Rabu, November 22, 2006

aku meRAPATkan diri

Aku tulis dlm diari. Aku tandakan pada kalender cina kat sebelah tv. 18hb November aku kne hadirkan diri. Aku letak sbg reminder kat henpon ini. Aku war2 dlm blog. Tentang hari itu. RAPAT 06. Yang ditunggu.

Debarnya macam nak berdating kali pertama. Yelah, aku org baru dalam GEJU. Kamu smua org2 popular. Yang ada nama. Aku macam peminat yg nak jumpa artis pujaannya. Tertanya2 dlm hati, bila aku sebut nama dan blog liepan nie, depa tahu ker atau baru pertama kali mendengarnya. Atau mungkin juga mereka akan berkata, "oohhh..inilah penulis blog liepan rupanya"

Kami sampai agak awal. Err..tak..tepat pada masanya. Cuma majlis bermula sdikit lewat. Serba salah gak tengok urusetia dok sibuk atur persiapan majlis sedang aku leh lepak jer. Hajat nak tolong, tapi tak tau nak wat aper. Urusetia lak tak abis2 sruh kitaorg layan borak dlu. Aku rasa depa segan nak mtak tolong. Aku lagi la segan cam pengantin baru kat umah mak mertuanya.

Paling best kat RAPAT aku dapat berkenalan ngan bloggers2 lain. Aku nak tulis nama sorang2, tapi kang kalau tercicir ader plak yg berkecil hati. Aku tak berkesempatan untuk mengenali dan berbual dgn semua terutamanya bloggers kaun Hawa. Sebelum nie, aku hanya knal dan memuja hasil kreatif mereka, aku kagumi kelincahan jari2 mereka mengetik mencipta kata2 melahirkan sebuah crita. Aku pun tak sangka komuniti bloggers nie sudah lamer bertunjang rupanya. Tapi, kemanakah bloggers2 lain..msih rmai bloggers bersembunyi dalam dunia maya ciptaan mereka.

Antara perkara menarik yg aku dapat simpulkan ialah konsep 1 meja satu jenis biskut/kuih raya. Simboliknya, jika kita ingin merasai kuih/biskut raya yg lain, maka bertandanglah ke meja sebelah sambil berkenalan dengan tuan rumahnya. Juga acara cabutan bertuah. Aku kira inilah majlis yg paling banyak diadakan cabutan bertuah. Kebarangkalian kamu2 yg hadir untuk mendapat hadiah adalah tinggi. Tapi, sememangnya tuah tak memihak aku. Dan door gift, aku dapat majalah Hai yg ader gambar Mawi serta majalan Mingguan Wanita yg juga ada citer pasal Mawi (Knapa x der gambar Ct). Dan untuk slot persembahan, aku terpaku mendengar Mat Jan and the geng menyampaikan lagu rapnya serta persembahan bersahaja Gitar Tong.

Malam hari di rumah, sekembali dari bermain futsal, aku mencongak2 perbelanjaan aku berkaitan dgn RAPAT ini.
Bayaran penyertaan : RM35
Bayaran penajaan : RM50
Buku Kudeta : RM15
Zine Narayuda : RM5
Buku Kasut Belang Hilang : RM5
CD Balada Minah Memulas Mesin Masa : RM10

Tak termasuk kos pengangkutan (oh ya, trima kasih En Lan Rambai yg tumpangkan aku ke RAPAT dr Sg Buloh), aku belanjakan kira2 RM120. Tapi kesempatan berkenalan dan memulakan ikatan persahabatan dengan bloggers lain TIDAK TERNILAI

Aku teruja untuk mengikuti aktiviti GEJU lagi. Selain menambah kenalan, aku rasa komuniti ini dapat membantu aku memperbaiki tahap komunikasi dan perhubungan aku dengan org2 di sekeliling. Tahun depan, aku pasti kembali lagi ke perhimpunan perdana ini. aku nak RAPATkan diri ini lagi pada dunia blog. Kamu. Nak RAPAT bersama aku thn depan.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus la kau gembira.hehe.

Tanpa Nama berkata...

:) betul cakap neezie.. ceria sokmo!:D
mm..thn dpn nak join gak aa RAPAT tu.cam menarik jer..:)

Tanpa Nama berkata...

aku belum layak untuk meRAPATkan diri...

Tanpa Nama berkata...

neezie, wattapen to ur blog?susah la nak masuk...

13may berkata...

bunyik macam best ajerr....insyaALLAH mungkin next year aku boleh join....

arianna adrizal berkata...

sy pun tak bernasib baik, tak dapat hadiah cabutan bertuah. hehe!

maaf. hari tu tak bersembang panjang. orang ramai. hilang fokus. harap jumpa lagi dlm prog akan datang. :)

Lan Rambai berkata...

ehhh.. ko pegi rapat ek? tak perasan lah hahaha

hayad berkata...

semuanya rm120? tu psl ku tak pergi..psl dlm kocekku hanya tinggal rm25 inggit *siriyes*

Unknown berkata...

mana satu ye gambar en. kemat dalam gambar ramai2 tu.. :D

Tanpa Nama berkata...

nk RAPAT ngan blogger kaum hawa jer. Hehehehe ;)

Tanpa Nama berkata...

a'ah.setuju pertanyaan sikenit.mana se en kemat? :D

Tanpa Nama berkata...

lain kali jumpa lagi.

tak dpt burak2 sgt dgn kau.

Rie berkata...

eh ko yang mana?? aku tak ingat ko. ko yang pakai sepasang pengantin tu ker???

hehehe

Aku Bukan Bidadari berkata...

ko mesti hensem kan..kalo tak lan tak akan tumpang kan ko :)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tahniah kerana kau berjaya meRAPATkan diri..kerana sebab-sebab di luar negeri aku terpaksa menjarangkan diri..haha

Aku tengok gambor kau kat blog sapa ekk.. Ungku Nor kot..hensem rupanya kau ni.. hahaha

Kemat berkata...

neeziee:
gembirakah aku..huhuhu

skidg8:
thn dpan jom kita join rmai2..Rapat jgn tak rapat
Blog neezie tu ader masalah bandwith..thn depan baru dia mulakan berblog di dunia baru..TUNGGUUU..pesannya

cikin:
asalkan anda menjadi ahli GEJU anda layak untuk ke RAPAT

13may:
kita jumpa RAPAT07 nanti ekk

anne:
biarpun awk tak dpt hadiah cabutan bertuah, awak tetap bertuah sbb dpt jumpa saya..hahhaha, sy pun x tegur awak sgt itu ari, segan dan malu...lain kali jgn dressing lawa2 sngt, kelu saya dibuatnya..heheh

lan rambai:
ko tak bgtau nama btul ko aper itu ari

hayad:
msih ada lagi tak belen RM25tu, leh tem pah masuk barisan. RM20 jer..awal bulan 12 berada di pasaran..

sikenit:
sy pun tertanya2 gak, maner satu en kemat nie

ise:
kita RAPAT la ngan kaum HAWAsementara masih bujang nie..heheh

skidg8:
dah jumpa lom maner satu en kemat, nnti kita sruh dia enterprame besar2

samurai:
lenkali kita sembang lagi...kat RAPAT atau kat knduri kawen ko, yg maner terDEKAT..

esis:
aku.yg berangan jd pengantin tu..hehe..NARAYUDA sold out tak itu ari

tiara:
aku paksa LAN tumpangkan aku

blackpurple:
ayat2 ko wat aku tak tido mlm, harap ko ikhlas, hhaha

arianna adrizal berkata...

eh,awk salah tgk kot. sy bukan pemenang pakaian terbaik hari tu tau!

hahaha!

awan berkata...

fee : RM35
sponsorship : RM50
CD gitartong : RM10
zine narayuda : RM5

experience gained : priceless.

ZaKiN berkata...

tak nak rapat ngan aku ker.. hohoho.. buruk bunyi pelawaan ini.. ekekkke!!

Kemat berkata...

anne:
silap, tak mungkin, lebih terharu, awak ingatkan saya ttg puisi maar dan seroja, tak sangka lak ader org ingt puisi tu dan tegur masa RAPAT tempoh ari

rulan awan:
priceless..itu thn depamn kne pegi laie..tp ngko dpt cabutan ebrtuah kan..aku jer yg tak bertuah kat meja kita tu

maniq kayangan:
sy kalau boleh nak RAPAT ngan smua..ada rezeki kita jumpa suatu hari nnti cik maniq

Tanpa Nama berkata...

dah tau dah en kemat yg mana se...