Selasa, Ogos 26, 2008

Musin Cempedak

Mak Long datang dari kampung. Bawak buah cempedak. Banyak. Kami ramai-ramai berkumpul kat rumah mak. Apa lagi, makan cempedak goreng.

Masa nak balik. Mak suruh amik cempedak. Bawak balik. Boleh buat goreng sambil minum petang-petang.

Kami cuma berdua. Awek che'gu pula tak berapa layan cempedak. Nak amik sebiji cempedak pun terasa banyak. Cempedaknya besar-besar. Macam yang aku tengok kat MAHA tempoh hari. Kami takut tak boleh habis. Cempedak dah tak elok sebelum sempat kami goreng.

Kami ambil juga cempedak. Untuk dibawa pulang.

"Woitt..mana cempedak goreng dalam bekas nie" terdengar suara adik pompuan aku kat dapur.

Hehe. Kan senang kalau terus ambik bawak balik cempedak yang dah digoreng.

11 ulasan:

13may berkata...

bijak bijak...hahha hahah :D

Tanpa Nama berkata...

jimat tepung, jimat minyak, jimat masa dan tenaga. hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. cian adik perempuan mu itu..

cik puan daun berkata...

cempedak buat perut aku angin.. ehehehehe

cik puan daun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

makan cempedak tak elok utk batin anda.hehe..

Tanpa Nama berkata...

sape cpt die r dpt..skali skale berebut ngan adik..hehe..mmg besh:D

ajakrebyz berkata...

sedapnye cempedak.. tringt plak zmn kecik2 kt kg anyam sarong cempedak ;)

tasekM berkata...

sedapnya cempedak... aku suka gila.. tapi lately makan cempedak badan berangin pulak... aku dah tua mungkin... haih~

Kemat berkata...

13 may:
heheh

cikin:
segalanya jimat..tapi sendiri mau ingat...

qasieh:
bukan rezeki dia

cik puan daun:
aha..samalah

penyubiru:
ulpss...

syida:
adik kena beralah ngan abang kan..kan

ajakrebyz:
susah2 anyam, kasi pakai baju buruk jer..hehe

tasik merah:
jadik betul la cempedak berangin

amieiezam berkata...

biji cempedak yang direbus, lebih "kaw" angin berhembus