Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Selasa, Oktober 30, 2012
Samperit Aidiladha
"Wah..sempat lagi Mak Uteh buat biskut samperit raya Aidiladha ni yer". Leman memang hantu samperit. Leman segera buka balang dan sambar 3 keping samperit tanpa sempat dipelawa Mak Uteh. Aahh.. lagipun Leman kenal sangat dengan Mak Uteh nie.
"Oooo..itu belen biskut raya Aidilfitri tu" jerit Mak Uteh dari dapur sambil bancuh teh O.
Khamis, Oktober 25, 2012
Hati Macam Kamera
Puas Leman belek, hanya ada satu dua keping sahaja gambarnya dalam kamera miliknya sendiri. Selebihnya, gambar orang lain. Paling banyak gambar Salmi, gadis manja yang suka bergaya depan kamera.
Salmi pula tersenyum puas melihat gambarnya. Cantik sekali hasil tangkapan Leman. "Err, nanti gambar saya ni bagi dekat sayalah. Semua sekali. Cantik" ujar Salmi.
Leman senyum. Untuk Salmi apa sahaja akan diturutinya. Leman menambah "Hati kita macam kamera. Dalam kamera saya ada gambar awak. Dalam kamera awak ada gambar saya"
"Tapi, gambar awak dalam kamera saya dah dibuang" balas Salmi.
Sabtu, Oktober 20, 2012
Srikandi Kami
Tanggal 12.10.12, dia lahir menjengah ke dunia dengan wajah kemerah-merahan. Ahlan Wa Sahlan buat Nur Lily Humaira'. Permata kami yang ketiga
Isnin, Oktober 15, 2012
Vokal: Bukan Sekadar Rupa
"Sedap juga suara abang nie. Cuba la masuk rancangan realiti Vokal kat tivi 3 tu" ujar Zana, awek jaga kaunter kat pusat nyanyian keluarga tu.
"Terima kasih. Ingat kalau akademi fantasia atau mentor ada lagi tahun depan, nak cuba yang itulah..macam lagi menarik jer" balas Leman.
"Hmm, tapi sekarang nie yang tengah buat uji bakat rancangan Vokal. Lagipun sesuai ngan abang sebab dia tak pentingkan rupa, janji suara dan bakat ada" balas Zana selamba.
Leman tak pasti sama ada pernyataan itu adalah pujian atau kutukan. Cheh. Hasrat dia nak tekel awek pusat nyanyian keluarga tu terbantut.
Rabu, Oktober 10, 2012
Kayu dan Batu
Hati dia keras. Macam batu. Macam kayu. Okay. Dengan kayu, aku ukir atas batu. "Aku CInta Kamu"
Rabu, September 19, 2012
V Kolar
Mak Munah bukan paham sangat apa itu LGBT. Dia cuma baca kat fesbuk. Mak Munah memang tak berkenan pun dengan fesyen V kolar nie. Mak Munah teringat anak bujangnya ada juga 2-3 helan t-shirt V kolar tu. Mak Munah mula rasa tidak sedap hati.
Mak Munah ambil langkah drastik. T-shirt tersebut dikeluarkannya dari gobok baju anaknya. "Hmm, selesa juga kainnya. Mesti mahal ni" Sayang juga kalau nak dibuang begitu sahaja.
Esok, Pak Majid pergi berkebun pakai t-shirt V kolar warna kelabu. Mak Munah kembali senyum.
Isnin, Julai 23, 2012
Juadah Berbuka
Mereka sepakat, hari bekerja mereka akan berbuka di restoran sahaja. Maklumlah kedua-duanya bekerja, mana sempat nak sediakan juadah. Hanya pada sebelah hujung minggu sahaja Leman minta Salmah memasak.
"Tekak abang tak berapa masuk juadah resoran ni. Lebih ajinomoto jer diaorang masak" pinta Leman. Salmah tak kisah. Lagipun nak pikat suami kenalah pikat perutnya.
Hari minggu itu, tatkala Salmah bertungkus lumus kat dapur, Leman hanya baring di depan tv. Menonton rancangan masakan kelolaan selebriti chef Anis.
Sesekali Salmah datang mohon bantuan. Minta dibukakan penutup botol sos dan tin sardin.
"Bang, santan tak ada la. Macam mana nak masak serawa labu ni. Abang belikan santan boleh" pinta Salmah.
"Tak payahlah masak serawa labu. Nasi dengan lauk cukup lah" balas Leman yang cuba mengelak untuk dipaksa ke kedai. Terliur juga bila isterinya sebutkan serawa labu tadi tapi tak cukup kuat untuk mengatasi rasa malasnya.
"Er, ais batu tak ada. Kalau nak minum sirap kena beli ais la bang" jerit Salmah dari dapur.
"Eh, tak payahlah minum ais. Kan tak elok sebenarnya. Kita minum air suam atau air panas jer. Awak buatkan teh o panas pun ok" balas Leman malas.
Dah dekat waktu nak berbuka, Leman menjengah ke meja hidangan. Boleh tahan banyak juga Salmah masak. Semua lauk kegemarannya. Cuma yang tak ada serawa labu dan air sirap sahaja.
Tiba-tiba, Leman teringatkan sesuatu. Kelam kabut dicarinya kunci kereta.
"Nak ke mana tu bang" tanya Salmah
"Kedai. Rokok aku abis dah" balas Leman pendek.
Sabtu, Julai 21, 2012
Sahur Pertama
Banyak juga Leman melahap masa sahur tadi. Maklumlah, hari pertama puasa, 'bekalan' kena lebih.
Leman berhenti sejurus sebelum azan berkumandang. Abis sahaja azan, Leman tanya pada isterinya, "Eh, berbuka nanti kita nak makan apa yer"
Ahad, Julai 08, 2012
Bila Kuah Tertumpah
Husna sekarang gemar melukis dan mewarna. Jika dilihat pada contengan lukisannya, ada bakat seni juga. Jari runcing katakan. Kadang-kadang terfikir juga, bakatnya tu dari aku ker. Yelah, kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Satu hari, Husna minta aku lukiskan ayam. Selalunya dia mintakan mamanya lukiskan. Selepas itu dia akan warnakan lukisan itu. Cuma hari itu, mamanya agak sibuk, jadi sebagai bapa mithali aku tawarkan diri untuk membantu. Bukan susah sangat nak lukis ayam.
Bila dah siap dan tunjukkan pada Husna, dia tak puas hati. "Nak lukis ayam" bentak Husna dalam nada merajuk. Eh, betullah ayam. Atau aku salah dengar, sebab anak aku ni pelat juga. Kadang-kadang tak berapa jelas sebutannya.
"Nak lukis abang ker" tanya aku memujuk. Mungkin dia minta aku lukis abang kot.
Mamanya dari tadi hanya melihat datang membantu. Capai buku terus lukiskan sesuatu. Husna kembali tersenyum dan terus mula mewarna.
Aku mengintai dari jauh. Ayam jugak la yang dilukis mamanya. Cuma ada rupa sikit la.
Cheh. Nak wat macammana, dulu aku tak ambil mata pelajaran lukisan kat sekolah.
