Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Rabu, Disember 27, 2006
Tol - Harga Sebuah Kesesakan
Kenapa? Mungkin kerana mereka bukan penguni lembah Kelang yang terperangkap dalam jaringan lebuhraya bertol itu. Di kiri simpang ada tol, belok ke kanan juga ada tol. Atau kerana gertakan pemantauan ke atas blog2 yang cuba mengajar sang pemerintah. Atau kerana mereka sudah bosan dan lali dengan alasan dan janji yang diberikan. Kenaikan ini sudah diduga. Sebagaimana kerbau dipegang pada talinya, manusia pada janjinya, caj tol pada perjanjian konsesinya.
Usah dipedulikan tentang keadilan pada perjanjian itu, apakah ia berat sebelah atau hanya menguntungkan sebelah pihak. Kamu di luar sana bukannya orang2 korporat yang tahu mengira duit. Apalah sangat hendak dibanggakan jika gaji kamu mencecah 4 angka, itu hanya pendapatan seharian mereka. Kamu hanya tahu mengadu domba wang syiling sekupang dua yang perlu ditambah dalam perjalanan mencari rezeki ke tempat kerja sedangkan kamu lupa betapa kami kurang mengaut untung beribu ringgit jika tol tidak dinaikkan.
Sejak kecil lagi, kamu didengarkan dengan momokan anak tuan tanah yang enggan membenarkan kamu melalui laman depan rumahnya tika kamu cuba melewati denainya untuk membeli susu di kampung sebelah. ”Ini tanah bapak aku. Kamu perlu bayar jika ingin melewatinya atau kau ikut saja jejak2 jalan yang jauh itu”. Dan lebuhraya di kuala itu juga bukan milik bapa kamu.
Akhbar2 dan media arus perdana pantas bertanyakan pada pengguna lebuhraya bila kenaikan itu diumumkan. Tapi soalan yang diberi terlalu mudah untuk diteka jawapannya. ”Yang mana lebih selesa, lebuhraya yang besar atau jalan raya biasa yang tak pernah rata” Kenapa tak ditanyakan sahaja ”Apakah kalian bersetuju dengan kenaikan tol baru pada lebuhraya yang sentiasa sesak itu” Oh!! Aku lupa. Akhbar2 dan media arus perdana harus menjaga keharmonian negara. Soalan yg memberikan jawapan celaan perlu dielakkan. Tulisan berunsur hasutan bisa membuat kamu hilang mata pencarian.
Aku faham, jelas dan sokong kenapa kadar tol perlu dinaikkan. Kamu tahu apa. Ketika kamu masih lagi makan ubi, kami sudah berkelana ke luar negara. Di sana, harga minyaknya lebih mahal seperti juga tolnya. Kamu seharusnya berterima kasih kepada kami yang sering berusaha menjadikan kehidupan kamu lebih baik dan selesa.
Lantaran itu, aku sudah tidak sabar lagi ingin memulakan penghidupan baru di Kota Berlumpur. Tahun depan, aku ingin menjadi warga kota. Akan ku tinggalkan pulau ini. Menyambut tahun baru dengan azam dan impian baru. Memandu di lebuhraya yang sentiasa sesak dan padat. Dan dalam kesesakan itu, kamu berpeluang mengintai si gadis manis dalam kereta BMW mewah dari tingkap kereta buatan Tanjung Malim ini. Di Kuala Lumpur, kesesakan itu juga ada harganya.
Isnin, Disember 25, 2006
Piagam Pelanggan
Dan hujung minggu, aku perlu bertandang ke rumah kawan2 yg jadi pengantin. Cuti sekolah musim orang kawen. Kad jemputan kenduri yg aku terima lebih banyak dari kad ucapan hari raya tempoh hari. Mungkin lepas nie, aku boleh guna kad jemputan kawen untuk menghias umah di hari raya.
Di Kuantan, kami kaji pencapaian organisasi sepanjang tahun, jua perancangan baru untuk tahun seterusnya. Di Melaka, kami berdiskusi tentang kaedah penilaian projek2 yang dijalankan. Jelasnya, ia merujuk kepada piagam pelanggan kami. Sejauah mana ia dipatuhi.
Aku. Juga perlu mempunyai piagam pelanggan sendiri.
Untuk blog. Aku tetapkan. Sekurang2nya 1 entri 1 minggu. Cukup ker. Pelanggan aka pembaca sekalian setuju ker. Aku cuba dulu ek.
Isnin, Disember 11, 2006
Anak Kacukan
Kul 5. Tepat jam kat dinding. Dah ready. Ngan laptop di bahu kanan. Fail ditangan kiri. Tiba2 henset berbunyi. Suara di hujung sana bgtau hujan lebat di luar sana. Persetujuan dicapai. Kita minum dulu.
Hujan memang lebat. Tiupan angin begitu kuat sehingga mampu menyelak tinggi skirt pendek dan blouse labuh awek2 yg seksi itu. Tapi aweks2 itu x nampak gelisah dgn keadaan itu. Mereka tampak seronok. Semenatara aku mula bermain dengan imaginasi.
Tiba2. Lalu. Di hadapan kami. Tanpa diminta . Dia menguntumkan senyum. Cantik. Dia gadis kacukan. Fikir aku. Mungkin emaknya Cina, ayahnya Melayu.
Kata kawanku yang juga bersama menikmati panorama petang itu. Dia juga kacukan. Hah. Aku sedikit terkejut tapi masih mampu membalas senyuman. Bukan pada kawanku. Tapi gadis kacukan itu.
“Betul ker ngko kacuk. Tak der nampak cam kacukan pun.” Aku bertanya. Sambil masih lagi dgn gaya sopan mengkontrol senyuman.
Benar. Aku anak kacukan. Bapaku Lelaki. Ibuku Perempuan.
Aku dah tak mampu mengkontrol senyuman itu. Aku ketawa terbahak2 memegang perut yang takut2 pecah.
Jumaat, Disember 08, 2006
Apa Ada Dengan Kuantan
Aku tegur " Wah, dah nak balik kje ker"
Dia balas " Wah, ngko baru masuk keje ker"
Aku sebenarnya baru balik dari Kuantan. Menghadiri mesyuarat. 3 hari bersenang lenang di sana. Aku tak bagitau dia. Sbb aku nampak dia tergesa2 mau pulang. Aku tulis disini sbb aku nak bgtau korang. Ke mana aku menghilang. Kenapa tiada entri terbaru.
Aku tak sempat nak beli ole2 dari Kuantan. Aku menumpang kete kawan. Dia tak membelok ke arah pasar, tidak menuju ke Teluk Chempedak atau mencari laluan ke Tanjung Lumpur. Yang aku bawa pulang hanya cerita tentang Kuantan. Mungkin sebelum balik ke umah malam nie, aku kne singgah kedai beli buah tangan. Adik2 di rumah tak kisah samaada ia buatan Kuantan atau Sg Buloh. Yg penting, beg aku nanti bukan sekadar diisi baju2 kotor yg perlu dibasuh.
