Jumaat, Ogos 08, 2008

Hujan: Mimpi Resah Anak Bujang

Member aku. Yang bujang sorang nie. Asyik marah-marah di pagi hari. Sangkut jalan sesak nak datang kerja. Ada orang suka-suka hati letak kon atas jalan. Pastu lepak ramai-ramai kat tepi tengok kesusahan pengguna jalan raya yang keluar nak mencari rezeki di pagi hari menempuh kesesakan ciptaan mereka.

Member aku. Yang bujang sorang nie. Mengeluh panjang di sebelah petang. Hujan lebat menyebabkan dia tersangkut tak boleh segera pulang. Terpaksa berkongsi teduh di bawah kedai mamak menikmati kedinginan petang.

Hujan itu banyak rahmatnya. Kata kami yang bukan lagi bujang. Sambil tersenyum menghirup kopi tongkat ali sebelum berangkat pulang. Malah, kami sempat berpesan untuk berhenti mengeluh. Seeloknya pulang terus ke rumah sebaik hujan sedikit reda. Elok dibaca Yaasin di malam Jumaat nie. Dan berdoa. Dipertemukan jodoh. Jua kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

5 ulasan:

cikin berkata...

Doa untuk diri sendiri dan kawan² sekali. :D

syida berkata...

sy yg single pn nk join gak..hu..berdoa d bln rejab ni n seterusnye syaaban,ramadhan..moga d makbulkan..ameen..

Dong berkata...

oo..mlm jumaat tak mengeluh yer.. ehhmm...

tasikmerah berkata...

hidup yang penuh keluh kesah... kita redah je lah...

kemat berkata...

cikin:
semua sekali

syida:
ameen

sanchai:
hehe

tasikmerah:
bila nak berhenti mengeluh...