Khamis, Jun 28, 2012
Bukan Ronaldo Sahaja Yang Menangis
Sejak Negara Tiga Singa terkeluar dari saingan Euro, Leman dah tak lalu makan. Sedih sangat barangkali pasukan kesayangannya kalah.
"Rileks la Man. Rakyat England pun tak sedih macam engkau. Rooney silap-silap dah bercuti ke Carribean main pasir pantai"
"Aku baru jer beli jersi England. Original lak tu" balas Leman dalam suara yang hiba.
Ahad, Jun 24, 2012
Bola
Pak Jali kira kaki bola juga. Kalau kat warung kedai kopi janda Lijah tu, Pak Jali jadi tukang karut bercerita pasal bola. Yang lain menganga sahaja. Pengetahuan Pak Jali pasal bola tak siapa boleh lawan. Maklumlah, kat kampung tu, hanya Pak Jali pernah main sampai ke peringkat daerah. Masa muda-muda dulu la..
Cuma Euro kali ini, Pak Jali tak berapa layan. Iyalah perlawanan awal pagi. Mana larat Pak Jali nak bangun malam. Mata pun tak berapa nak terang nak menonton tv. Jadi, untuk edisi Euro, anak-anak mudalah yang ambil giliran tukang buka cerita.
"Euro kali ini tak menarik macam dulu. Dulu-dulu ada Maradona dengan Pele" sampuk Pak Jali.
Mulai hari itu, ramai juga yang sangsi dengan fakta bola Pak Jali.
Jumaat, Jun 22, 2012
Kurus
Setelah bertahun mencuba, akhirnya dia berjaya juga. Hari ini dia bukan lagi Din Gendut.
"Apa rahsia kau Din" tanya kawan-kawannya. Mereka tahu Din banyak amalkan diet pelangsing badan. Bermacam produk dia cuba. Dah bermacam jenis pil dia telan. Berbaloi juga, Din kelihatan lebih kurus hari ini berbanding setahun yang lalu.
Din cuma diam. Perlu kah dia berkongsi rahsia dengan kawan-kawannya.
Sebenarnya, Din kembali kurus setelah banyak kali terpaksa menahan lapar dek tiada duit belanja hatta untuk membeli sarapan. Ribuan duit simpanannya telah dihabiskan untuk membeli pelbagai produk pelangsing badan sepanjang 3 tahun ini.
Rabu, Jun 20, 2012
Karipap dan Seri Muka
"Err..kita dah boleh mula kot. Semuanya dah ada kan. Siapa yang tak ada" kata pengerusi majlis.
Suasana sepi seketika. Mujur juga. Kalau ada suara ghaib yang tiba-tiba berkata "Maaf. Saya tak hadir", harus aku cabut lari.
Suasana sepi seketika. Mujur juga. Kalau ada suara ghaib yang tiba-tiba berkata "Maaf. Saya tak hadir", harus aku cabut lari.
Sabtu, Jun 16, 2012
Selamat Hari Bapa
GULP!
Tidak seperti bapa yang lain, Asrul gelisah tatkala menerima mesej ucapan selamat hari bapa dari teman wanitanya.
Sabtu, Jun 09, 2012
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Hujung minggu, Ayu balik kampung lagi. Kata maknya, ada orang nak datang merisik. Mak Ayu turut berpesan jangan lupa bawa balik baju kurung dan tudung.
Hari merisik, Ayu sibuk berdandan dari pagi. Ayu nampak cantik sekali. Cukup sempurna untuk buat mana-mana lelaki jatuh cinta. Mak Ayu tak kurang juga sibuknya. Dari pagi mak Ayu sudah mula memasak bermacam hidangan. "Lepas ni, kamu kena belajar memasak. Nak pikat suami, kena pikat perutnya" pesan mak Ayu tatkala Ayu datang menjengah ke dapur untuk bertanyakan pendapat maknya tentang penampilannya. Bukan tak nak tolong emaknya memasak, tapi Ayu hanya tahu bancuh kopi. Lagipun kukunya baru sahaja digilap awal pagi.
Ayu lega. Segalanya tampak berjalan dengan lancar. Bakal keluarga mertuanya juga nampak selesa dan berkenan sekali dengan perwatakannya. "Cantik, berpelajaran dan pandai memasak", puji mereka.
"Pandai betul Ayu masak. Sedap. Dah lama tak makan masakan kampung macam ni" puji bakal bapa mertuanya. Masakan tidak dipuji begitu, 3 kali juga ditambah nasi sampai sebu perut.
Ayu pantas memahami ketidakselesaan bakal bapa mertuanya yang terlalu kekenyangan itu. "Nanti saya buatkan teh halia. Mak kata, elok untuk buang angin dalam badan"
Di dapur Ayu tercari-cari teh halia pra campuran. Ayu kaget. Tak manis pula nak kacau emaknya yang tengah rancak berborak di ruang tamu. Ayu tekad. Bukan susah sangat pun. Bancuh sahaja teh dengan halia.
"Ptuuiiiihhhh" bersembur air teh halia yang diminum bakal bapa mertuanya. Mak Ayu tengok air teh halia yang tumpah lain macam warnanya. Tak seperti selalu.
"Kunyit", terdetik jelas di hati mak Ayu. Petang itu, banyak juga hati yang menjadi sayu. Lebih-lebih lagi hati Ayu. Benarlah, tak kenal maka tak cinta.
Ahad, Jun 03, 2012
Gol Tiang
"Dalam permainan hoki ini. Yang penting adalah fokus yang akan menjamin ketepatan dalam kamu membuat hantaran dan menjaringkan gol", itu pesan cikgu Arsyad pada sesi pertama pembentukan pasukan hoki Sekolah Rendah Sultan Ismail 1.
Mulai hari itu, kami berlatih menggunakan tiang gol bola sepak. Iya. Sekolah kami tiada padang khusus untuk hoki. Maka sebelah tiang gol bola kami umpamakan sebagai pintu gol untuk kami. Untuk menjaringkan gol, bola hoki yang dirembat perlu mengena tepat pada tiang gol. Itu adalah antara teknik yang diasah cikgu Arsyad untuk kami fokus.
Mula-mula berlatih, memang susah. Sedangkan pintu gol sebenar yang sedepa luas pun ramai yang tersasar, inikan pula tiangnya sahaja. Benarlah kata pepatah. Benarlatih jadikan kamu sempurna. Pejam mata pun kami masih mampu menghalakan bola tepat menuju ke arah tiang gol. Dengan ketepatan dan kepantasan yang kami miliki, ramai mula menaruh kepercayaan pada kami untuk menjuarai perlawanan peringkat zon nanti. bah. Sejarah bakal berubah. Pasukan sekolah kami bukan lagi tercorot dalam sukan hoki.
Hari yang mendebar itu tiba juga. Kami yakin boleh bergelar juara. Gol lawan akan kami bolosi dari minit pertama. Fokus. Itu pegangan kami.
Tapi terlalu yakin tidak elok sebenarnya. Hari itu bukannya hari bahagia. Sejarah kadang-kadang perlu diyakini dan diambil iktibar juga. Tiada kisah ceria untuk dikenang. Pasukan kami pulang awal. Pasukan lawan lebih banyak membolosi gol kami.
