Kat tempat aku mencari rezeki nie, kami gunakan walkie talkie sebagai alat perhubungan kami. Aku maksudkan perhubungan jarak jauh. Jika insan yang kamu ingin hubungi berada di depan mata tetapi kamu masih ingin menggunakan walkie talkie dengan anggapan ia kelihatan lebih romantik, kamu silap. Kamu mungkin dilemparkan dengan walkie talkie dengan sekuat mungkin jika amalan itu dilakukan ketika kamu berdua berjemur di bawah sinaran matahari yang terik. Pada ketika jarum jam tangan itu tepat bersatu pada angka 12. Dan lagu2 dari perut sudah dialunkan. Lagu rancak bisa membuat hatimu menggelegak.
Walkie talkie bukan sekadar saluran menyampaikan maklumat jua titah perintah tapi kengkadang berfungsi sebagai halwa telinga. Pada waktu petang. Ketika sebahagian besar sudah pulang. Akan kedengaran perbualan mengarut lagi menyesatkan. Suara2 burung tiung dan katak pisang bersiul2 inginkan perhatian. Ada ketika kamu dikelirukan dengan kod2 Da Vinci yg hanya difahami oleh sebilangan pendengar. Ada jua terselit kata2 yang boleh ditafsir dalam makna yang berbeza. Terutamanya pada malam Jumaat.
Mula2 penggunaan walkie talkie ini diperkenalkan, masing2 malu dan kaku. Rata2 masih setia pada henset canggih yg turut boleh merakamkan gambar2 artis makan tomyam di warung tepian jalan. Namun kami dari golongan yang memerintah tekad mempromosikan kehebatan. Akan walkie talkie yang lebih ekonomi. Tiada bebanan kenaikan minyak dan kekurangan bekalan gula. Maka riuh rendah mereka bercerita. Menerusi walkie talkie. Dari hal kerja sehinggalah gosip artis ditangkap berkhalwat. Dari isu sehangat politik kepada kisah anak mami jual goreng pisang kat simpang jalan. Maka kami perkenalkan undang2. Akta walkie talkie versi kami, pindaan kami. Lagak kami seperti pak menteri. Hanya kami2 yang terpilih bebas berkata2 menerusi walkie talkie. Kami boleh pilih channel yang kami suka. Kalian kami wajibkan mengikut channel yang kami berikan. Kami bebas melompat dari satu channel ke channel yang lain. Kami dengar hanya yang kami suka. Kalian dengar apa yang kami kata. Kalian harus tetap pada channel yang telah diberikan. Dasar pecah dan perintah itu nampaknya berjaya.
Namun bila kami lihat ada tanda2 pemberontakan, kami longgarkan peraturan. Kerana kami menghormati pandangan anda. Demi kepentingan anda dan keselamatan kami. Selepas jam 6, ketika ramai pembesar sudah pulang, kalian dibenarkan berceloteh tentang rokok gulung tembakau cina, tentang pengundian di Sarawak juga pengundian Akademi Fantasia. Namun jika celoteh kalian berbaur perkauman, cuba mendeskriminasikan antara Proton dan Honda, ada sang moderator memangkah hujah kalian. Dan kalian harus akur dan diam.
Ketika siang, suara2 di walkie talkie silih berganti. Sengaja kami lontarkan suara itu. Nak tunjukkan pada bos besar yang jua mendengar menerusi walkie talkie. Tandanya kami sedang bekerja. Berpeluh dibawah mentari. Basah bila disiram hujan. Bila malam menjelang.. suara2 itu hilang. Seperti menonton tv. Selepas bacaan Al-Quran dan Negaraku dilagukan, siarannya tamat, esok saja cerita itu disambungkan. Bagi kami pendengar tegar walkie talkie, sunyi itu menandakan masa untuk pulang.
2 ulasan:
hidup walkie talkie utk rakyat> ;)
maday! maday! maday! Bola K to bebola Wan.....errk....bebola ikan...
Catat Ulasan