Apa ada di Kuantan. Aku sebenarnya tak sempat pun berjalan2. Bukan sibuk. Sbb aku masih sempat terjun tiruk di kolam hotel, layan jakuzi, steambath dan sauna. Kata kawan yg sama2 berkampung di Kuantan, dia teruja benar dapat mencuba benda2 ini. Aku sebenarnya baru pertama kali. Tapi aku rasa dia pasti lebih teruja jika ke kg aku di Baling.
Air terjun kg sejuknya menyegarkan badan, kolam air panas di kg benar2 mencabar ketahan kamu pada kehangatannya. Dan sauna, aku dah biasa berpeluh di Penang di bakar mentari siang.
Aku tak pasti biler nak balik ke Penang. Akhir2 ini, aku banyak betul berkelana. Manjung, Perlis, Kuantan dan mungkin ke JB pula lepas nie. Takper, jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman.
Ahad, Disember 03, 2006
Azam yg satu itu....
Terasa cepat setahun ini bila melihat kembali azam2 yang belum ditunaikan. Ada yang hangat2 tahi ayam. Ada yg tertulis cantik tapi tak dilunaskan. Syukur, ada juga yg telah aku laksanakan.
Namun, antara banyak azam yg aku tekadkan, yg satu ini masih jadi igauan. Mengganggu indahnya sepi dan sunyi malam, meracau dalam panas dan terangnya siang. Aku sedar. Aku dah tak punyai masa yg banyak lagi. Kalau aku gagal, aku perlu menuruti kehendak dan kata2 mereka. Membiarkan mereka menentukan perjalanan hidup yang seterusnya.
Aku akur. Pada janji yg telah aku lafazkan. Namun, aku tak akan mampu mengotakannya secara bersendirian. Jawapannya bukan hanya aku sahaja yg putuskan. Andai aku gagal, apakah itu tanda kekalahan. Apakah benar aku tewas dalam perjuangan sebuah pencarian.
Keikhlasan dan keserasian adalah pengukur kepada jawapan. Simpati dan desakan bukan alasan untuk penerimaan. Menghormati perasaan orang lain mengajar kita untuk lebih menghormati perasaan diri sendiri. AKu arif akan hal ini. Cuma hati kadangkala enggan membenarkan.
Walaupun aku sendiri takut untuk memberikan jawapannya kepada mereka. Aku tak akan membiarkan mereka tertunggu lagi. Setahun yang dilalui sememangnya terlalu singkat bagi aku cuba membuktikan. Erti kesungguhan, keikhlasan dan kepercayaan.
Kadang2, kita perlu biarkan hati sendiri terluka. Biarpun pedih. Kerana ia akan sembuh dengan melihat senyuman di mata mereka. Kegembiraan bukan milik diri sendiri, tetapi sesuatu yg perlu dikongsi bersama. Dan pagi 2007, hati ini akan bersuara. Moga aku punyai kekuatannya.
Moga Tuhan membuka jalan. Pada hamba-Nya yang kerungsingan. Istikharah aku pada-Nya moga dipermudahkan hati diberikan ilham. Mencari yang terbaik dalam kehidupan ini.
Selasa, November 28, 2006
Lebah dan Labah2
Kemat : Amoii.. ader nampak ZZ tak?
Amoi : Oohh..ZZ.. biaselah, time2 rehat camnie itu labah2 pegi cari bunga.
Kemat : Hah!! Labah2??? Bunga??? (Dahi berkerut seribu)
Amoi : Aiyaa, En Kemat, U memang tak romantik la. Itu labah2 cari bunga maksudnya ZZ pegi cari buah hatinya laa..
Kemat : Ooh... tapi maner ader labah2 suka ngan bunga. Kumbang ader la.
Amoi : Eh, ader la..Itu labah2 mau ambil itu bunga punya madu.
Kemat : Oooh. Itu bukan labah2. Itu lebah la moi..
Amoi : Hehe..ye ker..tak sama ker..
Jumaat, November 24, 2006
Gol, Gincu & Belacan
Pagi, aku terima panggilan dari kengkawan. Juga dari mereka yg berada di KL. Minta aku balik. Ada game futsal katanya. Datanglah. Mereka perlukan budak MILO. Aku bertegas. Aku perlu menghadiri kenduri kawen di kg. Benar, kegagalan aku hadir di majlis kenduri itu tak akan menghalang majlis perkahwinan yg dirancangkan. Tapi, aku perlu hormati hubungan kekeluargaan yg terjalin erat.
Mereka mendesak lagi. MILO yg aku sediakan selama ini susunya secukup rasa. Manisnya sedang2 saja. Lagipun, siapa mereka nak persalahkan kalau kalah lagi dalam perlawanan itu nanti. Mereka beriya2 minta aku hadir.
Aku nyatakan prinsip aku. Keluarga perlu diutamakan.
Sebelum perbualan ditamatkan, sempat mereka bercerita, tentang sekumpulan anak2 gadis seksi, cantek, periang dan manja yg akan bermain di gelanggang sebelah kami. Pada masa dan hari yg sama.
Tiba2, aku teringat akan urusan di KL yg belum diselesaikan. Hmm..mungkin aku perlu pulang ke KL weekend nie. Tak. Aku tak memikirkan pasal gadis seksi, cantek, periang, manja yang bergincu di gelanggang itu. Aku lebih percaya futsal mampu menyegarkan badan aku yg agak lesu kebelakangan ini. Dan kenduri kahwin itu???? Sebelah pengantin lelaki aku masih boleh hadiri.
Dalam lamunan dan angan2 antara futsal dan kenduri kawen tu, tiba2 aku dpt sms dri mama. "Pergi kenduri umah Tok Cik sampaikan salam mama dan baba. Jangan lupa belikan belacan kat Pekan Ahad. Belacan kat umah dah abis nie"
Ya. Aku yakin sekarang dengan pilihan hati. Mana sedap makan sayur kangkung x der belacan. Aku harus pulang ke Baling weekend ini.
Rabu, November 22, 2006
aku meRAPATkan diri
Debarnya macam nak berdating kali pertama. Yelah, aku org baru dalam GEJU. Kamu smua org2 popular. Yang ada nama. Aku macam peminat yg nak jumpa artis pujaannya. Tertanya2 dlm hati, bila aku sebut nama dan blog liepan nie, depa tahu ker atau baru pertama kali mendengarnya. Atau mungkin juga mereka akan berkata, "oohhh..inilah penulis blog liepan rupanya"
Kami sampai agak awal. Err..tak..tepat pada masanya. Cuma majlis bermula sdikit lewat. Serba salah gak tengok urusetia dok sibuk atur persiapan majlis sedang aku leh lepak jer. Hajat nak tolong, tapi tak tau nak wat aper. Urusetia lak tak abis2 sruh kitaorg layan borak dlu. Aku rasa depa segan nak mtak tolong. Aku lagi la segan cam pengantin baru kat umah mak mertuanya.
