Selasa, September 19, 2006

Team Building

Minggu lepas, dalam kesibukan kerja sempat gak melarikan diri ke Teluk Batik menjalani aktiviti team building. Banyak sangat kje pun bosan gak, moral down. Kesempatan sebegini mampu merehatkan seketika minda dari segala urusan kerja walaupun sepanjang 3 hari di Teluk Batik aku masih mnerima panggilan dri opis bertanyakan tentang itu dan ini.

Apa kamu buat kat saner tu. Soklan boss aku. Aku agak ler. Kat saner, aktivitinya lebih kepada aktiviti luar seperti abseiling, beach games, flying fox, berkayak, jungle trekking. Ada iras2 fear factor dan juga explorace.

Aku kira aktiviti2 ini berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan kerjasama dan semangat kekuatan berpasukan. Sekurang2nya dalam tempoh aktiviti itu dijalankan. Kami bersatu bersama2. Sentiasa. Tak pernah berpisah. Tak pernah berjauhan. All for one. One for all.

Namun, pada malam hari, situasinya berbeza. Kami tidak lagi bersama dalam satu kumpulan. Kamu dapat lihat masing2 membawa diri ke sudut yg berbeza. Ada dibangku taman resort, ada di tepi kolam mandi, ada di balkoni, ada jua berinteraksi sambil terbaring di atas katil. Walaupun topik perbualannya hampir sama, "apa khabar yg di sana, sedang buat apa, dah makan ker, siang tadi macammaner". Masing2 senyum di sebalik talipon tangan yg canggih itu. Mengubat rasa rindu dan kasih biar cuma seketika hilang dari pandangan mata.

Aku? Aku hanya menonton citer Puteri di TV3. Telefon canggih aku sepi tanpa sebarang bunyi. Aku lena di sofa tanpa mengucapkan selamat malam pada sesiapa. Dan telefon aku hanya kembali berbunyi pada Subuh hari tanda permulaan hari baru yang rutinnya sama.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cik bunga tidur awal.
esok-esok dia call la.
saper suruh tak sponsor kredit.

hehe.

zwitterion berkata...

kesian kemat..

Tanpa Nama berkata...

best nyer team building.. siap boleh bersantai-santai kat telu batik.. aku pon nak pegi la.. hahaha...

Tanpa Nama berkata...

ehh bukan ko dah janji ngan aku x mau tengok Puteri lagik? hahaha

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kau pernah join aktiviti OBS tak kemat...? Sajer nak tanya...

13may berkata...

ish...awat tak call 999?

Kemat berkata...

neeziee&zwitt:
aku tak bermaksud aper2 la..aku cuma nak bgtau team building kami hanya pada siang hari..mlm memasing wat hal sendri

orochi:
aku suka team building sambil bersantai..lega kapal otak ckit

paqlee:
aku dah bosan tgk siling

blackpurple:
OBS..tak penah..tapi aku tau ckit pasal OBS nie..aktiviti dia best..xtreme..kat teluk batik ade kem OBS gak..

orochi:
malas nak kacau polis

Tanpa Nama berkata...

jomm kemat kite enjoyyyyyy!