Kami???? Bola banyak menghala ke tiang berbanding menuju ke gawang gol. Cheh.
Selasa, Mei 29, 2012
Cerita Bobby
Namanya
Bobby. Entahkan nama betul atau samaran ia sendiri tak pasti. Tapi setiap kali
nama Bobby dipanggil ia pasti muncul. Kadang-kala ia tersalah duga juga.
Rupanya ada juga anjing lain yang pakai nama Bobby. Pernah juga ia terfikir
untuk menukar nama yang lain. Bobby terlalu klise. Jenuh juga ia cuba
memikirkan nama yang lain, tapi tiada yang bersesuaian. Sekurang-kurangnya
Bobby lebih elok berbanding di panggil babi. Sebab pernah juga dilihat tuannya memanggil kawan-kawan lain
dengan jeritan "Hoi babi".
Bukan
nama sahaja yang membuatkan Bobby pening. Yang lebih utama, sikap tuannya yang
suka membaling kayu jauh-jauh dan mengarahnya untuk mengutip kembali. Dan
apabila dipulangkan, kayu itu dibaling semula. Kali ini lebih jauh lagi. Macam
dejavu. Entah apa yang seronoknya permainan ini, ia sendiri tidak pasti. Yang
ia tahu, ia cukup letih membuat kerja tidak berfaedah ini.
Petang
itu, suhu mencecah 34 darjah selsius. Bobby tak tahu tahap kepanasan suhu itu
jika dibandingkan dengan suhu di padang pasir. Yang pasti, petang itu cukup
untuk membuatkan kanak-kanak malah orang dewasa yang baru belajar berpuasa
memasang niat untuk meneguk air paip di tandas. Angin langsung tak bertiup.
Tiada awan. Sinaran matahari sampai terus ke bumi tanpa tapisan.
Petang
itu juga, tuan Bobby membawanya ke taman. Dan seperti biasa, adegan
baling-kejar-kutip-bawa balik-baling-kejar-kutip-bawa
balik-baling-kejar-kutip-bawa balik- baling-kejar-kutip-bawa balik berlangsung
berkali-kali di bawah suhu 34 darjah selsius itu. Dan pada balingan akhir......
"Geram
sangat. Aku gigit la tuan aku tu. Tak tahu ker kita ni penat. Bukan nak kasi
air pun" ujar Bobby ketika menceritakan saat terakhir dia dijadikan anjing
peliharaan sebelum dibuang sebagai anjing gelandangan.
Ahad, Mei 27, 2012
10 Ciri Wanita Idaman Hati.
Melissa tampak anggun. Macam selalu. Hari ini dia ada temu janji lagi. Juga macam selalu. Sejak dia menyertai forum laman mencari jodoh, dia kerap keluar bersama 'kawan yang pasang impian nak jadi teman hidup'.
Melissa memang cantik. Berkerjaya. Tinggi. Berkulit cerah. Bermata redup. Rambut lurus melepasi paras bahu. Bibir merah yang seringkali menguntum senyum. Itu yang ditulis pada keterangan diri di laman mencari jodoh. Melissa tidak tipu. Dia memang cantik. Hampir setiap 'kawan yang pasang
impian nak jadi teman hidup' yang keluar dengannya mengungkap perkara yang sama. Tak kurang yang mendambakan cintanya.
Cuma Melissa. Yang masih belum bersetuju. Menyerahkan hati dan jiwa. Dia masih mencari 'si dia' yang sesuai. Cuma dia sendiri tidak tahu bagaiamana lelaki yang dicarinya.
Hari ini. Melissa ke sesi temujanji lagi. Di restoran kopitiam di ibu kota. Pasangan temujanjinya Ameer, seorang duda. Mungkin pengalaman Ameer yang pernah jadi suami membuatkan perkenalan mereka yang singkat menjadi selesa. Ameer begitu bersahaja. Tidak gelojoh seperti 'kawan yang pasang impian nak jadi teman hidup' yang pernah keluar dengan Melissa. Melissa dapat merasakan Ameer adalah 'si dia' yang dia cari. Yang ditunggu bertahun lamanya.
Ameer terus menambat hati Melissa dengan kisah jenakanya. Dalam situasi yang serius pun, Ameer cukup kelakar pada pandangan Melissa. Yang seringkali buat dia tak kering gusi. Melissa ketawa terbahak-bahak biarpun cuba menutup mulut dengan tangan setiap kali ingin tertawa. Kemuncaknya, Melissa terkentut dek senak perut menahan keletah Ameer.
Suasana hening seketika sebelum Melissa kembali bersuara, "Maaf, saya tak sengaja".
Ameer yang kagum dengan keikhlasan Melissa bersikap tenang seperti biasa "Eh, tak mengapa. Lagipun bau kentut awak wangi dan manis sekali".
..........................
Malamnya. Ketika melayari laman mencari jodoh. Melissa meminda profailnya. Dia menambah satu lagi daya tarikan miliknya yang baru disedarinya. Melissa gembira. Dia dah jumpa ciri kesepuluh yang menjadi pelengkap kepada 10 perkara menarik tentang dirinya.
10. KENTUT WANGI DAN MANIS. SEDIA UNTUK DIKONGSI.
Rabu, Mei 23, 2012
Siri Pesanan Masyarakat " Jangan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, Bai"
"Hey, orang perempuan pun tak bawa kereta macam engkau tau. Patuh sangat dengan peraturan lalu lintas. Kau tahu maksud pemanduan berhemah. Bukan bawa kereta tak melebihi had laju, tapi perlu tahu bila nak ikut peraturan, bila kau boleh langgar peraturan" ujar Black.
"Di KL ni, kalau kau memandu ikut peraturan, engkau tak akan sampai pada waktu yang sepatutnya' tambah Black lagi.
Seman cuma diam. Seman ini memang lurus bendul. Tak berani membantah. Tak berani mengingkari. Lagipun Seman tak ada duit nak bayar saman nanti.
Usai mesyuarat larut malam (MLM) mereka, Black pulang terus ke rumahnya. Proton Prevenya meluncur laju memasuki jalan besar Sg Buloh Kuala Selangor.
"Ini kalau Seman ni mesti berhenti ni" getus hati Black tatkala melihat lampu isyarat di hadapan kawasan murid melintas bertukar merah.
"Siang hari ada la budak sekolah nak melintas kat sini. Tengah malam ni siapa la yang nak guna. Entah lampu isyarat ni rosak kot". Black terus memecut laju keretanya tanpa tanda ingin berhenti.
.........................
Muka hadapan Harian Metro keesokannya melaporkan sebuah Proton Preve terbabas masuk ke longkang. Ada kesan kemek di bonet depan. Tiada siapa tahu bagaimana kesan kemek itu wujud. Tiada tanda pelangggaran. Black... dia masih belum sedarkan diri lagi.
................................