Paling best kat RAPAT aku dapat berkenalan ngan bloggers2 lain. Aku nak tulis nama sorang2, tapi kang kalau tercicir ader plak yg berkecil hati. Aku tak berkesempatan untuk mengenali dan berbual dgn semua terutamanya bloggers kaun Hawa. Sebelum nie, aku hanya knal dan memuja hasil kreatif mereka, aku kagumi kelincahan jari2 mereka mengetik mencipta kata2 melahirkan sebuah crita. Aku pun tak sangka komuniti bloggers nie sudah lamer bertunjang rupanya. Tapi, kemanakah bloggers2 lain..msih rmai bloggers bersembunyi dalam dunia maya ciptaan mereka.
Antara perkara menarik yg aku dapat simpulkan ialah konsep 1 meja satu jenis biskut/kuih raya. Simboliknya, jika kita ingin merasai kuih/biskut raya yg lain, maka bertandanglah ke meja sebelah sambil berkenalan dengan tuan rumahnya. Juga acara cabutan bertuah. Aku kira inilah majlis yg paling banyak diadakan cabutan bertuah. Kebarangkalian kamu2 yg hadir untuk mendapat hadiah adalah tinggi. Tapi, sememangnya tuah tak memihak aku. Dan door gift, aku dapat majalah Hai yg ader gambar Mawi serta majalan Mingguan Wanita yg juga ada citer pasal Mawi (Knapa x der gambar Ct). Dan untuk slot persembahan, aku terpaku mendengar Mat Jan and the geng menyampaikan lagu rapnya serta persembahan bersahaja Gitar Tong.
Malam hari di rumah, sekembali dari bermain futsal, aku mencongak2 perbelanjaan aku berkaitan dgn RAPAT ini.
Bayaran penyertaan : RM35
Bayaran penajaan : RM50
Buku Kudeta : RM15
Zine Narayuda : RM5
Buku Kasut Belang Hilang : RM5
CD Balada Minah Memulas Mesin Masa : RM10
Tak termasuk kos pengangkutan (oh ya, trima kasih En Lan Rambai yg tumpangkan aku ke RAPAT dr Sg Buloh), aku belanjakan kira2 RM120. Tapi kesempatan berkenalan dan memulakan ikatan persahabatan dengan bloggers lain TIDAK TERNILAI
Aku teruja untuk mengikuti aktiviti GEJU lagi. Selain menambah kenalan, aku rasa komuniti ini dapat membantu aku memperbaiki tahap komunikasi dan perhubungan aku dengan org2 di sekeliling. Tahun depan, aku pasti kembali lagi ke perhimpunan perdana ini. aku nak RAPATkan diri ini lagi pada dunia blog. Kamu. Nak RAPAT bersama aku thn depan.
Jumaat, November 10, 2006
Aku, Bapa Percintaan
Aku?.. Cheh..aku sebenarnya x tau aper pun pasal pompuan nie. Tapi sbb simpati pada Zul yg asyik dok tanya jer, maka seringlah aku berlagak laksana sang pujangga dalam menasihati Zul. Dia segan nak tanya kat org lain,dia cuma berani minta pendapat aku jer mungkin kerana aku tak gelakkan dia yg cuba nak jadi mat bunga dikalangan persatuan mat2 rempit.
Pelik gak.. kengkadang tu, dia boleh lak percaya bulat2 kata aku, budak engine berseluar jeans lusuh nie. Tapi, walaupun banyak antara nasihat ciptaan tu aku 'goreng' jer, aku kaji gak keberkesanan dan kebolehpakaiannya. Itupun berdasarkan kewarasan dan kecerdikan akal fikiran aku ketika itu.
Dan biler idea2 aku nie berjaya, Zul akan belanja aku. Part nie paling best. Katanya, akulah Bapa Percintaan yg terhebat. Hehhe.. Err. Zul, bini hang x baca blog aku kan. Dia tak tau kan surat2 puitis pada dia dulu karya cipta aku. Perggh..ayat budak sastera tu. Ngko penah tanya mungkin aweks merangkap bini ko skrg terpikat pada ngko hanya kerana tulisan itu.. Aku yakin tidak. Dia menerima kau kerana diri ko sebagaimana ko terima dia. Aku tahu dia memang sayangkan kamu.
Hari ini, aku mampu tersenyum mengenangkan kebahgiaan kamu berdua. Seketika aku terfikir. Betapa mudah untuk bercakap dan mengajar org melakukannya tapi sukar untuk diri sendiri melaksanakannya. Dan aku hari ini, tak mampu melakukan apa yang telah aku ajarkan kamu suatu ketika dulu.
Selasa, November 07, 2006
Mawar atau Seroja (Entri ke 100)
Semakin berkembang
Harumnya harum kasturi jingga
Mekarnya mengindahkan suasana
Mawar merah di taman
Ku baja ku siram
Dengan kasih sayang
Dengan penuh harapan
Mekarnya menyerikan alam
Mekarnya mencetuskan ilham
Mawar merah di taman
Kini tidak lagi kelihatan
Kemana menghilang
Apakah dipetik orang
Atau dibawa angin yg songsang
Mawar merah di taman
Kini hanya kenangan
Tika sang pemuja masih lagi menyimpan angan
Menyunting mawar sebagai peneman
Mawar merah di taman
Tetap jadi sebutan
Biarpun hilang dari pandangan
Wanginya tetap berkekalan
Perlukah ditunggu mawar yang baru
Mekar kembali dari pokok yang satu
Atau dibiarkan saja
Seroja putih mencantikkan laman
Dan mawar tak perlu lagi mekar di taman
Sanggupkah kau kehilangan mawar
Bersediakah kau dengan kehadiran seroja
Bukankah bunga semuanya sama
Putih merah tetap cantik di mata
Tapi yang mana sebenarnya
Mampu mendamaikan jiwa
Tika hati berlagu duka
Mawar merah yang berduri
Atau seroja putih yang suci
Isnin, November 06, 2006
Cinta Ini Tiada Logika
Kamu bisa gagah kerana cinta,
Tapi kenapa pula,
Kerana cinta gugurnya airmata
Kata Orang,
Cinta bisa dijadikan azimat,
Penyuluh jalan ke arah kejayaan
Tapi kenapa pula
Perjalanan hidup tampak suram
Dipermainkan cinta
Kata Orang
Cinta itu menyenangkan, membahagiakan
Tapi kenapa pula
Cinta membuatkan diri ini huru hara
Apakah cinta yang aku cari
Tak sama dan serupa
Dengan cinta yg diperkatakan mereka
Atau cinta ini
Sememangnya tiada logika
Rabu, November 01, 2006
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Namun hujan x mematahkan semangat kami utk beraya. Aku masih mampu segak bergaya dengan baju melayu dan songkok hitam. Heh.. segak ker..Aku harap2 la. heheh.
Dan hujan tetap turun dengan lebatnya. Pada hari raya itu. Masa kami nak pi umah Mak Teh. Jln ke umah Mak Teh becak. Becak sangat. Aku parking kete jauh ckit.
Tanya aku pada adik2, "Amacam, nak redah tak"
Adik balas "Ader payung tak, hujan lebat nie. Lencun baju nnti"
Aku jawab dengan bangga "Huh, org dah standby smuanya. Siap ada 3 biji payung lagi"
Adik "Ok. Abih tu, maner payungnya"
Aku diam seketika sebelum berkata "Kete Angah nie memang ader standby 3 biji payung. Tapi tiga2 kat bonet belakang"
Maka, untuk seketika kami beraya di dlm kete sambil mendengar lagu raya sementara menunggu hujan reda. Masing2 tak sanggup basahkan baju untuk amik payung kat bonet belakang dalam hujan yg lebat.
