Sungguh kuat rindu ini
Untuk bertemu dan menatap wajahmu
Namun
Ku hanya mampu
Merenung ke arah atap genting rumahmu
Sedang mulut terkunci malu
Sihir apa yang kau kenakan
Jampi apa yang kau bacakan
Hidup ini keruan
Bayang-bayang kamu melingkari fikiran
Setiap detik setiap masa setiap kali matahari berganti bulan
Hei perempuan sihir
Hentikan senyuman godamu
Hentikan bicara manismu
Hentikan santun tingkah lakumu
Hulurlah tangan
Sambut hati ini
Sambut jiwa ini
Sambut cinta ini
Yang kupersiapkan
Ikhlas untukmu
- Mat Bon-
3 ulasan:
Aik?? Dah main sihir2 dah???
hoh sudah..
tetiba entri ni acik x phm :p
:| entri baru |: Baru! 5 jenis IPAD learning..RM30 je inc pos!
shasha:
tunggu apa kata Esah pula
tintakibod:
biasa..hal bercinta orang muda. Mat Bon dan Esah sahaja yang paham
Catat Ulasan