Memang begitu sudah lumrahnya. Kalau duduk di rumah apartment kos sederhana rendah. Tempat parking itu berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Tak kiralah kamu pakai kancil, mahupun kereta 2000 c.c.
Selalunya, aku sering jugak berebut parking di bawah pohon nan rendang tu. Sejak terkena sumpahan taik burung tempoh hari, aku lebih berminat untuk mencari tempat yang lain. Benarlah sekali kena bukan selalu terkena, tapi asal aku parking jer kena tempias taik burung tu. Orang lain parking tak nampak pulak kena sabatoj macam tu.
Akhir-akhir nie aku selalu parking kat ujung blok. Jauh sikit tapi oklah. Tempat tu pulak memang jarang-jarang benar ada yang sudi parking. Mungkin sebab jauh atau posisi parking yang memerlukan skill lebih tinggi sikit untuk kamu masuk dan keluar nanti. Tapi itu kira skill biasa jer. Aku kira skill lebih hebat lagi skill double parking yang menghalang kereta lain dan kamu pulak bukannya jenis yang reti nak bangun dan keluar awal pagi. Dah bertalu-talu hon kereta yang dihalang dibunyikan, barulah nampak terhegeh-hegeh turun alihkan kereta tanpa rasa bersalah pun.
Aku ingat, nak letak sign reserved lah kat parking favourite baru aku tu. Orang lain macam tak nak masuk jer situ. Heheh. Mau kena pelangkung jer nanti. Suka-suka hati memilikkan harta awam jadi hak sendiri. Biasalah terpengaruh ngan arus politik masakini. Kata berjuang atas pilihan parti dan rakyat, kerana sokongan akar umbi. Parti dan rakyat belum buat apa-apa pilihan dah bagitau siang-siang tak nak lepaskan jawatan. Dengarlah dulu suara di bawah.
Maaf, ini bukan entri marah nyamuk bakar kelambu. Tapi memang kepala tengah pening tak cukup tidur dek penangan nyamuk malam tadi. Lagipun cuaca sekarang memang panas kan.

9 ulasan:
cian dia..kereta slalu kena taik burung ye.
ala..klau parking tu dah takde sape2 yang sudi, amek je la.
mane xnyer..kete cik kemat ensem sgt kot..bab 2 la..cik burung suke b'tenggek..wee..lalalalala..:)
aku kadang2 parking bukan bawah pokok pun kena jugak taik burung.. burung ni agaknya terbang2 cret... heh~
letak sign reserved je, x best kemat. apa kata ko pasang bumbung siap² kasi cantek. sure semua org tak berani nak park. ekekekek
kat sini, kalau double parking.. org tak tarik handbrake.. buh je batu kat tayar.. boleh la orang nak tolak kereta utk keluar..
kalo dah tak de yg sudi...buat je mcm harta sendiri..hehe
Huhu..
Dalam keadaan sekarang, strategi membuat harta sendiri adalah amat bagush..
He he he..
Parking punya citer..kelambu nyamuk yg kena bakar yee...eh..apa aku sakap nieh..heheh
puterikure2:
boleh ker
syida:
hmm..nama pun wira, dah tentu gagah perkasa, sbb tu cik-cik burung suka ek
tasikmerah:
konsep tandas bergerak tu..hhehe
cikin:
huh..lagi best gitu..
achik:
jgn tolak jauh-jauh lepas tu angkut kasi lesap sudah
maksu:
:)
kujie:
tengoklah dulu 2-3 minggu lagi..hehe
akirasuri:
bolot segala harta kekayaan dunia..hehe
mianz:
biasalah, marah anak sindir menantu
Catat Ulasan