Sabtu, September 06, 2008

Baju Melayu : Bukan Kisah Raya

Walaupun dah pindah dok berasingan, tidak bersama mak dan ayah, masih banyak barang dan harta pusaka aku kat rumah tu. Memang sengaja ditinggalkan. Supaya tidak memisahkan kasih aku pada rumah itu dan penghuninya.

Balik berbuka di rumah kedua orang tua memang seronok. Segala makanan idaman dan kesukaan terutamanya resepi rahsia keluarga kami pasti ada bersama juadah lain yang memikat hati.

Selalunya aku bersantai sahaja bila balik ke rumah mak ayah. Jarak rumah yang dekat. Kalau tak seluar track yang dipadankan dengan t-shirt tanpa kolar, aku selesa berkain pelikat sahaja. Selepas abis terawih barulah pulang ke rumah.

Nak ke terawih barulah aku kelam kabut cari baju Melayu. Bukan tak boleh pakai t-shirt, tapi koleksi baju Melayu aku kat rumah mak ayah jarang terusik kecuali kalau melibatkan aktiviti di masjid nie.. Cari punya cari ada jumpa satu kaler merah jambu. Rasa pelik dalam hati bila pulak aku ada baju Melayu kaler nie. Macam Puteri Umno la pulak. Itulah, baju dah banyak tapi pakainya jarang-jarang.

Mungkin kaler nie pilihan adik beradik pompuan aku. Selalunya bila nak buat baju untuk raya, mama beli kain kaler sama untuk satu keluarga. Sekayu. Kalau biru dipilih, tahun itu birulah semua seisi rumah.

Aku try pakai elok jer. Belasah je lah.

Balik dari masjid. Mak tegur. “Kenapa pakai baju raya adik ngko”

“Hah. Baju raya adik punya ker. Aiseh patut lah rasa cam tak pernah ader”

Cepat-cepat aku tukar baju. Aku lupa kami berkongsi almari baju yang sama. Nasib adik aku tak balik minggu nie. Sorilah..dah ter’rasmikan’ dulu. Hehe.

11 ulasan:

13may berkata...

kesian kat adik ko...huhhu

zwitterion berkata...

harap dia tak kisah ye en kemat..hehe

skidg8 berkata...

kemat kene ganti baru la.

sian tau dia..

huhu

Tanpa Nama berkata...

salam,

tak patut betul ko kemat.nanti jgn lupa beli baju baru untuk die ek.

Tanpa Nama berkata...

ley lak lupe:D suke2 jew rembat adik nyer..heh..ari 2 adik pompuan yg kene..la ni adik laki lak..nakal ye abgnyer...he2

shasha berkata...

eh...adik ngan abg satu size ke?

tasekM berkata...

kamu sungguh bersaiz adikmu.. he he..

Tanpa Nama berkata...

heheheh.. kesian adik ko. baju raya dia dah tak berbau baju kedai lagi dah..

Tanpa Nama berkata...

adik ko puteri umno ke? hehe..

BayuKK berkata...

yang penting semangat raya ada hehehe...:p

Kemat berkata...

13 may:
kesian lagi akt aku..lom ada baju raya

zwitt:
adik beradik..air dicincang takkan putus kan..kan..

skidg8:
takper..dia tak tau

nini:
issh..test jer itu ari..

syida:
nak mesrakan ikatan kekeluargaan..hehe

shasha:
aku dah bertahun pakai saiz sama..silap2 lagi 2 tahun adik aku potong aku lak..

tasikmerah:
senang kan..leh berkongsi...heh

cikin:
tak per..lepas nie bau Tops...

penyubiru:
dia suka tengok 'puteri umno' jer..macam aku..hehe

bayukk:
awal tu