Seminggu sebelum itu, akhbar sama melaporkan kisah langgar lari membabitkan murid darjah dua yang sedang melintas jalan. Murid itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Khamis, Mei 03, 2012
Buku, Dunia Tanpa Sempadan
"Haih...banyak borong. Tak tahu pulak kamu suka membaca". Mak Uteh kagumbercampur hairan melihat anak lelakinya itu bertukar hobi pula. Baguslah. Cuma kalau masa sekolah dulu rajin membaca macam ni dah tentu jadi doktor.
Man cuma diam. Mungkin fikiran dan kudratnya difokuskan kepada timbunan buku dalam beg plastik yang dijinjingnya.
"Alah Mak. Bukan nak baca pun. Abang Man protes sebab tahun ni dia kena bayar cukai. Nak isi borang cukai e-fiiling baru terhegeh-hegeh mintak resit buku padahal surat khabar pun tak pernah beli" sindir Misha isterinya.
Man cuma diam. Mungkin fikiran dan kudratnya difokuskan kepada timbunan buku dalam beg plastik yang dijinjingnya.
"Alah Mak. Bukan nak baca pun. Abang Man protes sebab tahun ni dia kena bayar cukai. Nak isi borang cukai e-fiiling baru terhegeh-hegeh mintak resit buku padahal surat khabar pun tak pernah beli" sindir Misha isterinya.
Isnin, April 30, 2012
Rahsia Pil
Dia dah semakin kurus berbanding setahun yang lalu. Kata ahli keluarga yang lain, dah hampir setahun dia tidak menjamah nasi. Dia banyak menghabiskan masanya dalam bilik bawah tanah itu. Seorang diri sehingga lewat malam. Kadang-kadang sampai ke pagi. Wajah cengkungnya menampakkan tulang pipi kiri dan kanan. Tapi dia masih mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya untuk hari itu.
"Yeaahhh. Akhirnya aku berjaya. Temui formula untuk pil diet. Setahun tak perlu makan. Pil diet ini cukup untuk menahan lapar kamu selama setahun tanpa menjejaskan kesihatan kamu"
Rabu, April 25, 2012
Cerita Makan Aiskrim Berdua
Nella Kuruppiah geram sampai sekarang. "Saya masih ingat lagi peristiwa itu", ujar Nella membuka cerita.
Hari itu cuaca panas terik. Tiada tanda hari mahu hujan. Angin pun seakan merajuk berhenti tidak mahu bertiup. Peluh mula membasahi baju mereka bertiga. Cheh. Entah bagaimana Nella boleh terlupa untuk pakai deodaran hari itu. Jadi tatkala penjual aiskrim bertanya siapa mahukan asikrim percuma, Nella seorang sahaja tidak mengangkat tangan. Biar tekak dan hati berteriak mahukan aiskrim tetapi ego perlu dijaga.
Tidak pula dua kawan karibnya, Nuar dan Shidah. Bukan satu malah kedua-dua tangan diangkat mereka. Tanpa segan silu, segera mereka menyambar dua batang aiskrim Cornetto yang dihulurkan penjual aiskrim. Mereka terus menikmati aiskrim percuma itu tanpa mempedulikan Nella. "Malu tak bertempat" ejek Nuar.
Dari saat itu hubungan mereka bertiga makin renggang. Nella Kuruppiah jelas kecewa dipinggirkan. Bukan kata nak berkongsi, pelawa ajak-ajak ayam pun tidak. Dapat aiskrim, kawan dilupakan.
"Saya masih ingat peristiwa itu. Itu macam ker kawan"
"Err..bagaimana kiranya kamu diajak makan aaiskrim bersama tempoh hari. Apakah kamu masih berkawan" tanya seorang wartawan. Entah dari akhbar mana. Gaya berpakaian dari wartawan yang membuat liputan sukan.
"Itu macam, tajuk kasi tukar Cerita Makan Aiskrim Bertigalah..."
"Err..bagaimana kiranya kamu diajak makan aaiskrim bersama tempoh hari. Apakah kamu masih berkawan" tanya seorang wartawan. Entah dari akhbar mana. Gaya berpakaian dari wartawan yang membuat liputan sukan.
"Itu macam, tajuk kasi tukar Cerita Makan Aiskrim Bertigalah..."
Rabu, April 18, 2012
Tudung
"Isshhh..awak ni. Anak kita tu kan kecil lagi. Biarkan sahajalah. Usah paksa dia. Biar dia bertudung dengan niat ikhlas. Bukan cara paksaan" betah Ida melihatkan suaminya merungut anak gadis mereka tidak suka bertudung.
"Saya bukannya memaksa. Saya cuma nak didik dia. Biasakan dia dengan bertudung sejak kecil lagi" ujar Halim. Dia teringin melihat anaknya belajar menutup aurat sejak kecil lagi.
"Dia kan baru masuk darjah satu. Saya dulu pun kahwin dengan awak baru pakai tudung" tambah Ida.
"Sebab saya tak nak dia jadi macam awaklah saya nak didik dia awal-awal. Ini dah tua-tua, pakai tudung pun tak betul. Tutup rambut tapi tak tutup aurat" balas Halim.
"Eh, awak ni. Kita pula yang disindirnya. Eh. Bukan tugas awak ke nak mengajar saya. Lagipun si Esha tu setakat tak pakai tudung jer. Pemakaian dia yang lain ok jer. Berbaju kurung 24 jam" Ida terasa benar dengan sindiran suaminya. Iyalah, dulu ayahnya tak pernah ambil tahu pun pasal keperluan bertudung ni. Emaknya sendiri sampai sekarang tak pernah bertudung.
"Aku bilal kampung Ida. Malu kalau anak sendiri tak boleh diajar cara tutup aurat mengikut syariat". Ada nada kesal di hati Halim dengan pengakuan itu.
"Ooooo..sebab anak bilal lah dia kena bertudung litup ni. Saya dengar anak Ustaz yang mengajar sebulan sekali kat surau kita tu pun tak bertudung. Anaknya pun baru masuk darjah satu juga. Tak dipaksanya" Ida cuba mengaitkan anak ustaz di kampung itu.
"Ustaz Kemat"
"Aha. Ustaz tu la. Tak percaya abang tanya lah sendiri.
________________________________
(Suatu malam, selepas selesai sesi kuliah bulanan)
"Err..ustaz. Nak tanya sikit boleh. Benar ke anak ustaz yang darjah satu tu pergi sekolah tak pakai tudung. Bukannya apa ustaz, saya tengah nak ajar anak saya yang sorang tu bertudung ke sekolah. Tapi tak mahunya"
"Betullah tu. Anak saya yang darjah satu tu tak pakai tudung ke sekolahnya"
"Eh, boleh ker ustaz. Bukan ker dah jadi kewajipan untuk anak-anak kecil ini menutup aurat"
"Anak saya yang darjah satu tu lelaki. Memang lah tak perlu bertudung"
Halim geleng kepala. Terbayang wajah isterinya yang sering mengumpul cerita dari jiran tetangga hal rumah tangga orang kampung. Ada yang benar. Ada yang lebih sudu dari kuah. Ada yang berunsur fitnah dan dengki sahaja. Cheh. Halim terkena. Percaya tanpa usul periksa.