Moral of the story: Lain kali payung taruk dalam kete, bukan kat bonet belakang. Ader banyak pun x guna.
Isnin, Oktober 30, 2006
Kisah Satu Malam
Satu malam. Malam yang sama. Beberapa tika dari sms pertama. Aku terima satu sms lagi. Dari kawan tempat keje lama. Khabarnya kisah duka. Ex –bos aku telah kembali menghadap Ilahi. Kemalangan jalan raya meragut nyawa. Seorang ayah dari anak2nya. Seorang bos dari pekerja2nya. Dari sms bisu, aku mula terbayang suasana pilu. Aku boleh nampak air mata di wajah2 keluarganya. Hati ini turut sayu. Biar arwah bukan lagi bos aku. Perkenalan kami cuma seketika. Aku hormatinya. Dari dulu dan selamanya.
Satu malam. Malam yang sama. Malam permulaan dan pengakhiran. Perjalanan hidup insan di bumi Tuhan. Aku tadah tangan mohon kebaikan dan keberkatan. Pada satu kelahiran. Juga memohon rahmat-Mu terus berkekalan. Pada mereka yang telah pergi mengucapkan salam. Pada kehidupan dunia yg sementara.
Satu malam. Malam yang sama. Malam penuh keinsafan.Ada kejadian ada hikmah. Ada peristiwa ada pengajaran.
Satu malam. Malam yang sama. Aku lafazkan penuh keihklasan. Ucapan tahniah atas kelahiran puterimu, saudara ZR. Ucapan takziah buat keluarga ex-bos, En Rosli.
Selasa, Oktober 17, 2006
Syoknya Raya
Err..camner persediaan raya kamu semua. Raya kat maner thn nie. Aku baju raya, awal2 mak dah siap jahitkan. Kuih raya pun dah berbalang mak aku siapkan. Duit raya utk sedara mara, keluarga pun dah aku asingkan bajetnya dari gaji bulan nie. Harap2, raya thn nie meriah seperti selalunya.
Thn nie, kami beraya di kampung tercinta. Baling, Kedah. Ya, aku anak kelahiran Baling yg penuh sejarah itu. Biarpun cuma pekan kecil, aku bangga jadi anak Baling.
Minggu lepas, balik KL masa weekend, ayah minta aku hiaskan umah ngan lampu kelip2. Ckit jer. Kawasan depan umah. Tapi kamu tahulah, umah aku berkonsepkan "house in teh garden". Nak patah pinggang aku mengalihkan pasu2 bunga yg berat tu untuk kerja2 memanjat memasang lampu kelip2 itu.
So saper2 yg driving jauh2 tu, berhati2 di jalanraya. Usah pandu laju2. Ingatlah insan tersayang. Kang kene saman rugi jer.. (Tipon umah pagi tadi, tanya pasal satu kad raya yg aku tungu2. Kata mak surat untuk aku yg sampai cuma satu. Surat cinta dari kawanku si Sarjan Misai itu. aduh saliha betul.lari bajet raye thn nie)
Raye ke4 aku dah balik KL. So saper2 area Sg Buloh mai la sinngah teratak buruk kami. Ada batang buruk, semperit, tat nenas dan sarang semut jua air sirap daun pandan.
ok. Salam Eidfitri kengkawan. Andai kata ada tersilap kata terkasar bahasa, dengan penuh rasa rendah diri, aku pohon kemaafan.
Jgn lupa bayar zakat tau.
Sabtu, Oktober 14, 2006
Liepan Setahun Jagung
Setahun yang dilalui cukup menggembirakan hati sang pemilik blog. Lantaran sokongan dan semangat yang diberikan oleh rakan2 bloggers, pembaca, pengunjung dan pengkritik. Namun, sampai bila, sejauh mana langkah perjalanan blog ini dapat diteruskan masih tinggal persoalan. Andai masih ada yg sudi berkongsi semangat dan iltizam, perjalanan ini akan aku teruskan.
Pasti ada yang tertanya, sejauh mana kebenaran kisah yang dipaparkan. Setulus mana peristiwa dikhabarkan. Mengapa ada cerita duka lara, ada mimpi gembira, ada berita sedih dan menakutkan, ada jenaka sinis, tak kurang jenaka yg mempamerkan kebodohan dan kelemahan diri.
Teman2 sekalian.
Apa yang tercatat dalam kanvas blog ini adalah pengamatan sang pencerita dari pancainderanya, mata yg melihat, telinga yg mendengar, mulut yg berbicara, hati yg cuba menduga, jua deria rasa sakit, pedih, lembut, panas, sejuk serta akal yg cuba mentafsir makna kehidupan dari warna persekitaran. Dan jari2 ini cuba merencanakan peristiwa2 itu pada sebuah papan penceritaan.
Mungkinkah blog liepan ini mampu membuka satu demensi baru dalam perjalanan kehidupan tukang karutnya. Selama ini, dia terlalu takut untuk bersuara. Selama ini, dia terlalu malu untuk berbicara. Selama ini dia terlalu pasif untuk memulakan sebuah perkenalan. Selama ini, kisah2 itu dipendam dalam diri, disimpan dalam hati.
Kini, dia mampu berhujah biar cuma sepatah. Dia mampu berbicara biar gagap dan kadang2 hilang punca.
Tapi, dalam keghairahan dia berbicara. Dia lupa. Ada hati yang terluka. Ada jiwa yg menyimpan rasa. Kerna kata2nya. Kerna tulisannya. Kerna sindirannya. Kerna nasihatnya.
Untuk hati yang terluka, dia pohon kemaafan dari dalam. Tiada niat menjatuhkan air muka apatah lagi mencalarkan maruah berharga. Dia hanya menulis. Bukan kerna nama. Tapi kerna cita2.
Dan selama ini. Dia menulis apa yg disukainya. Apa yang boleh memanfaatkan diri sendiri. Dia lupa. Apa sebenarnya yang dicari mereka diluar sana. Apa kehendak pengunjung setia. Benarkah mereka gembira dengan segala yg diceritakan.
Teman2 sekelian.
Dalam bertatih, kadang2 kita terjatuh bila tersadung kaki tersalah langkah. Sudilah apa kiranya kalian tunjukkan jalan buat penulis muda ini. Agar dia mampu berdiri dan berlari. Menggembirakan hati2 yang berkunjung dengan gaya dan ceritanya.
Terima kasih kawan. Untuk setahun yang kalian ceriakan.
Rabu, Oktober 11, 2006
Sahurku Cuma Kurma (entry yg tertangguh)
Kat Penang, hosmet aku lah harapan untuk aku bangkit sahur. Dia kul 4.30 dah bangun. Dan aku kebiasaanya hanya bersahur di hujung waktu. Masa awal2 besahur kat Penang, aku tapau gak nasik, pastu panaskan guna microwave yg kat umah tu. Tapi bila asyik x abis jer nasik tu biarpun hanya separuh aku tapau, aku dah maleh nak bungkus. Setakat sahur kurma, roti dan air suam jer.
