Isnin, April 02, 2012

Pengantin 1 April

"Awak. 1 April ok tak . Hari Ahad tu."

"Tak nak lah. Awak selalu kenakan orang dengan jenaka April Fool. Nanti awak kenakan saya juga"

"Isshh.. itu main-main ajer. Ini perkara serius ni. Nak tunggu bila lagi"

"Baik. Tapi jangan tipu saya tau"

"Iyer... Kalau tak percaya ambil kapak belahlah dada. Dah tertulis dalam hati ini. 1 April kita kahwin"

..................

Munah dah gelisah. Berkali-kali dia dail nombor telefon bimbit Aman. Tidak berjawab. Munah tinggalkan mesej. Tapi tiada balasan. Munah mula menangis ketakutan. 

Setengah jam berlalu. Telefon bimbit berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk. "APRIL FOOL". Hanya itu yang tertera di skrin. Dan teriak Munah makin kuat dan berpanjangan.

Dalam getar suara kesedihan dan kemarahan, ayah Munah bersalaman dengan imam sambil memohon kemaafan. Hajat yang tidak kesampaian.
...........

Di sudut yang lain di kota yang sama, Aman sedang leka layan playsation. Sesekali dia tersenyum kenangkan mesej dari Munah. "Haha. Aku dah dapat apa yang aku nak. Buat apa nak kahwin lagi. Kalau aku boleh dapat. Orang lain apatah lagi".

Banyak kali juga Aman kenakan orang dengan jenaka April Fool. Tapi ini paling tragis. Dia sebenarnya pun tak tahu entah mana datangnya ciptaan permainan bernama April Fool ini. Tapi dia seronok sekali mempermainkan orang dengan alasan April Fool ini. 

Loceng apartment Aman berbunyi. "Cantekkk. Pizza dah sampai. Cepat juga diaorang hantar. Baru jer order". Aman berjalan laju ke arah pintu. 

"Awak Munah. Buat apa...." belum sempat Aman habiskan ayatnya, tangan kiri Munah dah menghayunkan sebilah pisau tepat ke perut Aman. Tusukan diulang bertalu-talu.

Aman tersungkur di depan pintu apartmennya. Baju pengantin Munah warna putih merah disimbahi darah. Munah pandang Aman yang mengerang kesakitan tanpa rasa kasihan lagi. "Jangan mempersendakan April lagi bila kebodohan itu datang dari awak sendiri"




4 ulasan:

shasha berkata...

Takut!!! Skang ni trend citer seram..abg kemat pun ikut gak ke?

Tanpa Nama berkata...

tragis nye :(

Kemat berkata...

shasha:
kena gak tempiasnya

tanpa nama:
bagaimana jika ia kisah benar?

ayobkelubi berkata...

ni tragis april fool paling goreeee!