Selasa, September 23, 2008

Kad Raya : 2

Angah lagi popular. Kata aku. Adik pompuan aku tak nak iyakan kata-kata aku. Walaupun dia tahu kebenarannya.

”Ok. Jom buktikan. Kita tengok saper dapat kad raya paling banyak” adik bagi cadangan.

Ok gak tu. Agar cabaran ini tidak sia-sia, elok dijadikan ia lebih bermanfaat. Setiap sorang diberikan satu sudut rumah untuk gantungkan kad-kad raya yang diterima. Tak kisah kad dari artis, dari kedai tayar, kad tahun lepas pun leh masuk pertandingan nie gak.

Adik nampak semangat dok gantung kad-kad raya dia. Memang banyak pun kat raya yang dia dapat.

Aku. Takkan nak mengaku kalah. Aku lebih lama makan garam.

"Woitt.. woittt... mana aci gantung kad jemputan kahwin sekali nie" marah adik aku sambil belek-belek kad yang aku gantung.

7 ulasan:

tasikmerah berkata...

ppstt... gantung sekali kad raya 2, 3 tahun lepas... ha ha.

Amy Z! berkata...

print e-kad raya pun dapat membantu. hihi.

syida berkata...

bro, cmne nk anto kd raye..almt umh bro pn sy x tau;)..hehe..ry nnti dtg r umh klu x malu..jgn mare r..nnti kne jual:P

$h@$h@ berkata...

aik?..kad jemputan kawin pun jadi...??hhehehe

cikdinz berkata...

kantoi plak...hehee..

cikin berkata...

wahahahaha.. perlawanan sengit ni. sapa yang jadi juri?

kemat berkata...

tasik merah:
habis selongkar simpanan lama dah..heheh

amyz:
dah banayk lak yg delete

syida:
kat mana umah syida...

shasha:
tiada rotan akar pun berguna

cikdinz:
heheh

cikin:
err..aku laa... aku kan abang