Jumaat, April 13, 2012
Takut
"Ishhh..awak ni. Asal malam Jumaat jer tengok cerita hantu. Ini semua karut la. Tengok cerita lain la" ujar Pak Man. Pak Man naik menyampah dengan stesen tv sekarang. Entah kenapa malam Jumaat jer tayang cerita hantu.
"Haha. Takut la tu" balas Mak Munah sinis.
Pak Man malas nak layan sindiran Mak Munah. Memang dia takut pun. Pak Man masuk tidur sorang-sorang dulu.
Setengah jam selepas pun. Pak Man terjaga dari tidur sambil berteriak panjang. Mak Munah yang masih leka menonton tv di luar segera berlari masuk ke dalam.
"Kenapa ni bang. Abang mimpi hantu ker. Takut semacam jer"
"Aku mimpi kena patuk ular la" ujar Pak Man sambil mengurut dada. Kali ini Mak Munah pula yang berasa takut.
"Haha. Takut la tu" balas Mak Munah sinis.
Pak Man malas nak layan sindiran Mak Munah. Memang dia takut pun. Pak Man masuk tidur sorang-sorang dulu.
Setengah jam selepas pun. Pak Man terjaga dari tidur sambil berteriak panjang. Mak Munah yang masih leka menonton tv di luar segera berlari masuk ke dalam.
"Kenapa ni bang. Abang mimpi hantu ker. Takut semacam jer"
"Aku mimpi kena patuk ular la" ujar Pak Man sambil mengurut dada. Kali ini Mak Munah pula yang berasa takut.
Isnin, April 09, 2012
Pesanan Khidmat Masyarakat "Jangan Layan SMS Masa Memandu"
"Saya tak percaya awak sanggup kata begitu pada saya. Saya rasa malu. Dihina sebegitu rupa. Kalau dah tak suka, tak mengapa. Tak perlulah nak memburukkan saya" ujar Melisa dalam sendu. Hatinya benar-benar terhiris dengan kata-kata Usama.
"Ini semua salah faham. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Dan tak mungkin saya akan berbuat begitu" balas Usama membela diri. Dia sendiri kurang faham entah mengapa Melisa tiba-tiba melenting.
"Awak memang tak sukakan saya kan. Mentang-mentang badan saya tidak seramping artis pujaan awak. Awak panggil saya macam-macam" bentak Melisa.
"Sayang. Saya kata awak macam baby sebab saya maksudkan awak comel, kiut, gebu. Cuba tengok baby, semuanya comel-comel belaka dan disukai ramai" Usama cuba memberikan penjelasan.
"Oooo..sekarang awak cakap comel macam baby. Kat sms, awak tulis comel macam babi. Huhuhu" Melisa terus meraung.
Usama buka semula peti pesanan keluar di telefon bimbitnya. Aiseh. Usama tepuk dahi.
"Ini semua salah faham. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Dan tak mungkin saya akan berbuat begitu" balas Usama membela diri. Dia sendiri kurang faham entah mengapa Melisa tiba-tiba melenting.
"Awak memang tak sukakan saya kan. Mentang-mentang badan saya tidak seramping artis pujaan awak. Awak panggil saya macam-macam" bentak Melisa.
"Sayang. Saya kata awak macam baby sebab saya maksudkan awak comel, kiut, gebu. Cuba tengok baby, semuanya comel-comel belaka dan disukai ramai" Usama cuba memberikan penjelasan.
"Oooo..sekarang awak cakap comel macam baby. Kat sms, awak tulis comel macam babi. Huhuhu" Melisa terus meraung.
Usama buka semula peti pesanan keluar di telefon bimbitnya. Aiseh. Usama tepuk dahi.
Jumaat, April 06, 2012
Kasih Bumi
"Engkau tak sedar ker. Bumi kita dah makin tua. Dah tak sekuat dahulu. Sumber asli dari perutnya juga kian habis digali"
"Aku tahu.Tapi aku nak buat apa"
"Sekurang-kurangnya kau sokong lah kempen Earth Hour tu. Setakat sejam bergelap tak kan tak boleh" bentak cengkerik pada kunang-kunang yang enggan matikan 'cahaya'nya malam itu.
"Aku tahu.Tapi aku nak buat apa"
"Sekurang-kurangnya kau sokong lah kempen Earth Hour tu. Setakat sejam bergelap tak kan tak boleh" bentak cengkerik pada kunang-kunang yang enggan matikan 'cahaya'nya malam itu.
Rabu, April 04, 2012
Selasa, April 03, 2012
Isnin, April 02, 2012
Pengantin 1 April
"Awak. 1 April ok tak . Hari Ahad tu."
"Tak nak lah. Awak selalu kenakan orang dengan jenaka April Fool. Nanti awak kenakan saya juga"
"Isshh.. itu main-main ajer. Ini perkara serius ni. Nak tunggu bila lagi"
"Baik. Tapi jangan tipu saya tau"
"Iyer... Kalau tak percaya ambil kapak belahlah dada. Dah tertulis dalam hati ini. 1 April kita kahwin"
..................
Munah dah gelisah. Berkali-kali dia dail nombor telefon bimbit Aman. Tidak berjawab. Munah tinggalkan mesej. Tapi tiada balasan. Munah mula menangis ketakutan.
Setengah jam berlalu. Telefon bimbit berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk. "APRIL FOOL". Hanya itu yang tertera di skrin. Dan teriak Munah makin kuat dan berpanjangan.
Dalam getar suara kesedihan dan kemarahan, ayah Munah bersalaman dengan imam sambil memohon kemaafan. Hajat yang tidak kesampaian.
...........
Di sudut yang lain di kota yang sama, Aman sedang leka layan playsation. Sesekali dia tersenyum kenangkan mesej dari Munah. "Haha. Aku dah dapat apa yang aku nak. Buat apa nak kahwin lagi. Kalau aku boleh dapat. Orang lain apatah lagi".
Banyak kali juga Aman kenakan orang dengan jenaka April Fool. Tapi ini paling tragis. Dia sebenarnya pun tak tahu entah mana datangnya ciptaan permainan bernama April Fool ini. Tapi dia seronok sekali mempermainkan orang dengan alasan April Fool ini.
Loceng apartment Aman berbunyi. "Cantekkk. Pizza dah sampai. Cepat juga diaorang hantar. Baru jer order". Aman berjalan laju ke arah pintu.
"Awak Munah. Buat apa...." belum sempat Aman habiskan ayatnya, tangan kiri Munah dah menghayunkan sebilah pisau tepat ke perut Aman. Tusukan diulang bertalu-talu.
Aman tersungkur di depan pintu apartmennya. Baju pengantin Munah warna putih merah disimbahi darah. Munah pandang Aman yang mengerang kesakitan tanpa rasa kasihan lagi. "Jangan mempersendakan April lagi bila kebodohan itu datang dari awak sendiri"
Khamis, Mac 29, 2012
Seterika Anti Lekat
"Senang guna seterika anti lekat ni. Masih berat tapi laju jer ia menggelungsur bila seterika baju"
Biasalah adat meminjam. Kena puji barang depan tuannya. Tapi seterika tu memang terbaik. Di asrama, seterika tergolong dalam barang 'haram'. Macam walkman. Kalau kena tangkap bawa seterika sendiri kena rampas. Entah tang mana 'haramnya' aku tak tahu. Mungkin sebab kadar beban penggunaan elektrik yang tinggi menyebabkan ia dikawal. Hanya boleh guna seterika di bilik khas seterika sahaja. Itu pun ada 3 biji. Kalau kau bangun jam 3 pagi boleh lah kau nak guna dengan senang. Adik-adik di tingkatan bawah gemar gosok baju pada waktu awal pagi macam ni. Elak berebut dengan abang-abang yang suka 'cilok kat selekoh' atau lebih teruk lagi diminta gosokkan sekali baju abang-abang yang ada hati nak pakai kemas-kemas nak 'tekel' makwe tapi malas nak gosok baju.
