Isnin, Oktober 13, 2008

Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk.......

Ijam telefon. Nak singgah datang beraya. Kalau-kalau aku ada buat 'open house' hari ini. Katanya dah ada kat kawasan rumah aku. Damansara Damai. Aku bagitau rumah aku tutup hari nie. Kerana giliran aku pergi 'open house' rumah yang lain.

"Aiseh. Aku datang jauh-jauh. Ingat nak singgah. Ko tak der plak. Susah betul nak jumpa ngko nie" rungut Ijam. Cheh. Jauh apanya. Kat Bangi jer rumah dia.

"Abis tu ko tak tipon awal-awal. Aku pun kat kawasan rumah ngko gak nie. Kat Bangi"

"Ko lambat lagi ker" tanya Ijam.

"Naper. Kalau ko nak tunggu. Kasi aku satu jam. Sekarang gak aku gerak". Serius benar Ijam nak jumpa aku.

"Tak per. Kita jumpa kat Kajang jer"

1 jam selepas itu kami berjumpa kat gerai satay Kajang. Entah giler aper Ijam nie. Ajak aku beraya kat kedai satay. Alang-alang pergi jer lah kat rumah dia. Nasib dia yang bayar.

"Ala... kau pergi beraya pun orang jamu ketupat ngan kuah kacang nie gak. Sama jer la. Lagipun family aku tak der kat umah. Takkan aku nak jamu ngko air suam ngan kuih raya jer". Awal-awal Ijam dah sediakan alasan.

"Ko tak nak cari bini ker" soalan tipikal kepada mereka yang masih bujang. "Time macamnie na boleh lak tolong buatkan air sirap ngan goreng mee ker"

"Nah". Ijam hulur kad jemputan kat aku. Mencantas segala persoalan aku. "Jangan tak datang. Bawak hadiah sekali. Pastu tolong kasi sekali kat budak-budak yang selalu ngko jumpa"

Ooo.... patut la beriya benar nak jumpa aku.

9 ulasan:

shasha berkata...

heheheh...tak pasal2 kena jadi posmen ek...

jagoan berkata...

Benda baik. Habuannya baik. :D

Tanpa Nama berkata...

he..owng blanje..besh2 wlu xpat g umah..dpt gak kad..

Azwani Shaari berkata...

o0o0o tinggal damansara damai ek.. ada pergi open house kat situ, flat 5 tingkat depan skolah apa ntah..

Kemat berkata...

shasha:
posmen karat..hehe

ah tok:
hehe

syida:
orang belanja memang best...

wani:
aha..flat yang lima tingkat tu la 'istana hinggap' den sekarang nie

Tanpa Nama berkata...

musim orang kawen dah datang lagi. :D

Layla Haq berkata...

Ooo, Damansara Damai juga. Jemputlah beraya di rumah saya yang akan tutup waktu pejabat dan buka sabtu ahad. Hehhehehe....

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin!

Pa'chik berkata...

tahun lepas pun ko beraya ngan dia kat kedai mamak kan?

Kemat berkata...

cikin:
tandanya cuti sekolah dah dekat

bayan:
kamu pun warga damnsara damai kan...