Jumaat, September 01, 2006

Malam merdeka itu

Malam itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 1957
Di Padang Hilir Negeri Melaka
Tanah Melayu merdeka
Buat kali pertama

Malam itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di Dataran Merdeka Wilayah Kota
Malaysia merdeka
Buat kali ke 49

Malam itu
Selepas jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di hotel murah pinggiran kota
Sekembali dari Dataran Merdeka
Gadis itu "dimerdekakan"
Buat kali pertama
Pada ulangtahun kelahirannya ke 18
Oleh mat2 rempit
Yang bertatu di lengan berparut di muka

Malam itu
Tika jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos tahun2 mendatang
Akan berulang lagi
Kisah anak dara "dimerdekakan"
Jika tiada yang mengambil pengajaran
Kemerdekaan untuk dipertahankan
Bukan untuk dicemarkan
Dengan budaya dan anasir luar yang negatif
Yang sekian lama menjajah pemikiran

14 ulasan:

Sunan_Jati berkata...

Merdeka2x...
Merdeka la kiter dari perkara buruk pindahla ke perkara yang baik dan smbhyg taubat la slalu... hehehhe!

Tanpa Nama berkata...

upacara pembaptisan mungkin..huhu.

Lan Rambai berkata...

2008 merdeka dalam bulan posa.... kalau ada jugak konsert haramjadah semua ni.. aku tak tahu lahhh

13may berkata...

Anak2 merdeka sendiri yang mencemar kemerdekaan itu...

ps:
malam itu
tika jam tepat angka 12
pada 31 ogos 2006
dengan nyenyaknya aku tertido...hehehe....

zwitterion berkata...

merdeka yg mereka faham itu melampaui segala batasan....

tumismenumis berkata...

Akan adakah sambutan kemerdekaan kali ke-2 seperti di Padang Hilir, Melaka tu.

Sekali Merdeka, tak semestinya sampai bila bila kita merdeka.

Unknown berkata...

apakah sebenarnya makna merdeka ye..

Aku Bukan Bidadari berkata...

salam merdeka!

Tanpa Nama berkata...

Merdeka!Merdeka! Peace brader

Dong_Sanchai berkata...

nak komen apa? merdeka tgk tv cite korea tae guk ki...best...sedihhh...
"renung seketika"..itula yg aku buat..renung tv selama 2 jam

Tanpa Nama berkata...

aku merdeka kat umah je..
tak kuase aku nk 'memerdekan' diri aku...

ZaKiN berkata...

huhuhu.. setiap tahun begitulah pesta merdeka.. kat mana2 saja sama.. mungkin itu pengertian merdeka bagi mereka...!!

Kemat berkata...

sunan jati:
merdeka dan berhijarah

neeziee:
pembaptisan anak melayu..sadisnya

lan rambai:
merdeka 2008 sambut ngan Qiyamullai

13may:
seronok tido time org lain dok tunggu Mawi nyanyi kat tv

zwitt:
merdeka cara penjajah tu

mazudi:
ya..sekali merdeka tak selamanya merdeka

sikenit amin bakish:
nanti aku check dalam kamus

aku bukan bidadari:
salam merdeka

benggong:
salam merdeka bro

dong:
naik la rating citer tu

cikin:
kamu dah merdeka bila konvo itu ari..merdeka dari dunia U

maniq kayangan:
perlu ke pesta sebegini diteruskan

Tanpa Nama berkata...

Merdeka kah anak bangsa kita, walaupun rambutnya perang, hidung bertindik, dan miskin (nak beli baju pun bley beli baju kecik. Tu yang nampak pusat tu).