Jumaat, Mei 26, 2006

Tilikan Si Amoi

Tempat aku keje. Ada amoi. Cantik. Pandai Menilik. Aku tak percaya. Pada tilikannya. Pada kata2nya. Yang dilakukan dengan hanya. Melihat tapak tangan. Sekali imbas. Tiliknya dengan bersahaja. Setelah melihat corak dan pola. Urat2 di tapak tangan. Dapat diketahui. Sifat peribadi. Juga rahsia hati. Aku tak percaya. pada tilikannya. Pada kata2nya. Walau pernah ditiliknya. Aku ini hensem. Aku ini berbudi bahasa. Aku punyai aura. Aku berbakat besar.

Tapi suatu hari. Bila aku tunjukkan gambat Ct Nurhaliza. Seraya dia berkata. Dalam nada yang penuh yakin. Tentang jodoh Ct dan 'K'.. Aku masih lagi tak percaya. Maner dapat kamu percayakan pada tilikan. Juga ramalan bintang. Akal menolak segala tanggapan. Tapi hati cuba mengiyakan tilikan. Kerna nama yang disebutkan. Ct Nurhaliza. Aku bisa hilang ingatan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kekeke....ko masih lagi x dapat menerima kenyataan...berpijaklah pada bumi yg nyata...x tgk cite Puteri lagi ke? ahaks!

Tanpa Nama berkata...

kemat, bolehke mintak amoi tu tlg tilikkan aku dgn diana rafar,, ngam ke... hehehehe

Kemat berkata...

Paqlee:
Puteri x best.. skrg aku & wan layan Akademi Al-Quran.. Cun woo Farah Deeba tu..

Benggong:
Ko scan tapak tangan kiri dan tapak kaki sebelah kanan, e-mail kat aku.. nnti aku mntak dia tilikkan nasib ko bersama Diana Ros..err.. maksud aku diana rafar..

Tanpa Nama berkata...

aku pun nak tilik gak.ngan nora danish ke, jangnara ke, maria sharapova ke..uiks..bessnyerr

Kemat berkata...

Neeziee:
Aku dah tlg tilikkan utk kamu. Sharpova kamu mngkin ader peluang tp kne tingkat'n penguasaan english.. ttg jang nara dan nora danish..err apa betulker nama kamu tidak dieja sebegini "Kneeziee" sbb b'dasarkan tilikan jodoh nora danish ngan org namer mula ngan K..