambilnya. Hanya beberapa helai baju dan termometer digital yang digunakan bagi mengukur suhu badan Husna ketika demam. 

Geram bercampur marah. Dalam banyak-banyak kenderaan yang ditinggalkan, kereta kami jadi pilihan. Walau ada yang lebih mudah terdedah pada ancaman. Ditinggalkan dalam kegelapan sedangkan kereta ini dibawah lampu jalan yang terang. Cuba meninjau di sekitar kawasan. Mana tahu, pencuri dah campakkan, beg yang tidak berguna buatnya tapi bermakna untuk kami sekeluarga. 
Agak lama untuk ambil masa kembali tenteram. Dan waktu itulah baru hati mula mengingati Tuhan. Redha atas kehilangan. Syukur atas segala lain yang selamat. Diri kami terutamanya.


Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke balai polis. Tiada hajat nak dapatkan kembali barang yang dah dicuri. Cuma nak tambahkan statsitik. Kes pecah kereta di tempat awam.

"Enche polis. Kalau nak jadikan bandar ini selamat, statistik ini perlu dikurangkan" ucap aku dalam langkah terakhir meninggalkan balai.



Jumaat, Disember 11, 2009

Siri Ceramah Rumahtangga: Kongsi Beli

Hidup berumahtangga. Perlu bertolak ansur. Saling bantu membantu. Dan mempercayai.

Di kediaman baru ini, kami sepakat. Sama-sama menjaga. Bukan sekadar hati tapi rumah dan isinya. Sama-sama berkongsi kepayahannya. Menanggung bebannya. Termasuk bab-bab membeli barang-barang dalam rumah ini.

Aku. Suka membaca buku. Awek che'gu belikan aku rak buku. Tinggi. Melangut aku nak capai buku di para atas sekali. Terima kasih sayang. Dan bukunya aku lah yang kena belikan. Mengikut genre kesukaan aku, awek che'gu dan Husna juga. Semua sekali.

"Err... meja kabinet tv nie" tanya aku pura-pura tak faham.

"TV baru kita lah. Saya belikan kabinet, abang belikan tvnya, macam yang lain-lain lah..." cepat jer awek che'gu jawab.

Mak aihh.. dari ukuran kabinet nie, kurang-kurang 42" nie.

Nota: 2-3 bulan nie terpaksalah aku pura-pura buat lupa pasal kabinet tv nie yer..

Khamis, Disember 10, 2009

Idea

Aku jumpa kawan blogger. Yang rajin dan pandai menulis. Borak-borak. Pasal blog. Tiba-tiba dia terdiam seketika. Dan senyum sorang-sorang.

Aku tanya. Kenapa senyum. Dapat idea tulis blog katanya. Wah hebat. Entah dari mana ilham itu datang.  Sekilas sahaja. Dan dia berkongsi cara mencari ilham dari persekitaran.

Tak lama lepas itu. Aku pun turut tersenyum sorang-sorang. Mungkin dia fikir aku dapat idea baru untuk blog juga. Padehal, aku teringat cerita P.Ramlee malam tadi.

Selasa, Disember 08, 2009

Lupa Bukan Tak Ingat (Cerita Pagi Raya)

Lepas solat Aidiladha tempoh hari, aku bergegas ke rumah mak. Tak sempat membantu acara korban di surau. Kami nak balik kampung. Di Baling, Kedah.

Tengah sibuk masukkan barang-barang mak dalam kereta, aku baru perasan. Adik bongsu aku tak ada.

"Eh... mana adik mak. Dari tadi tak nampak. Dia tak nak ikut balik kampung ker"

"Kamu nie. Adik kamu tu kan kat asrama. Tengah nak ambil SPM. Raya nie pun kat asrama jer"

"Pap" Aku lupa adik aku amik SPM. Cepat-cepat keluar henpon. SMS salam aidilahda dan ucap selamat berjaya untuk SPMnyer.

Sabtu, Disember 05, 2009

Tingkatkan Prestasi Kerja

Cerita seorang kawan. Dia boleh membuat dua tiga kerja dalam suatu masa.

"Sambil masak lauk utama (ayam,ikan) leh sediakan potong sayur, sediakan bahan untuk lauk kedua. Sambil masak sayur, leh goreng telur dadar juga. Siap boleh basuh baju lagi"

"Wah, boleh basuh baju sekali" kagum aku.

"Guna mesin basuh laa..."

Malam tadi. Aku dah cuba. Bukan susah sangat pun.

Aku boleh masak kangkung goreng belacan sambil tengok tv.

Entri tambahan:
Malam tadi, aku gagal dalam misi masak sambil tengok tv. Aiseh, maaf awek che'gu. Bubur Husna terhangit.

Nota dari abang misai:
Jangan sms sambil memandu.

Khamis, Disember 03, 2009

Laporan Cuti Kemas Rumah

"Err... ni sijil-sijil penyertaan acara larian nak simpan ke tak nak nie. Masuk dalam fail lah. Nanti nak cari senang" ujar awek che'gu.


Aku. Bergegas. Cari fail baru. Alang-alang berkemas, elok disusun terus. Mudah kemudian hari.Tengah malam. Aku masih ralit. Menyusun dokumen penting dan sijil-sijil ke dalam fail.


"Kenapa tak tidur lagi nie. Abang cari apa. Dari tadi dok selongkar kotak tu" tegur awek che'gu. Entah bila bangun dari tidur.

"Tengah susun sijil-sijil saya la nie. Tak cukup lagi"

"Sijil apa yang tak ada tu"

"Err.. sijil kursus pra perkahwinan. Ada nampak tak"

"Nak buat apa lagi"

"Kenangan. Kena gi kursus baru leh kahwin. Nanti orang pejabat agama tanya"

"Alah. Sijil nikah dah ada. Tak yah pun tak apa"

"Issh...depa kata sijil tu laku seumur hidup tau"

Awek che'gu terus sambung tidur. Tak berminat nak membantu. Entah kenapa tah.