Mujur bilik kami ada Azmin. Anak orang berada. Dan dia tak kedekut pun pasal hal pinjam meminjam ni. Pernah kami doakan dia agar menjadi Pengurus Bank, tapi nampaknya doa kami tak makbul mungkin sebab niat kami tak betul.
Berbanding pencipta seterika anti lekat ni, aku kagum lagi pada Lan. Satu hari, Lan terlambat untuk bersarapan. Dia pinjam seterika untuk masak telur mata. Elok jer hasilnya. "WOW", kami jerit kagum.
Azmin tak kisah pun Lan pelbagaikan kegunaan seterika anti lekatnya. Lepas Lan masak telur mata guna seterika, Azmin gosok seluar dalamnya yang basah. Macam selalu.
"Aisehh, aku lupa basuh la spender. Nak pakai pagi ni baru teringat tak ada yang bersih dah"
Lan buat pandang tempat lain masa Azmin jalankan misinya.
Jumaat, Mac 23, 2012
Nasi Dah Jadi Bubur
Pelik juga pepatah ni. Sebab bila aku nak masak bubur. Selalunya jadi nasi. Nasi hangit. Belum pernah lagi masak nasi menjadi bubur pulak. Ilmu masakan memang tak cukup tinggi lagi ni.
Selasa, Mac 20, 2012
AWAK III
Penat berlari mengejar kamu
Tunggulah dahulu
Hanya ingin satu saat dalam hidupmu
Meluahkan rasa isi hatiku
Jumaat, Mac 09, 2012
Berudu
"Mat. Nanti pergi cari lagi berudu nak" tegur Ah Seng bersahaja.
"Berudu. Buat apa?" Aku dah pelik. Buang tebiat apa Ah Senga ajak cari berudu.
"Aiyaa. Makan laa. Manyak syok wooo..." balas Ah Seng bersungguh-sunguh sambil tepuk perut.
"Huissshhhhh. Gila apa nak makan berudu Seng. Banyak lagi benda lain boleh makan" balas aku sambil membeliakkan mata.
"Hey kawan. Itu hari awak juga yang ajar saya makan. Sekarang saya sudah jatuh cinta sama itu berudu" Ah Seng cuba mempertahankan hujahnya.
"Bila pulak aku ajarnya. Mengarut betullah" Geli geleman tekak aku bila dia sebut aku yang mengajarnya makan berudu.
"Itu hari maa. Itu makan cicah sama itu ikan rebus. Berudu kan" kata Ah Seng penuh yakin.
"Cheh. Budu la Seng. B.U.D.U. Bukan Berudu"
"Berudu. Buat apa?" Aku dah pelik. Buang tebiat apa Ah Senga ajak cari berudu.
"Aiyaa. Makan laa. Manyak syok wooo..." balas Ah Seng bersungguh-sunguh sambil tepuk perut.
"Huissshhhhh. Gila apa nak makan berudu Seng. Banyak lagi benda lain boleh makan" balas aku sambil membeliakkan mata.
"Hey kawan. Itu hari awak juga yang ajar saya makan. Sekarang saya sudah jatuh cinta sama itu berudu" Ah Seng cuba mempertahankan hujahnya.
"Bila pulak aku ajarnya. Mengarut betullah" Geli geleman tekak aku bila dia sebut aku yang mengajarnya makan berudu.
"Itu hari maa. Itu makan cicah sama itu ikan rebus. Berudu kan" kata Ah Seng penuh yakin.
"Cheh. Budu la Seng. B.U.D.U. Bukan Berudu"
Selasa, Mac 06, 2012
Sabtu, Mac 03, 2012
Sayang Sampai Hilang.
"Dah tak ada kertas lain ker engkau nak jadikan bungkusan nasi lemak tu. Punya la aku simpan elok-elok akhbar jawi tu dalam stor, itu juga yang engkau ambil" bentak Lebai Kasim melihat Manisah, anak daranya mengunakan akhbar kesayangannya sebagai bungkusan luar nasi lemak daun pisang yang dijual. Lebai Kasim tahu, surat khabar lama tulisan rumi yang biasa digunakan Manisah sebelum ini dah habis. Itu yang agaknya Manisah gunakan akhbar jawi dalam stor. Lebai Kasim juga tahu, nasi lemak yang dibuat anaknya itu sedap dan jadi bualan penduduk kampung. Dia bangga dengan air tangan anaknya yang mewarisi bakat arwah isterinya. Tapi kenapa akhbar jawi itu yang digunakan jadi pertikaian Lebai Kasim pagi itu.
"Bapak bukanya apa. Tulisan jawi makin lama makin pupus. Kat kampung kita ni pun, mana aa anak muda yang boleh baca jawi dengan lancar. Yang tua pulak dah tak minat. Nak beli pun kena ke pekan baru ada. Itu yang bapak simpan elok-elok. Untuk anak-anak dan cucu-cucu bapak. Ini warisan kita orang Melayu ni. Tapi senang-senang engkau guna buat bungkus nasi lemak"
Lebai Kasim pantang benar akhbar tulisan jawinya diusik. Baginya ia warisan yang perlu dipelihara dan diangkat ke tahap yang lebih tinggi. Bukan sekadar menjadi pembungkus nasi lemak.
Tengah ahri itu juga, Lebai Kasim pergi kedai Ah Tong. Lebai Kasim tengok ada banyak longgokan surat khabar bahasa Inggeris di belakang kedai Ah Tong. Lebai Kasim terfikir untuk beli dari Ah Tong untuk kegunaan Manisah membungkus nasi lemak.
"Aiyaa..Lebai. Itu surat khabar The Sun saya dapat percuma juga. Hari-hari pergi pekan isi minyak mesti saya ambil punya satu woo.. Lebai angkat sahaja berapa banyak mau. Lain kali sudah habis boleh datang angkat lagi" balas Ah Tong bila Lebai Kasim suarakan tentang longgokan akhbar Inggeris itu.
Mulai hari itu, nasi lemak Manisah berbungkus surat khbar Inggeris. Dan nasi lemaknya saban tahun makin laku.
Di kantin sekolah, murid-murid berebut nak beli nas lemak Manisah. Sedap satu perkara. Satu perkara lagi yang tak pernah disedari oleh Manisah ialah kerana bungkusan dari akhbar bahasa Inggeris itu. Bukan senang anak-anak kampung itu berpeluang nak baca akhbar bahasa Inggeris. Sekarang dah macam dua dalam satu. Sambil makan boleh baca akhbar Inggeris. Mula-mula tak tahu, lama-lama seronok juga jadinya. Secara tak langsung minat untuk pelajari Bahasa Inggeris meningkat.
