“Kita ikut bunga manggar jer. Mesti jumpa” kata aku pada awek che’gu bila ditanyakan tentang peta ke majlis kenduri kawen Attokz. Memang asalnya nak print peta tu, tapi siapa ntah gatal2 tak der keje pegi hack forum geng jurnal. Maklumat berkenaan kenduri yang dihebahkan Attokz pun tak leh buka.
Berbekalkan sisa ingatan tentang peta yang pernah aku tengok sekali imbas dan juga pengalaman merempit di sekitar Ampang membuatkan aku yakin pasti dapat ditemui jalan ke majlis kawen Attokkz. Tambahan pula, hidung aku cukup sensitif pada bau nasi minyak. Tapi aku tersilap, hujan mengurangkan kecekapan deria bau aku. Kami jumpa khemah kawen Attokz selepas khemah kawen ketiga. (Dalam satu kariah, sekali empat yang kawen pada hari yang sama)
Malam. Kami ke Rumah Pena. Ada Maskara (Malam Baca Naskah Sindiket Soljah Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka). Ada 3 persembahan yang menarik perhatian. Persembahan lagu dari kumpulan Nuras. Mereka ini mengingtakan aku pada saudara Gitar Tong. Punyai bakat. Silap mata dari Alif Firdaus dan Ismail. Juga puisi epik Mahabrata dalam bahasa tamil oleh Elizabeth Jothi dan Shasi Rekha. Sebagai buah tangan pada malam itu, aku bawak balik CD Nuras dan buku terbaru En Sufian Abas, Kasut Biru Rubina dengan tagline Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa-Jiwa Hadhari. Oh ya, juga hadiah percuma VCD Toll gate Girl dan beberapa buku puisi.
* Akhir-akhir ini aku tidak lagi boleh menulis seperti dulu. Maaf, jika yang kemari hanya disajikan kisah2 lama. Aku belum patah semangat, tapi…..

10 ulasan:
erk, kenape eh kemat? bunyik macam merajuk je dgn blogging ni..
kih kih kih, kemah kawen ke - 3, seb bek jumpa gaks, memang rezeki
Jangan la camni bang kemat. Sampai hati bang kemat nak bikin para peminat bang kemat berdukacita.
Nanti next maskara, agak2 boleh baca naskah tak? asik jadi penonton je.. hikhikhik.
Bukan patah semangat, tapi bengkok semangat kottt
ehhh...nape ni??
ade nada merajuk jer ni??
Semangat perjuangan harmoni =B
Selamat bercoti, KeMaT. Dah pandai pakai Maskara? HeHeHe
Aku tak patah semangat..
Belum putus asa
Tapi aku dah berundur...
Aku dah tutup blog aku!
Tapi apa dude...? Cakap la. Jangan malu-malu. Kalau boleh kami tolong, kami tolong....
oh kalau aku rumah pena malam tu dapat kita jumpa ehehe
Catat Ulasan