Jumaat, Ogos 15, 2008

Hari ini : Ke Kuliah atau Berdemonstrasi

Pagi Jumaat hari ini lain sekali. Tak macam selalu. Sekurang-kurangnya bagi Zack. Awal pagi dah bangun mandi. Bukan ’wajib’ pun. Dia belum beristeri. Mimpi? Tak sempat pun. Malam tadi tidur lewat layan bola. Bukan tengok kat Astro. Kolejnya tak sediakan pun Astro. Dia layan bola PS2. Kat tv 21 inci.

Kenapa Zack bangun dan mandi awal pagi. Buang tabiat ker. Fikir rakan-rakan sebiliknya. Tapi hari itu mereka tak fikir begitu. Masing-masing kelam-kabut berebut bilik mandi. Nak segera ke kuliah.

Wah. Petanda baik. Pelajar-pelajar Melayu tidak lagi ponteng kelas. Kini mereka datang awal. Nak duduk depan barangkali. (Bukan macam kamu, Kemat, kalau datang duduk tidur kat belakang pun dah kira cukup baik).

"Err..nak kena pakai baju Melayu ker" tanya Zack. Sebab kalau berbaju Melayu kena sepasang. Pada fikirannya lah.

"Eh.. kita bukan nak berarak sempena Maulidur Rasul atau Maal Hijrah. Pakai jersi Liverpool nie pun kira ok. Baru gempak orang kampung tengok kalau muka masuk tv/ surat khabar nanti"

Ya. Hari ini sekumpulan lagi pelajar-pelajar UiTM berarak berdemonstrasi. Cawangan lain bila lagi???? Bukan senang nak berdemonstrasi tanpa diganggu pak polisi.

Bacaan lanjut di sini, sini juga sini.

9 ulasan:

ns berkata...

ntah2 adik ns pun ada juga nih..haiiihh...;p

Tanpa Nama berkata...

berpanas dengan tshirt hitam.. ish, kalau aku baik pegi kuliah duduk tmpt berekon lagi best. tapi lagi best kalau tido kat bilik. ekekekek..

Tanpa Nama berkata...

tiba-tiba masing-masing jadi pejuang orang melayu.ngeehhh..

Tanpa Nama berkata...

Oooo.. tuang kelas ye. Boleh kena AUKU ni!! Hehe.

Salam singgah.

Kemat berkata...

gdiz:
ulpss..

cikin:
sekali sekala meriahkan suasan tu...

neezie:
hidup melayu..

phu ying:
:)

iDa HaZIRa SalMInA berkata...

spatutnyer..yg wajib di dahului harus dikejar..ni x..kejar2an kt dataran tu..mmg mbanyakkn kerja

iDa HaZIRa SalMInA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Kemat berkata...

ida hazira:
orang kita suka aktiviti cenggini..meriah katanya

amieiezam berkata...

orang melayu memang juara demo.."orang lain" tunggu masa je!! ingat sebelum kena