Jumaat, Januari 06, 2012

Hari Keenam: Graduasi

Seluruh komuniti bergembira. Mereka bagaikan berpesta meraikan kemenangan. Inilah saat yang ditunggu. Bertahun lamanya hidup menanggung malu.


Biar tiada yang menduga. Malah banyak yang mencela, namun dek keberanian serta semangat kecintaan pada ilmu, ia berjaya dibuktikan. 


"Hari ini, anak-anak kita berjaya buktikan bangsa tikus bukanlah perosak labu. Saya percaya suatu hari nanti, kita berupaya membaiki ddan menyelenggara sesuatu yang lebih besar, mesin basuh misalnya" ucap ketua komuniti tikus, di hari graduasi pengajian Diploma Membaiki Labu.


Iya. Percaya asas untuk kamu berjaya. 

2 ulasan:

Thaaqhib Mohammed berkata...

abang hatim ke? series?

wah!! seronok2

Kemat berkata...

di sini sedikit berbeza, pemikarannya lebih liar, nakal tapi kadang-kadang manja...hahah