Akhbar jawi Lebai Kasim tersusun rapi dalam stor. Tiada siapa yang berani menyelongkarnya. Dan ia terus kekal begitu. Lebai Kasim bangga punya koleksi warisan bangsa. Namun, jauh di sudut hatinya timbul rasa sedih. Minat dan kemahiran membaca jawi semakin hilang.
Ahad, Februari 26, 2012
Cek Cinta
"Saya kenal sangat dengan orang seperti kamu ini. Nah. Ambil cek ini. Dah tertulis nama kamu pun. Sulaiman bin Azlan. Jangan kau jumpa lagi dengan Adila. Aku nak kau hilang dari hidupnya" ujar Dato' Rashid dengan tegas.
"Tapi...." Sulaiman cuba membalas tapi dijerkah Dato' Rashid.
"Kenapa. Tak cukup. Hey, berapa yang kamu mahu anak muda. Berapa harga cinta kamu pada anak aku. Aku boleh beli dan bayar harga yang kau minta asalkan Adila kau tinggalkan"
"Sebenarnya Dato',...." Sulaiman cuba bersuara. Menjelaskan situasi yang sebenarnya tetapi tidak diendahkan Dato' Rashid. Dato' Rashid tetap dengan keputusannya. Itu yang terbaik buat Adila. Bukan dengan Sulaiman, pemuda kampung yang tidak berpelajaran dan tiada pekerjaan tetap. Di bandar besar ini, duit lebih besar dari cinta dalam mencorakkan kebahgiaan hidup..
"Demi masa depan Adila, ambillah cek itu dah lupakan dia" rayu Datin Munah yang dari tadi hanya diam melihat suaminya berurusan dengan Sulaiman.
"Saya tak punya akaun bank. Macam mana saya nak tunaikan cek ini. Dato' bagilah wang tunai sahaja" balas Sulaiman sambil memulangkan cek berpalang itu.
Rabu, Februari 08, 2012
Rahsia Diari Biru XI : Dan Bila Kau Kata Tidak
Hati ini mulai retak
Membentuk keping-keping kecil
Yang terlerai satu persatu
Menunggu dikutip
Selasa, Januari 31, 2012
Hari Ke Tiga Puluh: Amalan Sebelum Masuk Tidur
"Sebelum masuk tidur, bawa Husna kencing dulu. Nanti kencing atas tilam, susah pula nak kena cuci" pesan Awek Che'gu.
Dah larut malam, Husna mengamuk bila diajak ke bilik air. Mengantuk sangat barangkali. Aku tak paksa sangat. Sebab mata sendiri pun dah tak larat nak buka.
Awek Che'gu berleter lagi. Tapi kami dah hanyut dibuai mimpi.
Awal pagi. Aku bangun. Alih bantal, gulung cadar dan tandakan kawasan yang basah.
"Hah, Husna kencing lagi la tu. Kan dah pesan malam tadi" kata Awek Che'gu.
"Bukan Husnalah" balas aku pendek.
Dah larut malam, Husna mengamuk bila diajak ke bilik air. Mengantuk sangat barangkali. Aku tak paksa sangat. Sebab mata sendiri pun dah tak larat nak buka.
Awek Che'gu berleter lagi. Tapi kami dah hanyut dibuai mimpi.
Awal pagi. Aku bangun. Alih bantal, gulung cadar dan tandakan kawasan yang basah.
"Hah, Husna kencing lagi la tu. Kan dah pesan malam tadi" kata Awek Che'gu.
"Bukan Husnalah" balas aku pendek.
Ahad, Januari 22, 2012
Hari Ke Dua Puluh Dua : Limau
"Banyak sangat makan limau nie. Sakit perut nanti" ucap Hussin sambil mengupas kulit limaunya yang entah ke berapa pagi itu. Yang pasti, sarapan mereka pagi itu cuma limau sahaja.
"Sekali sekala jer. Masa Tahun Baru Cina ni la mudah nak dapat limau. Kau ambil banyak pun orang tak kesah" sampuk Mail, yang berhenti seketika makan limau untuk menghisap rokok pula. Banyak sangat dia makan limau sampai asap rokok yang keluar dari mulutnya pun ada bau limau.
Jali, yang jadi 'pembekal' limau untuk mereka pagi itu hanya diam. Limau pun dia tak sentuh banyak. Mungkin Jali ada banyak lagi stok limau. Apa nak hairan.
.............................
Malamnya. Hussin dan Mail sakit perut. Memulas-mulas. Cuma Jali yang nampak 'steady'.
.............................
"Limau tu, aku ambil dekat tokong cina simpang jalan besar. Dah banyak hari aku tengok tak bersentuh pun limau tu" ucap Jali perlahan, ketika ditanya tentang 'bekalan limau' di pagi hari.
Khamis, Januari 19, 2012
Hari KeSembilan Belas :
"Aahh... tak kena lagi"
Dah masuk 3 hari. Umpan dipasang hilang tapi yang ingin dijerat tidak dapat diperangkap. Sangkar kosong. Perangkap kekal keadaannya sepertimana dipasang. Tak terusik. Seolah tak pernah dimasuki perangkap sangkar itu. Cuma umpannya sudah dilarikan. Tanpa jejak.
Boleh tahan cerdik juga tikus kat kawasan ni. Mungkin dah biasa dengan helah perangkap sangkar besi. Dah terlatih bagaimana nak meragut umpan tanpa dijerat.
Macam biasa. Aku cuma termenung menggaru kepala melihat perangkap tanpa hasil jerat.
..................................................
"Ikan goreng ni terlebih kunyit la. Kuat sangat rasa kunyitnya" getus Bulat.
Bulat, si tikus kecil sendawa besar selepas menghabiskan hidangan makan lewat malamnya. Dah 3 hari ia tak perlu bersusah payah menyelongkar tong sampah atau rak dapur mencari sumber makanan. Ia cuma perlu menunggu perangkap dipasang. Dalam kesempitan ia tahu di situlah wujudnya kesempatan. Menangguk di air keruh. Ia cuma perlu lebih berhati-hati. Ia arif benar dengan muslihat perangkap itu. Tak mungkin ia jatuh ke lubang sama dua kali.
...................................................
"Auuchhhhhhh"
Kena lagi. Tiap kali nak pasang perangkap. Sangkutkan lebihan lauk pada cangkuk umpan pasti dia tersilap. Dan perangkap tertutup dengan rapat dan kuat. Bukan main sakit tangan yang terjerat.
Si mangsa tak pernah kena. Sang pemangsa yang asyik terjerat sendiri nampaknya.
Macam biasa, awek che'gu senyum mengekek.
