Esok 26 Julai 2006 (Rabu) bersamaan dengan 1 Rejab 1427. Yer ker. Aku cuma merujuk kepada kalender kat bilik aku. Aku tak pandai nak tengok bulan. Maksud aku bentuk bulan. Bagi yg mengetahui, proses untuk merukyah hilal akan dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam pada 29 Jamadil Akhir yakni hari ini. Aku sedar, aku patut mempelajari ilmu ini. Err.. sesiapa yg arif boleh ajarkan ya.
Teringat masa aku belajar Arab kat sek menengah dulu, ustaz ada bagitau Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan bulan Rejab membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Bulan Rejab begitu sinonim dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Selain peristiwa besar ini, Rejab juga menandakan pembebasan Baitul Muqaddis oleh Salehuddin Al-Ayubi dari pemerintahan tentera salib pada 27 Rejab 583 H sebelum ditawan semula oleh Yahudi pada 1387H dan menandakan kewujudan negara Israel yang hari ini terus menerus melancarkan serangan dan propoganda psikologi ke atas negara2 Islam. Kita mungkin perlu mengambil iktibar akan kemenangan tentera Islam dalam Perang Tabuk yg juga berlaku sekitar bulan Rejab sebagai azimat perjuangan kita menegakkan agama ini.
Aku tidak mahu bercerita panjang lagi tentang bulan Rejab dan keistimewaanya. Aku kira kamu semua lebih arif dari aku ini. Malunya aku Rejab hanya diingati kerna selepasnya menyusul Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Aku rasa budak sekolah rendah lebih cekap menyusun atur bulan2 Islam berbanding aku.
Aku menulis tentang Rejab kerana bagi aku ia satu peringatan. Menggantikan puasa Ramadhan yg tertinggal thn lalu. Err.. ada ker.. Bulan Rejab juga sebagai persediaan kita dengan amalan sunat seperti puasa, qiamul-lail, bersedekah menanti kedatangan Ramadhan yg dirindui.
6 ulasan:
Yeahhh jom pose beramai-ramai tanda kesyukuran.
yg pose wajib dah settle, yg sunat ni perlukan keazaman yg kuat..
aiyark.. posa wajib tak abis ganti lg..!!
huh... dua bulan je lagi nak masuk Ramadhan..
uiks..cane leh tinggal nih.
datang bulan yer?
kau jangan lupa siti kawin hari isra' mikraj thn ni@21 ogos
epi klang
Catat Ulasan