Isnin, September 11, 2006

Hangat2 tahi ayam.

Setelah 2 minggu di KL, aku kembali ke Penang dengan penuh bersemangat. Ahad malam itu, sejurus tiba kat flat aku di Penang, aku mencadangkan pada hosmet agar kami turunkan poster Ina, ex tunang Mawi dari dinding rumah ini. Hosmet tanya kenapa plak. Aku sebenarnya terkedu dgn jawapan Ina bila dia menyatakan kesediaannya mencukur bulu kening hanya kerana permintaan jurugambar agar wajahnya lebih nampak photogenik(betul ke eja camnie), biarpun dia sedar hukum hakam perbuatan itu.
Stop kejap, kita flash back berminggu yg lalu.
Ketika CT umumkan perkahwinannya dgn Datuk K, kami sepakat tanggalkan poster Ct.
Ketika Mawi umumkan putusnya pertunangan dengan Ina, kami tampalkan gambar Ina pada dinding itu.
Ok. Kembali semula ke masa sekarang. Sambung citer poster Ina diturunkan.
Hosmet tanya, " Abis tu, kita nak taruk gambar saper plak nie. Nampak kosong lak dinding nie"
"Biarlah kosong. Lagipun bulan pose dah nak dekat. Tak elok letak gambar pompuan nie. Kurang pahala kalau tenung lama2"
Kami sama2 sependapat. Kami tak nak lagi letak gambar2 pompuan di dinding itu. Biarlah dinding itu kosong. Bukannya pahala kami di bulan pose nanti. Sambung tgk tv. Citer tv membosankan. Kami sama2 renung dinding yang kosong itu.
Tanya hosmet," Ngko ader simpan poster Maya Karin lagi tak". "Nanti aku cari". Haha. Kami gelak sama2. Sekejap benar azam kami. Sehangat tahi ayam.

16 ulasan:

Jarri berkata...

haha.
poster masa maya karin jadi pontianak ke masa maya karin jadi model syampu?

Unknown berkata...

poster apa lagi ada??? :)

Tanpa Nama berkata...

poster backstreetboys tu ko simpan lagi?

Tanpa Nama berkata...

cesss...patut la berbau je blog ni td.hahahhaa...

Tanpa Nama berkata...

apa kata hang letak poster adibah nor ok tak cadangan aku ni..

Rie berkata...

ko tampal la ayat kursi ker, tulisan Allah Muhammad ke, Tulisan khat ker, ayat seribu dinar ker...

apamacam?

zwitterion berkata...

best ka tampal2 poster artis ni?..huhu

ZaKiN berkata...

hehehe.. nasib aku bukan artis.. kalo tak tercalon gak kot untuk tampal kat dinding.. mukakaka.. (perah santan pekat sangat nih..!!)

Tanpa Nama berkata...

Woik...ooiik!!!! sape amik gambar aku nie... nie mesti budak tingkat 15 nie... muahahahaha

13may berkata...

taruh jalur gemilang la brader...baru sempoi sikit...

Aku Bukan Bidadari berkata...

letak jer gambar diri sendiri hehehemueheheheee

tumismenumis berkata...

Apa kata ko print muka depan blog ko ni, pastu buat poster dan tampal kat dinding tu.

Tanpa Nama berkata...

poster maya karin? kompius nyer aku...

Kemat berkata...

mfazari:
poster masa dia jadi model.....hehehe

sikenit:
lain semua dah buang ler

neeziee:
bila aku simpan poster artis lelaki woitt..

cikin:
kamu tak tutup idung ker bila baca tadi

benggong:
ada poster adibah nor yg seksi tak

esis:
Ya, itu yg sepatutnya.

zwitt:
best lagi tampal poster pilihanraya..dapat upah lagik

maniq kayangan:
kamu kasi la gambo kamu, nanti aku tampal kat dinding umah dan tiang talipon..hahaha

mengkarung:
kami amik gambar awek yg berdiri kat belakang kamu itu sebenarnya

13may:
aku dah mntak hosmet rembaat bendera kat tiang bendera sekolah tamil, nnati kami pasang

aku bukan bidadari:
kalau aku bidadari aku dah taruk gambar sendiri

mazudi:
nanti aku pikir dulu implikasinya

orochi:
maya karin lum kawen lagi

coklat~vanilla berkata...

en lipan, cik ina tu cukuq BULU KENING la....bukan BULU MATA.kalo bulu mata, mau x tidoq budak tu..:p
semoga poster berganti yg baru bila menjelang ramadhan ni yer...:)

Kemat berkata...

cempaka biru:
oppss..salah taip la..tima kacih kerana menegur..dah dibetulkan..kalau idak mau kne saman ngan Ina nie