Khamis, September 29, 2011

Puasa

"Eh Meon, engkau tak makan ker?"

"Oooo.. aku puasa hari ini"

"Wah. Bagusnya. Puasa sunat hari Khamis ek"

"Taklah. Puasa 6 lah. Lagi 2 hari nak abis ni"

Moral: Ilmu tanpa amal sia-sia. Amal tanpa ilmu ......

Rabu, September 28, 2011

Jamuan Raya


"Eh. Ini roti Gardenia dengan kaya kira termasuk dalam juadah jamuan raya ker?" laung Awek Suka Kucing sambil mengangkat sebungkus roti dan sebuah bekas kecil kaya. Awek Suka Kucing kelihatan tekun menyusun sumbangan juadah raya dari kawan-kawan untuk persedian jamuan raya.

"Kata 'potluck'. Kira okay ler tu", sahut satu suara dari jauh sambil tunduk menyembunyikan wajah.

"KKeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeemaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat"

Selasa, September 27, 2011

Rahsia Diari Merah Jambu VII

Mat Bon,

Semakin kau dekati
Semakin sempit ruang hati ini
Buat kamu

-Esah-


Isnin, September 26, 2011

Rahsia Diari Biru IX

Esah,

Semakin kau lari jauh
Semakin dekat rasa cinta ini
Pada kamu

-Mat Bon-

Rabu, September 21, 2011

Bulat (yang comel)

Bulat air kerana pembetung

Bulat manusia kerana, banyak sangat melantak masa jemputan rumah terbuka.

Misi: nak bulatkan diri.

Isnin, September 19, 2011

Pasca Kenduri dan Hari Gaji Lambat Lagi


Hari kedua -     Lauk kenduri.
Hari ketiga -    Telur rebus masak kicap
Hari keempat - Telur rebus masak sambal
Hari kelima -    Telur rebus masak dalca

Sabtu, September 10, 2011

Gotong Royong


Bila nak buat kenduri, automatik semua saudara mara kaum kerabat keluarga akan mula berkumpul. Gotong-royong bersihkan rumah dan persekitaran.

Dulu, masa budak-budak, aku memang selalu dapat tugasan cuci tandas. Bertahun juga aku pegang portfolio tu. Nak buat macam mana, budak-budak. Ikut sahajalah arahan orang dewasa.


Hari ini. Kami gotong royong lagi. Kemas rumah. Adik perempuan aku nak kahwin. (Oh ya... jemput ya. Di Sg Buloh. Ahad nie). Yang tak bestnya, bab cuci tandas depa serah kat aku lagi. Aku akur sahajalah. 


Mula-mula pergi kedai beli segala macam pencucui. Dari jenis botol muncung itik sampai yang boleh sental jubin sampai kilat berseri-seri. Aku kumpulkan sepupu aku yang masih muda, yang kategori budak-budak.


"Ha... nie abang engkau nak cakap. Koang semua ambik berus cuci tandas yer"


Dah dewasa. Kena la up sikit portfolio tu kan. Kurang-kurang jadi mandur. Baru la merasa jadi bang long. Hehe.



Rabu, September 07, 2011

Merdeka


Soalan biasa Ramlan akan tanyakan pada anak muridnya di kelas tingkatan 3 dalam semangat kemerdekaan ini adalah pengertian merdeka. Jika kelas ada 40 orang, 40 jawapan yang berbeza akan diterimanya. Ada yang jawab merdeka itu bebas. Ada bilang merdeka itu berdikari. Ada bagitahu merdeka itu bila kita tidak lagi perlu menunduk, duduk berlutut.

"Semua jawapan yang kamu berikan adalah betul. Kamu bebas melontarkan apa sahaja pandangan kamu tanpa takut dan ragu. Itulah merdeka"

"Yang kita sambut tiap-tiap tahun tu, kita merdeka dari siapa cikgu? Siapa penjajah kita sebenarnya? Siapa wiranya? Siapa petualangnya?" tanya salah seorang anak muridnya. Generasi pasca merdeka. Ramlan juga adalah generasi pasca merdeka. Dia hanya tahu tentang merdeka dengan membaca apa yang ditulis para sejarawan terdahulu. Juga apa yang dipertontonkan dalam filem-filem kemerdekaan.

Kalau dahulu. Soalan-soalan itu mudah sahaja dijawabnya. Tapi akhir-akhir ini dia sendiri keliru. Yang mana satu. Selama ini dia mempelajari sejarah dari apa yang diceritakan kepadanya. Yang samapi ke telinga dan matanya. Dia terima bulat-bulat. Tapi bagaimana yang menyampaikannya bohong.

Yang dia tahu. Tanah Melayu itu asal nama sebenarnya tempat dia berpijak. Yang semakin hari terhakis. Bukan kerana orang lain. Tapi kerana Melayu itu juga. Dia baca sejarah penentangan Mat Saleh di Inanam, Sabah. Tok Janggut di Kelantan. Datuk Bahaman di Pahang. Sukar benar untuk ditewaskan British. Namun tersungkur dek bangsa sendiri.


Itulah pelajaran sejarah sebenarnya. Ancaman yang besar dalam meruntuhkan ketamadunan bangsa bukan kerana orang lain. Tapi kerana bangsa, kaum kerabat, sahabat taulan sendiri jua. Itulah yang diberitahu pada anak muridnya. Ingatlah....