Pagi semalam kul 4.30 pagi, hosmet dan ketuk pintu bilik aku. Aku bangun jugak biarpun mengantuk. Humang aihh..awalnyer hang kejut aku. Alang2 dah bangun aku terus sahur dengan kurma sebiji. Ingat nak bancuh air susu. Sementara tunggu air masak, aku masuk bilik dulu. Baring2. Dan zzzz....
Tiba2 aku dengar suara org baca Al-Quran. Aku terjaga. Alamak. Dah subuh ker. Arrgghh.. lupa lak nak minum air sahur tadi. Rasa cam tak best lak makn tak minum air. Nyesal lak pegi baring kat bilik tadi. Nasibla. Sahurku cuma kurma sebiji.
Khamis, Oktober 05, 2006
Puasa di Miri
Dan aku. Mula bermain sms. Sebaik masuk waktu berbuka. Di Miri, Sarawak. Yang 45minit lebih awal itu. Pada adik di KL.
SMS pada adik " Sekarang, masuklah waktu berbuka puasa bagi Miri dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Nie aper dok baca sms lagi. Tak nak bukak poser ke"
Toot..toot.. adik aku balas "Hampeh tul"
Malam aku sms lagi pada adik. "Nanti mintak tolong gerakkan angah untuk bangun sahur."
"Kul baper nak bangun" tanya adik.
"Agak2 15 minit nak imsak gerak la" ujar aku.
Dan pagi keesokkannya. Adik call untuk gerak sahur. Tepat 15 minit sebelum imsak waktu di Kuala Lumpur dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Dan aku yang masih di MIri hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana menyedarkan aku, bangun untuk solat Subuh.
Rabu, Oktober 04, 2006
MP3 Player
Hosmet aku bilang, dia beli MP3 player sbb senang nak tau waktu buka pose. Siap ada azan lagi. Mula2 aku ingat dia bukak channel radio, so konpem la leh dgr azan. Tapi hosmet aku bgtau, tak payah tukar ke chanel radio. Sesambil denganr lagu, masuk time solat jer leh dengar azan. Pergghh islamik tul MP3 player dia. Hadhari version kot.
Petang tu, kat umah flat kami sementara tunggu berbuka, aku mintak ngan hosmet nak test MP3 player. Nak dgr azan Maghrib.
Aku pelik gak. Maghrib dah dekat, tapi lagu kat MP3 x der tanda2 nak berenti pun. Hosmet bgtau asal masuk waktu jer mesti azan. Dan bila masuk jer waktu Maghrib, hosmet tanya, hah ko dengar azan tak. Maner ader. "Tu yang tok bilal dok azan kat surau flat bawah umah nie". Cis, kne tipu lak aku. Memang la leh dengar azan sbb kat flat kami tu ada surau. Ingatkan betul2 azan dari MP3 player nie.
Nota: Sekarang dah jarang nampak orang ke hulu ke hilir bawak walkman kan...ader lagi ker org guna walkman nie
Ahad, Oktober 01, 2006
Man Rock
Malam minggu semalam, Man Rock ajak aku temankan dia lepak kat Uptown Kota Damnsara. Aku ok jer dgn syarat dia kne datang amik dan hantar aku. Jam 11 mlm Man Rock dah sampai ngan Honda Accordnya kat depan umah aku.
Sepanjang perjalanan dalam kete ke Kota Damansara, aku dengar orang mengaji Al-Quran. Aku pikir Man Rock pasang radio sbb selalunya dia layan lagu rock jer dalam kete. Aku tertanya lagi err ada pemimpin besar meninggal dunia ker sbb radio pasang orang ngaji jer nie. Aku tanya Man Rock kalau dia tahu kisahnya.
"Aper, hang ingat aku tak leh pasang cd orang baca Al-Quran ker", getus Man Rock. Aku arif benar perangai Man Rock nie. Biarpun dia nampak selekeh ngan baju hitamnya, dia rajin solat. Wah..nampaknya Man Rock lebih menghormati dan menghayati Ramadhan ini berbanding aku. Biar jiwa rocknya kental, Man Rock tak penah lupakan agama tak seperti sesetengah org yg sanggup minum darah kambing hitam dan bakar Al-Quran.
"Err..kat Uptown nanti ader jual cd Quran gak ker.. kensel la plan nak beli lagu raya" ujar aku pada Mat Rock.
Khamis, September 28, 2006
Diari Seorang Lelaki (Hari Pertama Puasa)
5.00 pagi : Dikejutkan bangun sahur..tapi memilih untuk zzzzzz....
5.15 pagi : Dikejutkan lagi untuk bangun sahur tapi masih lagi zzzz....
5.20 pagi : Sekali lagi dikejutkan bangun sahur dan tetap jua zzzz...
5.25 pagi : Dikejutkan untuk bangun sahur, lagi dan lagi. Kali ini gaya kejutan lebih keras dan bersifat fizikal. Tetap maintain zzz....
5.30 pagi : Di dapur mereka sudah mula mengemas. Tergesa2 bangun terus ke dapur. Basuh muka, tangan dan mulut di sinki dapur. Jamah apa yang sempat sementara waktu masih ada.
6.00 pagi : Solat Subuh dan memulakan azam yang pertama untuk bulan Ramadhan ini.
7.00 pagi : Tertido di depan tv ketika mengikuti siri motivasi pagi di TV3.
8.30 pagi : Masih tertido lagi..ya..tertido..
9.00 pagi : Masih tido lagi. Kali ini berpindah lokasi ke bilik tidur.
10.00pagi : Mata sudah dibuka beberapa kali. Jasad sudah digerakkan ke kanan dan ke kiri. Cuma masih di atas katil lagi
10.30pagi : Sudah bersedia untuk membasuh kete kesayangan jua kete2 lain yang berhampiran. Kemas bilik (sikit jer, tapi masih di kira kategori mengemas bilik)
12.00 t/hari: Balik dari pasar tani bersama bahan masakan serta gula 2kg."Err...nanti buka masak aper yek"
1.00 ptg : Di depan tv tgk Melodi. Pertanyaan yg serupa "Err..buka nanti kita makan aper yek"
2.00 ptg : Tertido di depan tv.
3.00 ptg : Bangun untuk sambut sedara mara datang. Solat zuhur.
3.20 ptg : Tertido lagi di depan tv. Kali ini atas sofa.
4.00 ptg : Situasi masih sama.
5.00 ptg : Bangun dah solat Asar.
5. 15 ptg: Menyemak status penyediaan juadah berbuka di dapur. Kemajuan berjalan lancar. Ada yg dok wat donut, ader tengah goreng cucur udang, ader yang wat bubur lambuk, ader yang wat tomyam, ader tgh bakar ikan, ader yg panggang ayam. Hati berkata,"Eh, cam tak cukup jer." Ya keluarga kami ramai. Termasuk sedara mara yang datang berbuka sekali.
5.30 ptg : Tido2 ayam ketika baca paper mingguan.
