Ahad, September 17, 2006

Kawanku Seorang Jutawan

Hmm..sekarang asyik kluar citer pasal lelaki jutawan umur 50an kawen anak dara muda umur 20an. Adakah itu trend masa kini. Mana aci, kami anak2 muda lelaki kne bertanding ngan pakcik2 yg kaye raye tu dalam soal menambat hati wanita. Kami ini kenkadang perlu mengikat perut dihujung bulan bagi menjayakan hasrat menabung untuk masa depan sedangkan mereka menabur wang bagi membeli cinta dan kasih sayang. Nasiblah, aku bukan jutawan. Buat masa ini. Tapi aku ader kawan. Seorang jutawan. Masih bujang. Orang Kelantan.

Kawanku si jutawan yg masih bujang nie seorang engineer. Hensem seperti aku cuma mungkin aku tampak lebih cute sebab aku kechik. Haha. Dia mber opis aku kat KL nun. Panggil saja dia Triple I.

Khabarnya baru2 ini kawanku ini pergi melancong ke luar negeri. Biasalah. Nama pun jutawan. Bosan2 beli tiket naik kapal terbang tengok awan. Katanya membawa hati yang lara. Di sini, anak dara lebih menagih cinta lelaki berusia dari kami anak2 muda yg kononnya masih mentah tak berpengalaman.

Kawanku ini cukup bersederhana walaupun jutawan. Masih sanggup minum kopi di warung tepi jalan di tengah malam bersama kengkawan, walhal semasa melancong ke luar negeri tempoh hari, khabarnya secawan kopi yang diminumnya mencecah ribuan ringgit.

Baru2 ini, kami berjumpa lagi. Sekembalinya kawanku ini dari luar negeri. Kami minum kopi di kedai mamak sebelah Starbuck Cafe. Aku ceritakan padanya kisah persandingan Ct dan Datuk K. Katanya, semasa di luar negeri, orang luar asyik bertanya tentang Ct bila diberitakan kedatangannya dari Malaysia. Wah, glamer betul Ct rupanya. Agak2 kalau aku yg kawen ngan Ct mesti gambar aku kluar kat paper luar negeri.

Kata kawanku si jutawan itu lagi. Tua muda, lelaki pompuan asyik bertanya, "Jadi yer Pak, Ct Norhalija berkahwin dengan Datuk K, apa bapak tidak pergi melihat majlisnya”. Oh ya.. kawanku si jutawan itu baru pulang dari Indonesia, tanah seberang.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erkk.. dia tiba2 menjadi jutawan kat seberang ke memang jutawan RM? hampeh betol.. heheh..

kalu jutawan RM.. kemsalam la.. mwahahha (gelak gatal)

Noushy Syah berkata...

Patut arr rupanya di Indonesia!!Muahahhaha..igtkan terkenal sampai kat LONDON tadi..muahhahaha...Jutawan RUpees yea dong?

Tanpa Nama berkata...

ngak bawa cewek yang montok-montok pulang?

Lan Rambai berkata...

bila sebut jutawan ke luar negara, pasti eropah atau us yg terpikir di kepala hahahaha....

zwitterion berkata...

bg sini no kontek kawan awak yang jutawan tuh..boleh sy mengubat hatinya yg lara...haha

Tanpa Nama berkata...

juta-juta pak!

ZaKiN berkata...

muhahaha.. jutawan indon rupanyer..!! kiranya ct nurhalija glamer kat sana jer la erk.. huhuhu ok lah tue...!!

Tanpa Nama berkata...

loh.. jutawan rupiah rupanya dong..

Unknown berkata...

"Hensem seperti aku cuma mungkin aku tampak lebih cute sebab aku kechik"

suka baca ayat ni.. hehehe.. :)

Tanpa Nama berkata...

waduh²... bapak ini jutawan ya?! huhuhuu...

Tanpa Nama berkata...

dulu ms aku keja kilang member bangla kata dia balik kg nnt jadi jutawan gak..

Tanpa Nama berkata...

kemat adalah panggilan manja kawan saya juga.

perempuan. iya!

Kemat berkata...

lediagli:
dia adalah jutawan di tanah seberang

noushy syah:
bukan rupees rupiah

neeziee:
takut kamu jeles jer nanti

lan rambai:
jutawan kechik cuma langkah selat melaka jer

zwitterion:
ishh..baik kontek saya..ni hati tgh lara gak nie ..hhahaha

op:
ya berjuta2 pak

maniq kayangan:
kalau nak dibandingkan dengan datuk K, memang ct lebih glamer la..

orochi:
kamu tak kepingin jadi jutawan seberang dong

sikenit amin baklish:
aku suka kamu puji begini..hihihi

sleepless in gelugoq:
sekarang smua nak yg selesa dan mudah, tiada lagi yg nak bersusah payah

cikin:
kamu bila lagi mau jadik jutawan

benggong:
mat bangla pun leh jadi jutawan yek

ahsuez:
nanti kenalkan sama saya kawan perempuan kamu itu..yg namanya kemat itu..katakan kemat di sini krim salam..iya