Sabtu, September 10, 2011

Gotong Royong


Bila nak buat kenduri, automatik semua saudara mara kaum kerabat keluarga akan mula berkumpul. Gotong-royong bersihkan rumah dan persekitaran.

Dulu, masa budak-budak, aku memang selalu dapat tugasan cuci tandas. Bertahun juga aku pegang portfolio tu. Nak buat macam mana, budak-budak. Ikut sahajalah arahan orang dewasa.


Hari ini. Kami gotong royong lagi. Kemas rumah. Adik perempuan aku nak kahwin. (Oh ya... jemput ya. Di Sg Buloh. Ahad nie). Yang tak bestnya, bab cuci tandas depa serah kat aku lagi. Aku akur sahajalah. 


Mula-mula pergi kedai beli segala macam pencucui. Dari jenis botol muncung itik sampai yang boleh sental jubin sampai kilat berseri-seri. Aku kumpulkan sepupu aku yang masih muda, yang kategori budak-budak.


"Ha... nie abang engkau nak cakap. Koang semua ambik berus cuci tandas yer"


Dah dewasa. Kena la up sikit portfolio tu kan. Kurang-kurang jadi mandur. Baru la merasa jadi bang long. Hehe.



6 ulasan:

zonaku berkata...

kemat mmg berbakat dlm hal cuci tandas rupanya.......

shasha berkata...

Ahaks...abg kemat pandai taichii ye..kasi kat org lain pulak...

nizamsani berkata...

berkaitan dengan bidang kerja ni.hehe.

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

leh masuk dlm skill resume..ahaks

ns berkata...

mmg tak dapat lari dari 'sepupu sepapat' pakcik tandas...panjang betul jodoh yer dari kecik smp sekarang..

Kemat berkata...

zonaku:
berbakat tak sama ngan minat tau..

shasha:
belajar dari pengalaman

nizamsani:
sikitsikit

tintakibod:
jgn tulis toilet cleaner, letak toilet maintenance, up sikit..hahha

ns:
hehe..kalau jodoh tak ke mana, ye tak