6.15 ptg : Dukong Haikal(anak sedara) pusing2 kat laman rumah sesambil siram pokok bunga.
6.45 ptg : Memulakan tugas sebagai penghidang juadah berbuka puasa.
7.00 mlm : Dah sedia. Menunggu waktu berbuka dengan kurma di tangan.
7.10 mlm : Azan. Baca doa . Makan.
7.30 mlm : Masih makan.
7.45 mlm : Dah abis makan. Tapi tak larat nak jenjalan. Duduk atas sofa dulu.
8.00 mlm : Persediaan untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
8.10 mlm : Lum azan. Pegi dapur bantai donut 1 pinggan.
8.25 mlm : Dah azan. Tapi donut ditangan ada setengah untuk dihabiskan.
8.30 - 10.00 mlam : Solat Isyak dan Terawih.
10.15 mlm: Balik terawih jamah semangkuk dua bubur lambuk dan ratah ayam panggang.
11.00 mlm: Berborak ngan sedara sesambil makan lagi.
12.00 mlm : Semua pulang. Masuk tido.Kunci jam loceng, jam henset nak bangun kul 4.30 pagi.
Ya. mesti bangun.
Sabtu, September 23, 2006
Persediaan Menanti Hadirnya Ramadhan
"Ehh..apehal plak nak kne korek telinga pagi2 nie"
"Ko dah lupa ker 24hb kita mula berpose.. dah tak leh korek telinga pagi2"
Ya. Aku tak lupa. Malam tadi aku dah dengar pengumumannya walaupun kat kalender Cina dah diramalkan tarikh permulaan pose adalah esok 24hb September 2006 adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1427. Kalender berbuka pose pun aku dah amik kat masjid masa gi solat Jumaat kelmarin. Dan untuk sebulan akan datang, aku arif benar masa masuk waktu Maghrib. (Sebenarnya aku tergezut gak, bila tgk takwim, Maghrib kat Penang sekitar 7.15 mlm..heheh.. selama nie aku solat Maghrib dalam 7.45, yelah.. jarang tgk takwim, tak tau waktu sebenar Maghrib kul baper, main agak jer)
Dan untuk bulan Ramadhan yang mulia ini, aku nak amik kesempatan ini untuk memperbanyakkan ibadah. Malam tadi dengar ceramah, ustaz kata 1 pahala di bulan Ramadhan digandakan 70 kali. Banyak tu. Selalnya di awal Ramadhan jer aku bersemangat. Pastu makin kurang terutamanya bila dah dekat nak raya. Ishh.. teruk betul kan. Jadi untuk bulan pose thn nie aku dah wat satu checklist azam yg perlu aku ikuti. Jom bantu aku capai azam aku seperti:
1. Aku nak khatam baca Al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan nie. Sekurang2nya aku kne baca 1 juzuk 1 hari. (Hmm..bolehh ker nie)
2. Tak nak tinggal solat terawih. (Susahnya biler dah dekat rayer, selalu time nie kantoi la terawih aku)
3. Kuatkan lagi bekerja. Tak der la asik ngantuk jer kat opis. Aktifkan dirimu kata Hotlink.
4. Berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi menahan dari melakukan perkara2 yg membatalkan puase dan juga yang boleh mengurangkan pahala puasa.
5. Membeli gula 2kg setiap hari untuk keperluan masa raya nanti. (Nie sebenarnya tugasan yg mak aku bagi, setiapa hari beli 2kg gula, kang tak merasa la tat nenas raya nanti)
Aku juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog liepan ini. Moga kita sama2 beroleh rahmat dan keberkatan pada bulan yang mulia ini.
"Ehh, ngko ader putik kapas lagi tak, tak cukup ler..dah lamer tak beroperasi nie" kata ku pada hosmet sesambil kami mencuci telinga dan menikmati kopi di pagi hari sebelum mandi untuk bekerja pada agama, negara dan bangsa.
Rabu, September 20, 2006
Honda Odyssey Untuk Haikal
Kamu tahu kan. Haikal itu satunya2 anak menakan aku wat mase nie. Dialah cucu kesayangan mak ayah aku. Setiap kali balik KL, pasti aku cari Haikal ini. Seronak layan budak umur baru setahun nie. Macam2 karenah. Biarpun kamu letih melayan permintaanya untuk didokong dan bermain sepanjang masa, tapi kamu gembira bila melihat dia ketawa.
Untuk Haikal, aku tak pernah lupa untuk belikan dia hadiah berupa permainan. Baru2 ini aku terjumpa satu permainan berupa kete kontrol sesambil jenjalan kat Penang nie. Model Honda Odyysey buatan China.
Aku beli satu. Tapi disebabkan aku x der balik KL, aku test ler main dulu. Lama2 aku jadi addicted plak ngan mainan nie. Syok jugak jadi budak2 kembali. Tiap2 petang, aku mesti layan kete kontrol nie. Hosmet aku pun dah terikut sama. Dia pun dah beli satu. Dan kami selalunya berlumba.
Satu hari, kami test skill berlumba kat koridor flat ini. Entah camner, kete aku terbabas menjunam dari tingkat 15 ke bawah. Alamak, kete kamu Haikal. Ia sudah pecah berderai. Tak pelah, nanti Pak Ngah belikan yang baru yek.
Selasa, September 19, 2006
Team Building
Apa kamu buat kat saner tu. Soklan boss aku. Aku agak ler. Kat saner, aktivitinya lebih kepada aktiviti luar seperti abseiling, beach games, flying fox, berkayak, jungle trekking. Ada iras2 fear factor dan juga explorace.
Aku kira aktiviti2 ini berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan kerjasama dan semangat kekuatan berpasukan. Sekurang2nya dalam tempoh aktiviti itu dijalankan. Kami bersatu bersama2. Sentiasa. Tak pernah berpisah. Tak pernah berjauhan. All for one. One for all.
Namun, pada malam hari, situasinya berbeza. Kami tidak lagi bersama dalam satu kumpulan. Kamu dapat lihat masing2 membawa diri ke sudut yg berbeza. Ada dibangku taman resort, ada di tepi kolam mandi, ada di balkoni, ada jua berinteraksi sambil terbaring di atas katil. Walaupun topik perbualannya hampir sama, "apa khabar yg di sana, sedang buat apa, dah makan ker, siang tadi macammaner". Masing2 senyum di sebalik talipon tangan yg canggih itu. Mengubat rasa rindu dan kasih biar cuma seketika hilang dari pandangan mata.
Aku? Aku hanya menonton citer Puteri di TV3. Telefon canggih aku sepi tanpa sebarang bunyi. Aku lena di sofa tanpa mengucapkan selamat malam pada sesiapa. Dan telefon aku hanya kembali berbunyi pada Subuh hari tanda permulaan hari baru yang rutinnya sama.
Ahad, September 17, 2006
Kawanku Seorang Jutawan
Kawanku si jutawan yg masih bujang nie seorang engineer. Hensem seperti aku cuma mungkin aku tampak lebih cute sebab aku kechik. Haha. Dia mber opis aku kat KL nun. Panggil saja dia Triple I.
