Pagi tadi, sebelum masuk ke bilik air untuk mandi hosmet aku tanya, "Kemat, hang dah korek telinga lum pagi nie".
"Ehh..apehal plak nak kne korek telinga pagi2 nie"
"Ko dah lupa ker 24hb kita mula berpose.. dah tak leh korek telinga pagi2"
Ya. Aku tak lupa. Malam tadi aku dah dengar pengumumannya walaupun kat kalender Cina dah diramalkan tarikh permulaan pose adalah esok 24hb September 2006 adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1427. Kalender berbuka pose pun aku dah amik kat masjid masa gi solat Jumaat kelmarin. Dan untuk sebulan akan datang, aku arif benar masa masuk waktu Maghrib. (Sebenarnya aku tergezut gak, bila tgk takwim, Maghrib kat Penang sekitar 7.15 mlm..heheh.. selama nie aku solat Maghrib dalam 7.45, yelah.. jarang tgk takwim, tak tau waktu sebenar Maghrib kul baper, main agak jer)
Dan untuk bulan Ramadhan yang mulia ini, aku nak amik kesempatan ini untuk memperbanyakkan ibadah. Malam tadi dengar ceramah, ustaz kata 1 pahala di bulan Ramadhan digandakan 70 kali. Banyak tu. Selalnya di awal Ramadhan jer aku bersemangat. Pastu makin kurang terutamanya bila dah dekat nak raya. Ishh.. teruk betul kan. Jadi untuk bulan pose thn nie aku dah wat satu checklist azam yg perlu aku ikuti. Jom bantu aku capai azam aku seperti:
1. Aku nak khatam baca Al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan nie. Sekurang2nya aku kne baca 1 juzuk 1 hari. (Hmm..bolehh ker nie)
2. Tak nak tinggal solat terawih. (Susahnya biler dah dekat rayer, selalu time nie kantoi la terawih aku)
3. Kuatkan lagi bekerja. Tak der la asik ngantuk jer kat opis. Aktifkan dirimu kata Hotlink.
4. Berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi menahan dari melakukan perkara2 yg membatalkan puase dan juga yang boleh mengurangkan pahala puasa.
5. Membeli gula 2kg setiap hari untuk keperluan masa raya nanti. (Nie sebenarnya tugasan yg mak aku bagi, setiapa hari beli 2kg gula, kang tak merasa la tat nenas raya nanti)
Aku juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog liepan ini. Moga kita sama2 beroleh rahmat dan keberkatan pada bulan yang mulia ini.
"Ehh, ngko ader putik kapas lagi tak, tak cukup ler..dah lamer tak beroperasi nie" kata ku pada hosmet sesambil kami mencuci telinga dan menikmati kopi di pagi hari sebelum mandi untuk bekerja pada agama, negara dan bangsa.
24 ulasan:
aku pun nak beli gula gakler...nak simpan...nanti nak raya boleh buat bisnes atas angin..hahaha...Selamat Berpuasa kat hang k...
Semoga azam kamu sepanjang bulan ini terlaksan.. :)
selamat berposa cik kemat.. moga cukup bulan nih erk.. huhuhu
salam ramadhan...selamat berpose...jgn tinggal k..
jgn kerana unggas di rimba, denak di sangkar kau lepaskan;
jgn krn pelangi yg indah, lampu di kamar kau matikan;
jgn krn kerlipan kaca, batu berlian kau campakkan;
DAN....
jgn kerana ayam percik, buah kurma; kau awalkan waktu berbuka....hehehehe..
Salam Ramadhan:)
salam ramadhan.. jangan monteng puasa.. kalau ada lauk huloq mai skit.. selamat berpuasa.
azam kena beli gula yang tahan tu..sekali beli dpt sekilo jer..
hari ni belanja aku berbuka la wei.
aku nak ayam golek pantai dalam.
XD
aku nak ayam golek pantai dalam gak...!!!
Laaa..macam la malam tak boleh korek...hehehe..
Dulu2 aku jarang dapat solat terawikh berjemaah... Selalu solat solo kat rumah....Berbuka pun kekadang kat tengah jalan......harap2 tahun ini tidak...
Selamat berpuasa...
Selamat Berpose Mohd Kemat
Uiks orng Penang gak ke. Hohoho aku tengah loncat-loncat blog. :)
Samat berposa.
tinggi azam kamu tu kemat... tahniahhhh! tapi.. camna aku boleh bantu? aku pun susah nak jumpa gula!
Salam Ramadhan,
Yang azam No. 5 tu memang hebat! Menjelang raya ada 60kg gula...pheww!
Selamat berpuasa :)
paqlee:
ingat thn nie tak nata wat bisnes mercun, kita bisnes gula nak paqlee
sikenit:
tq, :)
maniq kayangan:
ya, moga berpuasa penuh, pahala pun score penuh
aman:
salam ramadhan
13may:
tak tahan kne lari gi sabah ler, leh bukak awal
orochi:
hang nak ayam panggang ker daging bakaq
benggong:
juga untuk kamu, bila nak bukak poses skali nie..
ayag masaq:
hati2 meloncat, kang jatuh x leh nak raya
lan rambai:
kita kidnap kat kilang gula jom
bungarampai:
60kg..tak cukup lagi tu..nak wat samperit, bauhulu, kuih bakar dan lain2 lagi
isk..hang neh..
pengotoq hahaha
tak pa lain kali buat lagi no
hahaha....no problem frend...kite boley jadik pengedar gula yg tidak kurang berjaya...2kg/person/day
selamat berpuasa gakkk..
selamat berposa kemat
jangan korek2 dah
hehe.
tahun lepas punya dah bayor???
mesti bersih dah kan telinga?? hhehehe
aku bukan bidadari:
ehh..kalau udah korek telinga kira pembersih la..org yg tak besa cuti telinga la pengotor
paqlee:
bila nak mula nie
wani:
thanks :)
op:
malam leh korek
esis:
thn lepas x der hutang
faizah:
bersih sesangat..tak caya leh intai tgk..
kat tmp ko ada byk kedai dan soping kompleks...kat tmpt aku kedai runcit pun boleh bilang....huhu..aku dah mula dah nih....
Waaa, malam pertama tu, aku baca al-Baqarah samapi subuh. Malam kedua ali-Imran separuh juzuk... Tak abih lah tawun nihhh
Catat Ulasan