Soalan biasa Ramlan akan tanyakan pada anak muridnya di kelas tingkatan 3 dalam semangat kemerdekaan ini adalah pengertian merdeka. Jika kelas ada 40 orang, 40 jawapan yang berbeza akan diterimanya. Ada yang jawab merdeka itu bebas. Ada bilang merdeka itu berdikari. Ada bagitahu merdeka itu bila kita tidak lagi perlu menunduk, duduk berlutut.
"Semua jawapan yang kamu berikan adalah betul. Kamu bebas melontarkan apa sahaja pandangan kamu tanpa takut dan ragu. Itulah merdeka"
"Yang kita sambut tiap-tiap tahun tu, kita merdeka dari siapa cikgu? Siapa penjajah kita sebenarnya? Siapa wiranya? Siapa petualangnya?" tanya salah seorang anak muridnya. Generasi pasca merdeka. Ramlan juga adalah generasi pasca merdeka. Dia hanya tahu tentang merdeka dengan membaca apa yang ditulis para sejarawan terdahulu. Juga apa yang dipertontonkan dalam filem-filem kemerdekaan.
Kalau dahulu. Soalan-soalan itu mudah sahaja dijawabnya. Tapi akhir-akhir ini dia sendiri keliru. Yang mana satu. Selama ini dia mempelajari sejarah dari apa yang diceritakan kepadanya. Yang samapi ke telinga dan matanya. Dia terima bulat-bulat. Tapi bagaimana yang menyampaikannya bohong.
Yang dia tahu. Tanah Melayu itu asal nama sebenarnya tempat dia berpijak. Yang semakin hari terhakis. Bukan kerana orang lain. Tapi kerana Melayu itu juga. Dia baca sejarah penentangan Mat Saleh di Inanam, Sabah. Tok Janggut di Kelantan. Datuk Bahaman di Pahang. Sukar benar untuk ditewaskan British. Namun tersungkur dek bangsa sendiri.
Itulah pelajaran sejarah sebenarnya. Ancaman yang besar dalam meruntuhkan ketamadunan bangsa bukan kerana orang lain. Tapi kerana bangsa, kaum kerabat, sahabat taulan sendiri jua. Itulah yang diberitahu pada anak muridnya. Ingatlah....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan