Selasa, Oktober 17, 2006

Syoknya Raya

Hmmm, dah tak sabar rasanya. Lagi seminggu nak raya. Orang kata, time raya nie paling seronok budak2. Depa dok pulun kutip duit raya. Ye ker.. tapi baik tua muda, aku kira semua epi bangat time hari rayer nie. Tambah2 yg dapat cuti lebih balik kg.

Err..camner persediaan raya kamu semua. Raya kat maner thn nie. Aku baju raya, awal2 mak dah siap jahitkan. Kuih raya pun dah berbalang mak aku siapkan. Duit raya utk sedara mara, keluarga pun dah aku asingkan bajetnya dari gaji bulan nie. Harap2, raya thn nie meriah seperti selalunya.

Thn nie, kami beraya di kampung tercinta. Baling, Kedah. Ya, aku anak kelahiran Baling yg penuh sejarah itu. Biarpun cuma pekan kecil, aku bangga jadi anak Baling.



Minggu lepas, balik KL masa weekend, ayah minta aku hiaskan umah ngan lampu kelip2. Ckit jer. Kawasan depan umah. Tapi kamu tahulah, umah aku berkonsepkan "house in teh garden". Nak patah pinggang aku mengalihkan pasu2 bunga yg berat tu untuk kerja2 memanjat memasang lampu kelip2 itu.



So saper2 yg driving jauh2 tu, berhati2 di jalanraya. Usah pandu laju2. Ingatlah insan tersayang. Kang kene saman rugi jer.. (Tipon umah pagi tadi, tanya pasal satu kad raya yg aku tungu2. Kata mak surat untuk aku yg sampai cuma satu. Surat cinta dari kawanku si Sarjan Misai itu. aduh saliha betul.lari bajet raye thn nie)



Raye ke4 aku dah balik KL. So saper2 area Sg Buloh mai la sinngah teratak buruk kami. Ada batang buruk, semperit, tat nenas dan sarang semut jua air sirap daun pandan.

ok. Salam Eidfitri kengkawan. Andai kata ada tersilap kata terkasar bahasa, dengan penuh rasa rendah diri, aku pohon kemaafan.

Jgn lupa bayar zakat tau.

22 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat Hari Raya Kemat, berhati2 di jalan raya. :)

Lan Rambai berkata...

rasa macam pernah tgk umah ko ni lahh.. umah ko ni belah kiri lepas masjid sg pelong b4 traffic light kan?

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin.. Sungai Buloh asyik jem jer.. camner aku nak datang... hahaha...

zwitterion berkata...

selamat hari raya..jgn dpt surat cinta dr Sarjan Misai lg tau..hehe

Tanpa Nama berkata...

"Ada batang buruk, semperit, tat nenas dan sarang semut jua air sirap daun pandan."
erk kemat, duit raya xde ke? sg buloh kalu..lalu la kalau nk blk kl...

ZaKiN berkata...

Selamat hari raya incik kemat.. moga selamat sampai ke baling kedah... aku baru 2 kali ke baling hantar adik ipd baling. huhuhu... ok jer.. macam2 ada..

akirasuri berkata...

oh oh orang baling ek...pesanan penaja:

jika anda memandu: sila pandu dengan penuh berhemah dan elakkan memandu menggunakan teknik pejam mata. sungguh tidak baek untuk kesihatan.

jika anda menumpang: sila merapu-rapu bersama 'driver' anda dan pastikan 'driver' anda tidak buat taek mata dan melakukan aksi-aksi stunt di jalanraya.

Selamat hari raya,
maaf zahir batin incet kemat...

nota: saya mahu duit raya :p

Tanpa Nama berkata...

Dey Tambi! Deepavali vallakam...jiran aku kim salam...eh bos brape byk gula dah ko berjaya beli utk rayer?

arianna adrizal berkata...

Wah, seronoknya dia nk beraya! mintak sikit mood tu boleh. hihi.

'Nak patah pinggang aku mengalihkan pasu2 bunga yg berat tu untuk kerja2 memanjat memasang lampu kelip2 itu..' <-- agaknya mcmtulah abg sy rasa bila kami dok suruh dia cat umah ms dia blk cuti last weekend. kesian pulak.. ish..ish.

Salam eidulfitri utk kamu juga :)

13may berkata...

Selamat Hari Raya:)

ps: Baling kat mana??

tumismenumis berkata...

Selamat Hari raya kemat.

Baling tu Kedah eek? Hihi.
Hati hati drive balik kampung.

Tanpa Nama berkata...

nak kad raya nih..Dr neezie dah sampei nih..Dr org Baling tak sampai2 lg..

hayad berkata...

wah, meriahnya lampu. Nak raya! Nak Raya!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kau orang Baling rupanya...




Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata-kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Kemat... Maaf Zahir & Batin. Makan kueh raya jgn lupa member2..

Jun Ahmad berkata...

Assalamua'alaikum ,

selamat hari raya , salam lebaran dari kak jun , kemat .

Berhati-hati balik beraya tu nanti lah yea . Jauh tu kalau kak jun nak pi mengantar sedulang juadah pagi raya , jadi kak jun makan-kan bagi pihak kemat bleh lah yea ..

Jua, kak jun mohon ampun dan maaf , lahir batin , dunia dan akhirat jua ..

jaga diri dan jaga kesihatan sepanjang bercuti raya . Salam untuk keluarga semua.

Bunga Rampai berkata...

Waa, menariknya rumah dalam taman!

Selamat Hari Raya juga untuk Kemat, maaf zahir batin.

Salam.

Rie berkata...

slamat hari raya .

maaf fizikal & mental. ahaks

Azhar Ahmad berkata...

Selamat hari raya...

Kemat berkata...

si kenit:
selamat hari raya

lan rambai:
umah aku belakang sek teknik sg buloh, masuk ikut sek ren sg plong, umah pertama sebelah kubur

orochi:
sekarang dah kurang ckit jammed, jln baru dah nak siap

zwitt:
kalu inspektor aleeza yg kasi surat cinta ikut gak

sleppless in gelugoq:
salam aidfitri

cikin:
ajak hubby mai singgah la

maniq kayangan:
yer, Baling macam2 ader

sunan jati:
salam aidilfitri juga

Kemat berkata...

akirasuri:
salam aidilfitri

paqlee:
balik le wok..

arianaadrizal:
kirim salam kat abg awak nnti.

13may:
baling kat sebelah kupang, kg jerai

mazudi:
ye baling itu di negeri kedah

ise:
saya nak pos tadi, tapi posmen dah cuti..thn depan saya kasi..err..gambar hang tak kluar paper ke utk slot salam dr perantauan

hayad:
amacam, x teringin ker nak pasang kat umah

bp:
salam aidilfitri. sesama lah kita saling memaafi

benngong:
aku tak lupa kawan

jun:
salam aidilfitri

bungarampai:
rumah dalam taman idaman org tua saya

esis:
salam eidfitri

azharahmad:
selamat hari raya

Noushy Syah berkata...

Dah balik raya?AMboi syoknya berhariraya dikampung halaman rite?