Khabarnya baru2 ini kawanku ini pergi melancong ke luar negeri. Biasalah. Nama pun jutawan. Bosan2 beli tiket naik kapal terbang tengok awan. Katanya membawa hati yang lara. Di sini, anak dara lebih menagih cinta lelaki berusia dari kami anak2 muda yg kononnya masih mentah tak berpengalaman.
Kawanku ini cukup bersederhana walaupun jutawan. Masih sanggup minum kopi di warung tepi jalan di tengah malam bersama kengkawan, walhal semasa melancong ke luar negeri tempoh hari, khabarnya secawan kopi yang diminumnya mencecah ribuan ringgit.
Baru2 ini, kami berjumpa lagi. Sekembalinya kawanku ini dari luar negeri. Kami minum kopi di kedai mamak sebelah Starbuck Cafe. Aku ceritakan padanya kisah persandingan Ct dan Datuk K. Katanya, semasa di luar negeri, orang luar asyik bertanya tentang Ct bila diberitakan kedatangannya dari Malaysia. Wah, glamer betul Ct rupanya. Agak2 kalau aku yg kawen ngan Ct mesti gambar aku kluar kat paper luar negeri.
Kata kawanku si jutawan itu lagi. Tua muda, lelaki pompuan asyik bertanya, "Jadi yer Pak, Ct Norhalija berkahwin dengan Datuk K, apa bapak tidak pergi melihat majlisnya”. Oh ya.. kawanku si jutawan itu baru pulang dari Indonesia, tanah seberang.
Selasa, September 12, 2006
Bunga
Isnin, September 11, 2006
Hangat2 tahi ayam.
Khamis, September 07, 2006
Hati Yang Terpilu Tika Awan Warnanya Kelabu
Hari Selasa itu. Aku pulang kerja agak awal. Tak seperti selalu. Sebelum Maghrib, aku dah siap mandi dan bersedia awal untuk urusan seterusnya. Dan ayah yg selalunya mengajar di masjid pada malam Selasa tidak ke masjid atas faktor kesihatan. Dan Maghrib itu kami solat berjemaah sekeluarga. Dan lama kami tak berjemaah bersama. Terasa seperti kembali semula pada zaman aku masih bersekolah dulu2. Sering dimarahi ayah tatkala lewat kembali dari bermain pada waktu petang untuk persediaan solat Maghrib berjemaah.
Ayah dalam kesibukannya masih sempat berjemaah di masjid sedangkan anak muda seperti aku sering leka dengan cerita di tv dan akhbar pada petang hari. Cuma sesekali ayah menegur, pada tika jam 8 aku masih asyik dengan berita tv semata2 menanti kisah sama yg akan aku baca di akhbar esok hari. Dalam usia semakin dewasa, tentu ayah mengharapkan aku lebih bertanggungjawab terhadap amanah ini. Buakn seperti anak2 kecil yang sentiasa perlu diajar.
Dan selepas solat Maghrib berjemaah itu. Ketika bersalaman dengan kedua orang tuaku, terasa sayu hati ini. Selami ini aku telah dijaga dengan penuh kasih sayang. Tiada siapa yang lebih menyayangi aku sekarang selain dari kedua orang tuaku. Apakah terbalas jasa dan pengorbanan mereka. Pagi tadi. Aku masih sayu sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Hatiku masih lagi berlagu pilu tatkala awan berwarna kelambu tanda hujan gerimis mengundang tiba.
Salam takziah untuk kamu, Neeziee sekeluarga. Banyakkan bersabar dan berdoa.
Isnin, September 04, 2006
Kepala Pusing, Hati Runsing.
Jumaat, September 01, 2006
Malam merdeka itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 1957
Di Padang Hilir Negeri Melaka
Tanah Melayu merdeka
Buat kali pertama
Malam itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di Dataran Merdeka Wilayah Kota
Malaysia merdeka
Buat kali ke 49
Malam itu
Selepas jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di hotel murah pinggiran kota
Sekembali dari Dataran Merdeka
Gadis itu "dimerdekakan"
Buat kali pertama
Pada ulangtahun kelahirannya ke 18
Oleh mat2 rempit
Yang bertatu di lengan berparut di muka
Malam itu
Tika jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos tahun2 mendatang
Akan berulang lagi
Kisah anak dara "dimerdekakan"
Jika tiada yang mengambil pengajaran
Kemerdekaan untuk dipertahankan
Bukan untuk dicemarkan
Dengan budaya dan anasir luar yang negatif
Yang sekian lama menjajah pemikiran
Isnin, Ogos 28, 2006
One Two Som
Tarikh: 28 Ogos 2006
Masa : 8.00 malam
Suami dan isteri : "One two som."
Isteri :"Hoiitt..ape nier".
Suami:"Matahari. Haha. Awak kalah. Awak burung. Burung terbakar kne matahari".
Isteri: "Maner aci guna matahari. Kita main guna burung, air dan batu jer. O som smula"
Suami dan isteri : "One two som."
Isteri :"Hah, saya menang. Saya batu. Awak burung. Burung mati kne baling ngan batu"
Suami:"Eh, burung boleh ngelak aper" (cuba mempertikaikan kemenangan lawannya)
Isteri :" Tak der2. Meh cni remote tv tu. Saya menang. Kita tengok Mawi malam nie. Nak tau citer pasal Ct kawen baca jer kat paper sok hari"
Sabtu, Ogos 26, 2006
Mari Menderma
Jumaat, Ogos 25, 2006
Cuti Di Penang
Rabu, Ogos 23, 2006
Pen Merah Pen Biru
Isnin, Ogos 21, 2006
Selamat Pengantin Baru
Ku 9 malam. Kat kedai makan terapung tepi longkang besar. Sambil amik order, sempat juga akak itu bercerita. Katanya. "Ada tgk tv. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla.."
Kul 12 malam. Depan tv 21 inci. Kat umah kamu.Sari berita utama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..
Kul 8 pagi. Keesokan hari. Kat warung Tijah. Ada kopi panas dan roti canai separuh berminyak. Muka depan akhbar arus perdana. Dalam bahasa Melayu, juga yg ditulis dalam bahasa omputeh. Gambar Ct & Datuk K. Besar. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..
Kat Blog aku. Tiada gambar Ct. Apatah lagi Datuk K. Tapi cerita masih sama. Penyanyi tersohor negara, Ct Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Khalid..bla..bla..bla..
Emosi kamu. Menangis kesedihan kerana Datuk K berjaya mengahwini Ct atau kegembiraan kerana 2 hati telah disatukan.
Kamu perempuan aku tak pasti. Emosi kamu sukar dimengerti. Lelaki mudah saja. Mereka mengambil iktibar dari setiap peristiwa. Mulai hari ini, lelaki kian mengerti. Jika mereka berusaha bersungguh2 dalam kerjaya sehingga mendapat title Dato', mereka berupaya mengikuti jejak Datuk K. Suatu hari nanti. Datuk K. Kamu idola kami.
Selamat Pengantin Baru. Kamu pasti mudah ingat. Setiap kali sambutan Israk Mikraj adalah ulangtahun perkahwinan kamu.
