Selasa, Februari 14, 2006

Dialog Cinta Zaman Sains & Teknologi

2 mggu lepas…ader la t’jumpa schoolmate aku…biaselah..kalu dah mber lamer jumpa kurang2, 4 gelas sorang teh tarik sarbat kitaorg belasah..besar punye lak tu... air kosong jer dah cecah 2 jag..ye betul 2 jag bukan salah tulis tau…biaselah tanya kabar sedikit sbnyk (aku tanya ckit jer ..dia tanya banyk; ingt dia nie ader wat part time jd wartawan kot)..pastu kluar la crita nostalgia zaman bergelar anak2 nakal dlu..dan kami dari aliran yg sama..science stream..aper yg bestnyer kisah dlu2..nntila dlm entry lain aku story…ari nie aku cuma nak post email aku trima dr mber aku tu...korang boleh bayang’n bdak2 sains ckap ayat jiwang dalam bahasa mereka..tp betulnya maner ader org guna bahasa cenggini..aper bdak sains x leh jiwang2 ker…

(some of the terms tu saya pun dah tak ingat, dah lama tinggalkan sekolah)

L : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?
P : Aku tidak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.
L : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya satu sebatian.
P : Tapi aku masih berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang aku berikan.
L : Tapi cintaku padamu adalah pemalar.
P : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
L : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku adalah bersamaan dengan cinta yang kau berikan.
P : Kau jangan bohong. Aku telah mengetahui bahawa kau adalah “random” yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.
L : Itu adalah fitnah yang tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
P : Tetapi mengapa kau membuat tempoh perhubungan kita mengalami rintangan? Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
L : Maafkan aku. Adakah kita masih boleh berpadu secara kimia?
P : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat menggunakan mikroskop cahaya.
L : Aku khuatir kau akan bertemu dengan unsur yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
P : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Begitula serba sedikit contoh bahasa jiwa bangsa bdak sains nie..aku bru perasan ari nie 14 Feb..tp entri aku nie xder kne mengena ngan Valentine tu smua..aku x selebret benda tu...kbetulan jer date ini ari 14hb Feb..mcm2 alasan beserta hujah geng yg selbret Valentine pekik kat gegendang telinga aku..malas nk komen..mereka tak penah amik peduli kata2 aku..aku cuma balas dengan senyuman di bibir tapi keruh di hati

Tiada ulasan: