Khamis, Disember 03, 2009

Laporan Cuti Kemas Rumah

"Err... ni sijil-sijil penyertaan acara larian nak simpan ke tak nak nie. Masuk dalam fail lah. Nanti nak cari senang" ujar awek che'gu.


Aku. Bergegas. Cari fail baru. Alang-alang berkemas, elok disusun terus. Mudah kemudian hari.Tengah malam. Aku masih ralit. Menyusun dokumen penting dan sijil-sijil ke dalam fail.


"Kenapa tak tidur lagi nie. Abang cari apa. Dari tadi dok selongkar kotak tu" tegur awek che'gu. Entah bila bangun dari tidur.

"Tengah susun sijil-sijil saya la nie. Tak cukup lagi"

"Sijil apa yang tak ada tu"

"Err.. sijil kursus pra perkahwinan. Ada nampak tak"

"Nak buat apa lagi"

"Kenangan. Kena gi kursus baru leh kahwin. Nanti orang pejabat agama tanya"

"Alah. Sijil nikah dah ada. Tak yah pun tak apa"

"Issh...depa kata sijil tu laku seumur hidup tau"

Awek che'gu terus sambung tidur. Tak berminat nak membantu. Entah kenapa tah.

7 ulasan:

nizamsani berkata...

sijil asal bukan kena bagi pejabat agama ke?

shasha berkata...

amboi!!!!

madulebah berkata...

ha ha ha..

sekarang punya sijil asal pejabat agama cop "telah digunakan kali pertama"

@yue berkata...

miahahaa..
dh de rumah baru..
mau org baru lg kah...

tasuke berkata...

larat ke batinnya?hari ni bagi yg rumah sini..esok bagi pada yg rumah sana pula..larat ke?

*dengan anggapan poket saudara larat utk tanggung ibupejabat dan cawangan2 nya.hehhe

kiki berkata...

Kalau kiki pun..malas nak layan lah :p

kemat berkata...

nizamsani:
kene ker.. ada jer kat aku nie

shasha:
hahha...

madulebah:
untung lah orang lama .heheh

@yue:
ishh.. idak la begitu...

tasuke:
buka cawangan baru- tiada dalam perancangan dan fikiran

kiki:
hehe