Isnin, Januari 16, 2012
Hari Ke Enam Belas: Rahsia Diari Biru IX
Sungguh kuat rindu ini
Untuk bertemu dan menatap wajahmu
Namun
Ku hanya mampu
Merenung ke arah atap genting rumahmu
Sedang mulut terkunci malu
Sihir apa yang kau kenakan
Jampi apa yang kau bacakan
Hidup ini keruan
Bayang-bayang kamu melingkari fikiran
Setiap detik setiap masa setiap kali matahari berganti bulan
Hei perempuan sihir
Hentikan senyuman godamu
Hentikan bicara manismu
Hentikan santun tingkah lakumu
Hulurlah tangan
Sambut hati ini
Sambut jiwa ini
Sambut cinta ini
Yang kupersiapkan
Ikhlas untukmu
- Mat Bon-
Untuk bertemu dan menatap wajahmu
Namun
Ku hanya mampu
Merenung ke arah atap genting rumahmu
Sedang mulut terkunci malu
Sihir apa yang kau kenakan
Jampi apa yang kau bacakan
Hidup ini keruan
Bayang-bayang kamu melingkari fikiran
Setiap detik setiap masa setiap kali matahari berganti bulan
Hei perempuan sihir
Hentikan senyuman godamu
Hentikan bicara manismu
Hentikan santun tingkah lakumu
Hulurlah tangan
Sambut hati ini
Sambut jiwa ini
Sambut cinta ini
Yang kupersiapkan
Ikhlas untukmu
- Mat Bon-
Selasa, Januari 10, 2012
Hari Kesepuluh: Kata Kunci
Leman menyelak langsir bilik hotelnya. Cantik sungguh. Pemandangan yang mengadap Piramid Giza menggamit memori manisnya tika mula-mula mengenal cinta dahulu. Di situlah berputiknya. Pasir-pasir halus jadi saksi.
Leman capai telefon bimbit. Dia mendail nombor sama yang sering dipanggilnya 10 tahun ini.
"Sayang dah sampai ke" ucap satu suara di hujung corong. Bunyinya penuh kerinduan. Berjauhan ditinggalkan sementara.
"Aha. Baru daftar masuk hotel. Err.. apa kata kunci nak buka beg abang ni. Lupa la" balas Leman.
"Senang jer. Saya letak tarikh lahir saya" balas suara di hujung corong. Kali ini ada gaya manja.
"Errr.. tarikh lahir awak 24 ker 28 hb yer. Saya lupa la" ucap Leman teragak-agak.
Talian terus terputus. Leman garu kepala.
Leman capai telefon bimbit. Dia mendail nombor sama yang sering dipanggilnya 10 tahun ini.
"Sayang dah sampai ke" ucap satu suara di hujung corong. Bunyinya penuh kerinduan. Berjauhan ditinggalkan sementara.
"Aha. Baru daftar masuk hotel. Err.. apa kata kunci nak buka beg abang ni. Lupa la" balas Leman.
"Senang jer. Saya letak tarikh lahir saya" balas suara di hujung corong. Kali ini ada gaya manja.
"Errr.. tarikh lahir awak 24 ker 28 hb yer. Saya lupa la" ucap Leman teragak-agak.
Talian terus terputus. Leman garu kepala.
Ahad, Januari 08, 2012
Jumaat, Januari 06, 2012
Hari Keenam: Graduasi
Seluruh komuniti bergembira. Mereka bagaikan berpesta meraikan kemenangan. Inilah saat yang ditunggu. Bertahun lamanya hidup menanggung malu.
Biar tiada yang menduga. Malah banyak yang mencela, namun dek keberanian serta semangat kecintaan pada ilmu, ia berjaya dibuktikan.
"Hari ini, anak-anak kita berjaya buktikan bangsa tikus bukanlah perosak labu. Saya percaya suatu hari nanti, kita berupaya membaiki ddan menyelenggara sesuatu yang lebih besar, mesin basuh misalnya" ucap ketua komuniti tikus, di hari graduasi pengajian Diploma Membaiki Labu.
Iya. Percaya asas untuk kamu berjaya.
Biar tiada yang menduga. Malah banyak yang mencela, namun dek keberanian serta semangat kecintaan pada ilmu, ia berjaya dibuktikan.
"Hari ini, anak-anak kita berjaya buktikan bangsa tikus bukanlah perosak labu. Saya percaya suatu hari nanti, kita berupaya membaiki ddan menyelenggara sesuatu yang lebih besar, mesin basuh misalnya" ucap ketua komuniti tikus, di hari graduasi pengajian Diploma Membaiki Labu.
Iya. Percaya asas untuk kamu berjaya.
Rabu, Januari 04, 2012
Hari Keempat: Orientasi Tadika
"Senang sahaja ni. Lagipun setakat budak berumur 4 tahun, kalau diajak bermain pasti mereka suka. Tak perlu bebankan sangat dengan penguasaan ilmu dunia ni" getus Atikah.
Atikah bertekad, nak terapkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang santai di Tadika Mesra ni. Sesuai dengan nama tadika tempat dia bekerja. Walaupun ini kali pertama dia bekerja sebagai guru tadika, dia yakin benar akan kebolehan diri. Dah seminggu dia latihkan diri menghafal segala bentuk lagu dan permainan tradisional kanak-kanak.
Atikah bertekad, nak terapkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang santai di Tadika Mesra ni. Sesuai dengan nama tadika tempat dia bekerja. Walaupun ini kali pertama dia bekerja sebagai guru tadika, dia yakin benar akan kebolehan diri. Dah seminggu dia latihkan diri menghafal segala bentuk lagu dan permainan tradisional kanak-kanak.
Atikah lupa. Kanak-kanak bukan senang nak diduga. Sukar juga dia nak kawal keadaan kelas bila masing-masing dah buat perangai masing-masing. Ada yang masih menangis di tinggalkan ibu bapa, ada yang mengantuk mengharapkan ada bantal disorongkan, ada yang dah berani mengusik kawan, ada yang kerap kali minta dibawakan ke bilik air.
Plan B. Atikah cuba menarik perhatian kanak-kanak ini dengan mengajak mereka bermain sambil menyanyi.
"Haa.. siapa nak main enjit-enjit semut"
Diam.
"Tom-tom bak"
Diam.
"Nenek kebayan"
Diam.
"Err... kamu semua nak main apa"
"Angry birds....." jawab mereka serentak.
Ahad, Januari 01, 2012
Hari Pertama : Azam
Sayup-sayup kedengaran azan. Zin buka mata. Perlahan-lahan penuh kemalasan. Dia teringat akan azam tahun barunya. Untuk tidak lengahkan ibadah solat lagi. Dia mahu solatnya sempurna. Cukup setiap waktu. Tiada lompang-lompang macam dahulu.
Zin kerling jam di dinding. Dah pukul 1 lebih. Zin tepuk dahi. Balik dari sambutan ambang tahun baru, Zin hanya tidur bila jam tunjuk pukul 2 pagi. Zin buka mata bila matahari dah meninggi. Azam pertama Zin berkecai. Subuh tadi dia lena diulit mimpi.
Zin kerling jam di dinding. Dah pukul 1 lebih. Zin tepuk dahi. Balik dari sambutan ambang tahun baru, Zin hanya tidur bila jam tunjuk pukul 2 pagi. Zin buka mata bila matahari dah meninggi. Azam pertama Zin berkecai. Subuh tadi dia lena diulit mimpi.
Langgan:
Catatan (Atom)