Isnin, Mei 29, 2006

Cuti-Cuti Jalan2 Pergi Kenduri

Cuti sekolah cukup sinonim dengan kenduri kahwin. Bila kamu mula menerima berpucuk2 kad jemputan kenduri kahwin itu tandanya cuti sekolah kembali lagi. Semasa dalam peringkat umur kanak-kanak, cuti sekolah adalah masanya untuk kamu pulang ke kampung berkubang dalam lumpur sawah menangkap keli atau menjadi tarzan yang terjun tiruk ke sungai dari dahan pokok yang tinggi. Atau kamu seperti aku, anak kampung yang memujuk2 orang tua agar ke Kuala Lumpur melihat rimau di Zoo Negara atau sekadar mengikut emak membeli kain di Globe juga Arked Ibu Kota.
Bila kamu sudah dewasa, sudah cukup umur untuk berumahtangga atau sudah pun memiliki cahaya mata, cuti sekolah dihabiskan dengan bertandang ke kenduri jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. Adakala kamu menerima 3-4 jemputan dalam hari yang sama. Utara, selatan, timur dan barat, sebelah ayah sebelah emak, sebelah suami jua isteri sehinggakan kamu terpaksa memilih. Yang terdekat, yang rapat, yang makanannya sedap2.
Selain kad2 berwarna warni itu, kamu juga akan menerima panggilan telefon dari kenalan yg sekian lama menghilang. Mulanya bertanya khabar kemudiannya bercerita tentang hari mereka menjadi raja dan kamu diperlukan menghadiri menyaksikan kebenarannya.
Di kampung kamu menghadiri kenduri bersama pisau untuk memotong daging dan juga menyediakan bahan2 masakannya. Memasang khemah yang disewa dari koperasi Masjid, menjadi mentara aka tukang hidang atau menjadi pencuci pinggan. Urusan memasak kamu serahkan pada Pak Lang kamu yang sememangnya arif di kampung itu. Di bandar, kamu hanya perlu berpakaian segak dan bersalam dengan tuan rumah beralaskan sampul tatkala kamu melangkah masuk ke rumah yang berpagarkan bunga manggar. Tak perlu memotong daging, tak perlu memasang khemah, kamu hanya duduk makan sambil memuji akan kebesaran dan kemeriahan kenduri yang dilangsungkan.
Aku ke kenduri bukan sekadar mengenyangkan perut tapi tak pernah pula aku tak makan setiap kali memenuhi jemputan. Bahkan aku pulang bersama bunga telur dan nasi minyak lauk ayam. Kenduri adalah tempat pertemuan. Gathering kata pakcik ku yang graduate dari US. Itulah saat keemasan kamu bertemu dengan teman2 lama. Dalam kesibukan masing2 membanting tulang untuk sesuap nasi, kenduri dijadikan medan bercerita tentang keadaan kamu masa sekarang, tentang keluarga tentang kerjaya. Jua kesempatan mengungkit kisah silam. Anak2 muda yang nakal dalam mengenali kehidupan dunia. Masing2 menegur akan perubahan dan perbezaan. Pada gaya, fizikal jua perwatakan. Ada yang masih sama seperti dulu. Sekali sekala perbualan kamu terhenti. Suasana senyap dan diam. Pada masa anak2 gadis berkebaya kurung melintas sambil muka tunduk malu kontrol ayu.
Cuti2 sekolah kamu tidak seperti dahulu lagi. Tiada lagi kunjungan ke zoo atau berebut2 dahan nan sebatang di perdu pokok rambutan. Cuti2 sekolah hari ini kamu jalan2 cari makan. Di rumah kenduri yang pengantinnya berseri. Sentiasa senyum biar panas terik mentari.
Selamat Pengantin Baru. Moga Berbahagia Ke Akhir Hayat. Kata2 tipikal di kad pada bungkusan reben merah itu.

11 ulasan:

Rie berkata...

sama lah pada aku. hahha

Tanpa Nama berkata...

biler langsungnyer bro??

Tanpa Nama berkata...

aku pon tiap² minggu pi umah org kawen.. amik berkat...heheheh..

Pandang Dengar Diam berkata...

*mrasa...mrasa...mrasalah....

Dong_Sanchai berkata...

bila majlisnya encik kemat? kenapa sy tak terima kad jemputan pun..makan kfc pun tak dijemput juga...

(adakah kerana sy tak bercuti semasa cuti sekolah??)

Dong_Sanchai berkata...

bila majlisnya encik kemat? kenapa sy tak terima kad jemputan pun..makan kfc pun tak dijemput juga...

(adakah kerana sy tak bercuti semasa cuti sekolah??)

Tanpa Nama berkata...

bila majlisnya encik kemat? kenapa sy tak terima kad jemputan pun..makan kfc pun tak dijemput juga...

(adakah kerana sy tak bercuti semasa cuti sekolah??)

-sanchai-

Tanpa Nama berkata...

bila majlisnya encik kemat? kenapa sy tak terima kad jemputan pun..makan kfc pun tak dijemput juga...

(adakah kerana sy tak bercuti semasa cuti sekolah??)

-sanchai-

Tanpa Nama berkata...

bila majlisnya encik kemat? kenapa sy tak terima kad jemputan pun..makan kfc pun tak dijemput juga...

(adakah kerana sy tak bercuti semasa cuti sekolah??)

-sanchai-

Tanpa Nama berkata...

waaaa... aku tak dpt cuti kena standby kat opis..

Kemat berkata...

esis:
Jom layan Headwin " Kita Serupa"

Neeziee:
Atas faktor2 keselamatan siaran ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Cikin:
Rasenyer kita sama2 dah dapat berkat yang banyak tu..

Cuaca:
?!^?

Dong aka sanchai aka anonymus:
Kamu seperti dalam dejavu.. makan kfc sebenarnya tak perlu dijemput.. kamu mampir saje ke kaunter dan hulurkan beberapa keping not merah..kamu akan dapt beberapa ekor ayam sbg gantinya..

Benggong:
Best aper standby di kala bos bercuti.. cam bercuti gak rasenya..