Khamis, Ogos 10, 2006
Kenapa Dengan Dia?
Hari ini dia bisu
Hari ini dia tidak mampu menuturkan kata2
Hari ini dia begitu diam
Langkahnya lemah
Geraknya perlahan
Suaranya tidak kedengaran
Segalanya sunyi dan sepi
Bila dia asyik membisu
Bila dia hanya mampu tersenyum
Pada ketika seharusnya dia ketawa
Bila dia bukan lagi pencetus suasana
Pada kekecohan, pada setiap perbualan
Bila dia tidak lagi berminat
Menyertai kamu dengan aktiviti larut malam
Atau mengorat gadis2 dekat simpang
Itu tandanya si Kemat demam
Dan demam Kemat selalunya berlarutan
Kerana dia takutkan ubat
Dan terlalu malas ke klinik berdekatan
Isnin, Ogos 07, 2006
Wangi Jadi Saksi
Jumaat, Ogos 04, 2006
Mari Bekerja
Khamis, Ogos 03, 2006
Layan Ganja & Udang Merah
Ganja dan Udang Merah adalah antara spesis durian yg sedap bangat selain nama2 lain yg kamu cukup sinonim; Labu, Raja Kunyit, D24, D15, Durian Siam. Perak mungkin terkenal kerana banyaknya durian dan sambal tempoyaknya, tapi kamu pasti tak mampu menidakkan kelazatan durian Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aku tergezut bila ada org bagitau durian kat sini leh cecah sampi RM50 sebiji. Yg menarik lagi durian di sini x gugur ke tanah sebaliknya diambil ketika masih tergantung pada tali yang telah diikat pada dahan pokok. Mungkin nak elakkan buahnya pecah atau dimakan oleh binatang (x perlu aku nyatakan binatang yg turut menggemari bau raja buah ini).
Kami makan cam orang kaya saja lagaknya. Makan semahunya tanpa mempedulikan harganya. Aku kira ia berbaloi dengan kenikmatan yg kamu rasai. Ada yg kelat, ada yg lemak manis, ada yg kuning, ada yang kemerah2an. Sesambil makan tanpa sebarang sifat2 sopan, kami dendangkan lagu Durian dah Berbunga "Oh kome, Dorian dan berbunge, Moh kite, Minang anak dara". Durian kami terasa lebih enak bila dijeritkan nama anak dara itu. Sebelum pulang kami minum air dari kulitnya. Petua org tua2 nak hilangkan panas durian.
Aku berhajat nak mengajak kamu ke sini dan merasainya sendiri tapi musim durian sudah di penghujungnya. Ia tak semeriah 3 minggu yg lalu. Aku kira tahun ini buahnya jua sedikit kurang tak seperti selalu yg berlambak di pasaran. Mungkin kamu boleh ikut aku pulang ke kampung di Baling. Khabarnya dokong sudah berbuah.
#Ketika menaip entri ini, opismate belikan cempedak goreng. Wah, ini ari aku layan buah sajalah nampaknya.
Rabu, Ogos 02, 2006
BIla Blog Di Pantau
KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Kerajaan akan memantau dengan dekat laman-laman web, blog dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan Internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul berhubung sesuatu perkara atau menjadi medan untuk membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pihak.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan penyebaran berita tidak betul ini kerana ia mampu menimbulkan keadaan kacau bilau, kehilangan pekerjaan dalam bidang ekonomi misalnya dan menyebarkan khabar angin,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat dan melawat tapak projek Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, jika seseorang itu didapati menggunakan Internet atau SMS untuk menyebarkan perkara yang tidak betul pihak berkuasa berhak menahannya untuk disoal siasat bagi mengetahui kenapa ia dilakukan.
‘‘Kita tidak boleh menjadikan (kemudahan) Internet atau SMS sebagai satu peluang untuk menyebarkan apa-apa (termasuklah) mengatakan kat orang, tuduh kat orang.
‘‘Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini sebagai satu kebebasan yang di luar kebebasan yang diberikan kepada media di negara ini,’’ katanya.
Perdana Menteri menegaskan, tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan itu diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa sahaja yang mereka suka.
Ditanya adakah beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan meminta polis menjalankan siasatan ke atas laman-laman web yang terlibat, Abdullah berkata, ‘‘Terserah kepada pihak yang boleh menyiasat.’’
Isnin, Julai 31, 2006
Jom Bersenam
Jumaat, Julai 28, 2006
Akademi Al-Quran
Rabu, Julai 26, 2006
Tipah Tertipu
Selasa, Julai 25, 2006
Bulan Rejab Dah Tiba
Isnin, Julai 24, 2006
Siri Mat Rempit 1: Aku Yg Ada Helmet Tiada Motor
Ahad, Julai 23, 2006
Basuh Baju Di Ahad Pagi
Sabtu, Julai 22, 2006
Conteng Lagi
Rata2 seminggu ini, kisah CT jadi perbualan hangat. Siapa tak knal CT. Budak sekolah rendah hingga ke yg berpangkat datuk/nenek dapat mengecam mudah wajah ini bila terpampang di kaca tv. Biar albumnya tidak pernah kamu beli, kecuali men'download' dari mp3, popularitinya memadamkan kisah tragis tsunami & keganasan Israel sepanjang minggu ini.
Kecenderungan masyarakat utk terus membicarakan ttg CT bukan sesuatu yg pelik. Kisah Ct trus jadi pilihan di akhbar dan saluran tv, malah mailbox aku turut dilimpahi dgn gambar2 peribadi Datuk K dan keluarganya. Kecanggihan IT terbukti. Entah di mana entah siapa paparazinya.
Mungkin kamu bersetuju, mungkin jua kamu marah, kesal tentang keadaan sekeliling ini. Tapi sukar untuk kamu menafikannya. Di kantin sekolah, cikgu2 bercerita tentang rekaan baju perkahwinan CT, di pejabat2 besar golongan intelektual bergelar eksekutif itu turut berbicara akan kesesuaian perkahwinan dari 2 zaman ini.
Dengan menulis kisah CT aku juga sudah menjadi sebahagian dari mereka. Aku juga terperangkap dalam jaringan dunia hiburan ciptaan ini. Cukuplah. Aku perlu bebaskan diri dari kisah2 sebegini. Selamat Tinggal Ct. Moga kamu berbahgia selamanya.
Nota kaki:
Aku menulis kisah Ct kerana mimpi malam tadi. Aku tak bermimpikan Ct. Aku mimpikan Karam Singh Walia menjadi wartawan untuk lintasan majlis perkahwinan Ct. Seperti biasa Karam berpantun " Seperti kata org2 tua, janaganlah kamu menyanyi di dapur, kelak kan mendapat suami tua."
Ahad, Julai 16, 2006
Sekadar Menconteng
Jumaat, Julai 14, 2006
Semakan Arah Kiblat
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
16 Julai, Ahad ni(5.28 PETANG)
APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak
tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
(contoh: Waktu di televisyen)
Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka'bah).
Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-
1. 28 Mei 2006 (5.16 petang)
2. 16 Julai 2006 (5.28 petang)
Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.