Khamis, September 28, 2006

Diari Seorang Lelaki (Hari Pertama Puasa)

Rumah Parent, Sungai Buloh, Ahad, 24 Sept 2006

5.00 pagi : Dikejutkan bangun sahur..tapi memilih untuk zzzzzz....
5.15 pagi : Dikejutkan lagi untuk bangun sahur tapi masih lagi zzzz....
5.20 pagi : Sekali lagi dikejutkan bangun sahur dan tetap jua zzzz...
5.25 pagi : Dikejutkan untuk bangun sahur, lagi dan lagi. Kali ini gaya kejutan lebih keras dan bersifat fizikal. Tetap maintain zzz....
5.30 pagi : Di dapur mereka sudah mula mengemas. Tergesa2 bangun terus ke dapur. Basuh muka, tangan dan mulut di sinki dapur. Jamah apa yang sempat sementara waktu masih ada.
6.00 pagi : Solat Subuh dan memulakan azam yang pertama untuk bulan Ramadhan ini.
7.00 pagi : Tertido di depan tv ketika mengikuti siri motivasi pagi di TV3.
8.30 pagi : Masih tertido lagi..ya..tertido..
9.00 pagi : Masih tido lagi. Kali ini berpindah lokasi ke bilik tidur.
10.00pagi : Mata sudah dibuka beberapa kali. Jasad sudah digerakkan ke kanan dan ke kiri. Cuma masih di atas katil lagi
10.30pagi : Sudah bersedia untuk membasuh kete kesayangan jua kete2 lain yang berhampiran. Kemas bilik (sikit jer, tapi masih di kira kategori mengemas bilik)
12.00 t/hari: Balik dari pasar tani bersama bahan masakan serta gula 2kg."Err...nanti buka masak aper yek"
1.00 ptg : Di depan tv tgk Melodi. Pertanyaan yg serupa "Err..buka nanti kita makan aper yek"
2.00 ptg : Tertido di depan tv.
3.00 ptg : Bangun untuk sambut sedara mara datang. Solat zuhur.
3.20 ptg : Tertido lagi di depan tv. Kali ini atas sofa.
4.00 ptg : Situasi masih sama.
5.00 ptg : Bangun dah solat Asar.
5. 15 ptg: Menyemak status penyediaan juadah berbuka di dapur. Kemajuan berjalan lancar. Ada yg dok wat donut, ader tengah goreng cucur udang, ader yang wat bubur lambuk, ader yang wat tomyam, ader tgh bakar ikan, ader yg panggang ayam. Hati berkata,"Eh, cam tak cukup jer." Ya keluarga kami ramai. Termasuk sedara mara yang datang berbuka sekali.
5.30 ptg : Tido2 ayam ketika baca paper mingguan.
6.15 ptg : Dukong Haikal(anak sedara) pusing2 kat laman rumah sesambil siram pokok bunga.
6.45 ptg : Memulakan tugas sebagai penghidang juadah berbuka puasa.
7.00 mlm : Dah sedia. Menunggu waktu berbuka dengan kurma di tangan.
7.10 mlm : Azan. Baca doa . Makan.
7.30 mlm : Masih makan.
7.45 mlm : Dah abis makan. Tapi tak larat nak jenjalan. Duduk atas sofa dulu.
8.00 mlm : Persediaan untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
8.10 mlm : Lum azan. Pegi dapur bantai donut 1 pinggan.
8.25 mlm : Dah azan. Tapi donut ditangan ada setengah untuk dihabiskan.
8.30 - 10.00 mlam : Solat Isyak dan Terawih.
10.15 mlm: Balik terawih jamah semangkuk dua bubur lambuk dan ratah ayam panggang.
11.00 mlm: Berborak ngan sedara sesambil makan lagi.
12.00 mlm : Semua pulang. Masuk tido.Kunci jam loceng, jam henset nak bangun kul 4.30 pagi.
Ya. mesti bangun.

9 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

Terbayang2 donut.."cucuq udang kuah kacang tak dak ka?"

Tanpa Nama berkata...

huh.. kuat gak hang makan yek, tapi badan maintain je.

hayad berkata...

aku rs mesti x bgn jgk,huhu

Unknown berkata...

anak bujang lelaki memang cam ni la peelnya time puasa, sebiji cam adik aku, liat nak bangun sahur... :)

Lan Rambai berkata...

apsal ko dtg sungai buloh tak bagitau aku? sg buloh kat mana wei?

Tanpa Nama berkata...

8.00 mlm : Persediaan untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
----->lewatnya maghrib?

8.10 mlm : Lum azan. Pegi dapur bantai donut 1 pinggan.
---->bila magribnya?ponteng maghrib yea?

8.25 mlm : Dah azan. Tapi donut ditangan ada setengah untuk dihabiskan.

8.30 - 10.00 mlam : Solat Isyak dan Terawih

Tanpa Nama berkata...

hahhahaha kantoi...nak buat diary buat betul2 kalau tak menampakkan aib aje, sbb ada percanggahan....:)

Kemat berkata...

aku bukan bidadari:
macam2 ada.

benggong:
ini yg aku plik nie..nak wat camne nie

hayad:
hehe

sikenit:
kami lelaki bujang nak kejar bersahur di akhir waktu.lebih afdal kan..

lan rambai:
aku sg buloh area sg plong ..tak jauh dari umah hang kat saujana utama lan..

xyz:
hehe...memang x biasa wat diari pun..lupa lak sekarang blog tgh dipantau..jd pembaca bloggers nie mengkaji setiap aspek penulisannya..tapi perlu ke saya tulis dgn begitu terperinci en/cik xyz.. Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa. (eerr..saya tak lupa solat Maghrib ari tu)

Tanpa Nama berkata...

waa.. byknyer makanan!!!!!!!!!!!