Jumaat, Oktober 24, 2008

Hari Di Mana Aku Akan Menjadi Ayah.

Entah apa akan jadi pada hari itu. Apakah aku tenang hadapi semuanya. Atau kelam kabut tak tentu arah. Entah di mana aku pada masa itu. Di pejabat masih bekerja. Atau sedang bercuti di rumah.

Aku mahu lalui segalanya pada hari itu dengan senyuman, wajah keriangan dan rasa kesyukuran. Aku mahu berada di sisi isteri menanti tanggungjawab dan amanah baru bersama. Segala yang indah tentangnya aku impikan. Saat manis itu tidak bermula pada hari itu sahaja. Ia bermula pada hari di mana aku menjadi seorang suami.

Dalam kehidupan bermasyarakat. Dikelilingi orang-orang yang prihatin dan sentiasa ingin mengambil tahu kehidupan kita, desakan soalan bila nak kahwin akan mula kedengaran bila memasuki usia ’dewasa’. Setelah selesai kamu ’berjabat tangan’ akan timbullah suara usikan nakal, bila lagi nak tambah keluarga.

Mula-mula kami cuma diam bila ditanya begitu. Tapi kami tak lupa untuk senyum. Sekurang-kurangnya kamu tak marah jika pertanyaan tidak mendapat jawapan yang dicari.

Bulan silih berganti. Kalau dahulu awek che’gu jauh disisi. Akhirnya dapat berpindah ke Tanah Semenanjung ini juga. Atau akhir-akhir ini mereka katakan ia Tanah Melayu. Macam dulu-dulu. Kepulangan awek che’gu ke sisi sememangnya berita yang menggembirakan. Walau ia mengurangkan alasan yang sering kami jajakan.

Kadang-kadang kami katakan saja, kami baru bercinta dan sedang menikmati alam cinta berdua. Kami tak bohong. Berdua lebih baik. Kata mulut. Hati???

Dalam soal jodoh, kami yakin walau begitu singkat perkenalan dan segera melangkah ke alam perkahwinan. Keyakinan yang sama kami tekadkan. Pada soal rezeki warisan. Doa yang tak putus. Siang dan malam. Menadah tangan mohon pada-Nya yang mengatur segala ketentuan.

Syukur. Rezeki kami tiba. Usia kandungan kini menjangkaui 8 bulan. Doa kami berterusan. Moga dipermudahkan. Menjalani kehidupan. Membina sebuah keluarga bahagia.


29 ulasan:

paiseh berkata...

alhamdulillah..
ini laa dikatakan.. moga berbahgia ke anak cucu..

shasha berkata...

tahniah..tahniah...

Fafarafa berkata...

en kemat...tahniah

Tanpa Nama berkata...

Encik Kemat,

Tahniah. Semoga selamat semuanya. Saya doakan yg baik baik untuk anak ini ibu bapanya.

Tanpa Nama berkata...

di atas ialah saya. ummi ammar. terlupa tulis.

syida berkata...

beshnyer(10x):)

he..sowie..den lak yg lobih2

Po berkata...

Aku pernah ada kupiah Raihan itu. Hilang entah ke mana.

Aku pernah ada katil baby itu. Berdebu di dalam bilik stor.

Aku pernah ada..eh..Tahniah.

Aku dah ada 3. Nak tambah lagi kot.

Si Kachak Suparjo berkata...

Ah,
tahniah Ayah Kemat.

hayad berkata...

wah, en kemat dh nak jd ayah rupanya. tak lama je lg tu.

nnt tunjuk gambo baby yer :)

GDIZ berkata...

semoga semuanya selamat nanti. be good father ;)

Aku Bukan Bidadari berkata...

Insyallah..

Doa suami lebih makbul..
Ampunkan segala dosa2 awek chegu and sentiasa redha kepadanya..
insyallah semua akan dipermudahkan..

siew berkata...

Tahniah,
aku br lepas pengalaman tu bulan posa lepas,
tunggu dengan penuh debaran depan labour room dari kul 6 pg sampai 6 ptg br setel.nak pegi kencing pon serba salah.ha ha

neeziee berkata...

kalau lagi bagi nama nizam.haha.

neeziee berkata...

kalau laki bagi nama nizam.haha.

*tadi silap eja.hehe.

azriey berkata...

tahniah en. kemat....
abah & umi?
ayah & ibu?
papa & mama?

kingbinjai berkata...

selamat menjadi ayah

@yue berkata...

tahniah..
mudah pejlanan edop incik ini..
hrp² pjlnan edop kmi jga begitu..:)

puterikurekure berkata...

:)
tahniah ek!

antalya berkata...

insyaallah segalanya akan selamat..selamat menjadi bapa mithali

cikin berkata...

moga dipermudahkan semua urusan. amin.

Kumprinx berkata...

all the best to you dude!
yeehaa!!

tasikmerah berkata...

sakit melahirkan hanya Allah sahaja yang tahu. Beradalah di sisinya pada saat itu nanti...

moga selamat ye bro...

:)

izinni berkata...

tahniah. dah nak jadi ayah kemat ya. awek cikgu pun dah nak jadi ibu. Alhamdulillah. rezeki anugerah tak terhingga darinya.

nanti kan .. bila dah ada anak kan .. akan timbul pula soalan2 baru .. yang berbunyi lebih kurang macam ni ... "Dah ada sorang .. bila nak ada adiknya?" hahahhaha .. sungguh!

aku dah 5 ... cepat kejor! ekekkek

zwitterion berkata...

moga segalanya dipermudahkan..selamat menjadi ayah dan ibu buat en kemat dan awek che'gu..:)

kemat berkata...

TERIMA KASIH SEMUA

blokdrive berkata...

Waa Kemat sudah mau jadi Ayah. Tahniah bro!

serinditrimba berkata...

Alhamdulillah...

Moga zuriat en. kemat dan awek che'gu akan menjadi zuriat yang soleh dan taat..insyaAllah

noorlara berkata...

liepan,

Assalamualaikum, Tahniah, lama hakak tak singgah blog ko ni, dah nak jadik ayahpun, wah dah besau hadik hakak yer!

akirasuri berkata...

Tahniah utk incet kemat dan zaujah.. :D