Jumaat, April 13, 2012

Takut

"Ishhh..awak ni. Asal malam Jumaat jer tengok cerita hantu. Ini semua karut la. Tengok cerita lain la" ujar Pak Man. Pak Man naik menyampah dengan stesen tv sekarang. Entah kenapa malam Jumaat jer tayang cerita hantu.


"Haha. Takut la tu" balas Mak Munah sinis. 


Pak Man malas nak layan sindiran Mak Munah. Memang dia takut pun. Pak Man masuk tidur sorang-sorang dulu.


Setengah jam selepas pun. Pak Man terjaga dari tidur sambil berteriak panjang. Mak Munah yang masih leka menonton tv di luar segera berlari masuk ke dalam. 


"Kenapa ni bang. Abang mimpi hantu ker. Takut semacam jer"


"Aku mimpi kena patuk ular la" ujar Pak Man sambil mengurut dada. Kali ini Mak Munah pula yang berasa takut.

5 ulasan:

. berkata...

bertuah pak man.

shasha berkata...

Aik?? Siapakah yg mahu meminang pak man???

tasuke berkata...

ular jantan ke ular betina

faridmw berkata...

salam.. ziarah..

apa maksud mimpi tu.. hehehe...

Kemat berkata...

nizam sani:
hehe

shasha:
anak dara hujung kampung..:)

tasuke:
ular anak dara sunti kot

faridmw:
maksud tafsiran sebenar..entah...mainan tidur atau ada petunjuk disebaliknya tak pasti juga