Arakian gemparlahlah suatu hari apabila adu si isteri kepada suami akan kehabisan bekalan gula yang banyaknya berkilo2 di rumah dalam masa yang singkat. Bekalan gula yang diagihkan kepada anak muda di asrama, di bawa anak dara ke pejabat, dikirim pada ibu dikampung, dan selebihnya untuk kegunaan seisi rumah semuanya meninggalkan balang yang menunggu diisi semula. Pagi itu kopi pahit tidak bergula, cekodok tawar tiada rasa, si anak tidak lagi boleh menikmati rotinya bersama planta dan gula. Semuanya sudah kelam kabut, kemanisan itu tidak mereka rasa lagi.
Peningnya si suami gula yang dibeli berkilo2 banyaknya boleh habis hingga tiada sebutir pun tinggal dalam balang2 yang sebelum ini tidak pernah kekosongan. Walhal, tidak dikurangkan sedikitpun pembelian gula berkilo2 itu. Jumlah itulah yang dibeli berminggu yang lalu. Jumlah yang sama juga dibeli berbulan yang lalu. Namun kali ini gula itu sememangnya tidak mencukupi. Arah si suami dalam kebingungan kepada isteri, periksalah seisi rumah kalau2 gula itu tersorak dicelah barang2 dapur atau tersimpan dialmari yang berkunci. Mungkinkah penggunaan gula sekarang tidak seperti kebiasaan. Melebihi jumlah yang disyorkan. Atau apakah gula2 itu dijual pada rakan dan jiran pada harga yang lebih tinggi. Mungkin tidak. Harga gula tetap sama di mana2. Tiada kenaikan lagi pada tahun ini.
Si isteri juga tidak mengerti gula yang beli di awal pagi boleh habis malam hari. Tiada kelihatan gula yang tumpah, tiada gula yang terlebih curah kerana manisnya hidangan tetap sama. Anak2 dan ibu dikampung semakin resah. Bertalu2 panggilan dilakukan pada si isteri dan suami. Bila lagi kami boleh dapat gula yang dicari. Tindakan perlu dilakukan. Kita tidak boleh biarkan anak2 membesar tanpa gula, ibu dikampung tidak boleh minum kopi pahit selamanya. Susahnya hidup tanpa gula. Manisnya kehidupan tidak terasa.
Si suami membuat keputusan bekalan gula akan ditambah dari masa ke semasa. Tanaman orkid dan ros merah di halaman rumah akan diganti dengan tebu2 yang boleh dituai dalam masa seminggu hasil teknologi pertanian baru. Lebah2 akan diminta membuat sarang sebesar-besarnya di rumah itu dan sebagai balasannya madu itu galang gantinya. Dengan adanya tebu dan madu, seisi rumah tidak perlu risau lagi bekalan kemanisan yang dicari. Mereka yang didapati menyalahguna gula akan dibicarakan dan dikenakan hukuman. Si isteri diminta memantau penggunaan gula di rumah, di asrama si anak teruna, di pejabat si anak gadis dan di kampung si ibu tua.
Kalau tiada berkesan jua kita salahkan semut. Ya, semut perlu disalahkan akan kekurangan gula dalam kehidupan. Semut perlu dipertanggungjawabkan bukannya kita. Si suami yakin jalan penyelesaiannya telah ditemui.
1 ulasan:
weh.....apa kene mengena tebu ngan henbeg "putih"??...kekeke
Catat Ulasan