Isnin, Ogos 04, 2008

Cerita Man Yang Masih Bujang

Akhir-akhir ini jarang sekali aku menemui Man. Sebagai rakan ketawa, kami hanya berjumpa bila masing-masing bosan dan punyai banyak cerita untuk dikongsikan.

Aku terima perkhabaran, dari kawan atas kawan, Man kemalangan. Tapi tiada siapa yang pasti kemalangan sebenar yang berlaku. Cuma Man dikatakan hanya berehat di rumah sahaja ketika ini.

Kelapangan dihujung minggu aku gunakan untuk bertamu ke rumahnya. Di pagi hari, adiknya yang manis menyambut ketibaan aku di muka pintu. Katanya Man masih lena diulit intan. “Huh, tak sangka Man dah kaya sekarang, tidur pun berulitkan intan” aku cuba berseloroh. Yang disusuli dengan ketawa kecil dan senyum manis adiknya.

Tiba-tiba sahaja Man menjengah keluar dengan muka baru bangun tidurnya. Yang terus sahaja mematikan suasana keriangan. Aku tak tipu. Bagai dua dunia yang berbeza. Antara wajah Man dan adiknya. “Ek eleh ko nie Man. Kot yer pun basuh ler muka dulu. Kalau orang lain tengok ko cenggini, mesti tak caya punya ko adik adik cun”

“Alah. Yang datang pun ngko jer. Bukan Fazura atau Maya Karin pun. Awek che’ gu ko maner. Kene gi sekolah ek”

”Ko macam maner. Dengar kata kemalangan. Tapi tengok cam ok jer. Tangan jer la aku nampak berbalut”

”Budak-budak buat cerita jer tu. Memang aku ada jatuh motor sebelum nie, tapi tak ada apa2 pun. Nie tangan retak nie jatuh masa main futsal itu hari.”

”Entah apa nak jadi ngan Man nie, Mat. Orang main bola ngan kaki dia main ngan tangan” celah mak Man masa keluar bawakkan air minuman.

Kata Man. Maknya tak abis2 berleter pasal tangannya yang berbalut sebab main futsal. Semua yang datang bertandang dan bertanya, pasti leteran yang sama diulangnya.

”Aku ingat ko kena balut gak kaki tu sebelah. Biar tak der apa2 pun” aku bagi idea P.Ramlee kat Man.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haish..xbaik menipu! :p

13may berkata...

hehhe heheh....balik kepala laa...baru nampak ganas sket :D

Tanpa Nama berkata...

heh..men ngan tgn..skill futsal yg baru..keh3

Ted berkata...

haha,main ngan kaki, tangan yang retak plak

Unknown berkata...

lumrah manusia..

tasekM berkata...

jgn esok balut kaki kiri, lusa balut kaki kanan dah la yek.. :)

Kemat berkata...

cikin:
ulpss...

13may:
haha..kira lawak ganas tu...

syida:
boleh aper..main kat pc

ted:
susah nak yakinkan orang retak sebab main futsal kan..

penoreh getah:
yer ker

tasik merah:
eh..betul la kaki kanan..dari semalam kaki kanan nie yg berbalut..hehe