Jumaat, Mei 19, 2006

Peliknyer Aku

Aku tak bercadang menulis sesuatu pada mulanya. Tp semasa jenjalan kat blog kengkawan, aku dikejut'n dgn suatu permainan. Men"tag", di"tag", ter"tag". Tak sangka plak aku kne "tag" ngan Neeziee.. So bagi merealisasikan impian dia aku bongkarkan kisah pelik aku.

Pelik 1
Aku sering disindir kengkawan. Bila kami sama2 gi makan. Kata mereka aku makan terlalu perlahan. Aku baru segenggam nasi, yang lain dah tambah 3 pinggan. Aku leh dok berjam2 mengadap hidangan. Sedikit demi sedikit. Ikan toman akhirnya tinggal tulang.

Pelik 2
Kalau org lain, pasti nak kje dalam aircond. Balik umah kurang2 ader kipas terpasang kat bilik. Aku tak berapa kisah kalu aircond tak berapa sejuk. Kalau kipas sekadar berpusing pada angka satu. Aku boleh beku. 3 jam dalam aircond.

Pelik 3
Bila bicara pasal lagu. Aku tak pasti genre kesukaan aku. Aku layan rock, metal, R&B, pop, balada, irama malaysia, instrumental, ska, dangdut, nasyid... hampir semua aku layan. Aku ada cd M.Nasir, ACAB, Cromox, Metalicca, Nirvana, Raihan, Rabbani, Nora, Gamelan, Flybaits, Kopratasa, Wings, Search,

Pelik 4
Aku suka beli dvd.. macam2 ceghita aku ader. Melayu, Omputih, Cina, Hindustan. Err..korang jgn salah paham. Aku sebut ceghita yg tayangannya diluluskan kat TV. Peliknya..aku jarang tengok dvd/vcd yg aku beli tu. Selalunya adik2 aku yg tgk citer tu. Aku??? Aku tengok citer tu biler ditayangkan kat TV. Pastu baru aku sedar..la aku ader dvd/vcd nie rupanyer..bertahun yg lalu...

Pelik 5
Biler org suruh describe pasal karektor peribadi. Aku tak tahu. Aku nie jnis pndiam. Atau yg suka bersembang. Kadang2 aku bisu. Kengkadang aku bercerita sampai yg lain hanya ternganga tak sempat mencelah pun. Aku leh jadi pemalu, tiba2 aku leh jadi yang tak tahu malu.

Aku semakin pelik. Bila aku bace balik 5 perkara pelik itu, aku tak tahu benda tu pelik ke idak..ishh..pelik kan..tak kisahla..jd bg meneruskan permainan ini aku kne calonkan name..err..2 org boleh..ok En Benggong dan Cik Wanie..awak dipilih...

7 ulasan:

Chika Chika berkata...

sebenarnya setiap manusia tu pelik.... lagi2 bila ditemui buat kali pertama... uhuuhuhu....

Tanpa Nama berkata...

lari..lariiiii.. xnak kena tag!!

Tanpa Nama berkata...

Blog Anda telah dinilai oleh Juri Undangan Dare To Blog Contest!

Tanpa Nama berkata...

Blog Anda telah dinilai oleh Juri Undangan Dare To Blog Contest!

Tanpa Nama berkata...

weiii..aku nak nilai blog ko lam dare to blog contest ni kang diorang kata kroni plak.aku kasik yg paling rendah buleh??ahaks..

psstt..bro..biler nak banjer k epsi nih??lambat lagi ke balik sini??

Tanpa Nama berkata...

haaa.. apa mender 'tag' tu.. sama mcm tag team dlm wrestlingke..hehehe kena nuntut ilmu ngan neezie lagi ni..

Kemat berkata...

Chikadior,
Yg pelik ttg pertemuan pertama sbb kita bukan lagi org yg sama (sifat, tingkah laku, gaya) pd pertemuan yg seterusnya

Wanie,
Tunggu..tunggu..nanti dulu, balas Pn Tag yg penat mengejar..

Dare to blog Jury1,
alamak..saya lum letak gambar muka saya lg kat blog, pasti saya dijuring dalam kategori bloggers terhensem

Neeziee,
Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Benggong,
Kau nak tuntut ilmu ngan Neeziee tp masa hari guru tu ko lupa kasi bunga kat dia..itu pasal dia ajar ko separuh2...