Asar. Azan baru sahaja tamat berkumandang. Aku masih di perkarangan rumah. Berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah putih. Tergesa-gesa menghidupkan enjin kereta.
"Wah ustaz, nak ke surau ker?" tanya en jiran. Yang tiba-tiba muncul. Menjengah dari pagar sebelah.
"Eh, jangan panggil ustaz. Saya pun baru jer nak 'start'. Jom sekali"
Sepanjang pagi Maulidur Rasul, banyak duduk di depan tv sambil berselimut tebal (demam). Terkesan juga dengar tazkirah dan ceramah yang disampaikan. Jarang-jarang aku memakmurkan masjid. Asyik nak memberontak jer hidup nie. Sampai tertukar, antara keutamaan dan kemahuan.
3 ulasan:
sekurang2nya ada jugak keinsafan dlm diri drp langsung tak nak insaf..betul tak?
moga menjadi insan yg lebih baik di masa akan datang..amiiinn
dah sihat??
idahani:
amin
shasha:
belum sepenuhnya.
Catat Ulasan