Khamis, September 07, 2006

Hati Yang Terpilu Tika Awan Warnanya Kelabu

Hari Selasa itu. Aku pulang kerja agak awal. Tak seperti selalu. Sebelum Maghrib, aku dah siap mandi dan bersedia awal untuk urusan seterusnya. Dan ayah yg selalunya mengajar di masjid pada malam Selasa tidak ke masjid atas faktor kesihatan. Dan Maghrib itu kami solat berjemaah sekeluarga. Dan lama kami tak berjemaah bersama. Terasa seperti kembali semula pada zaman aku masih bersekolah dulu2. Sering dimarahi ayah tatkala lewat kembali dari bermain pada waktu petang untuk persediaan solat Maghrib berjemaah.

Ayah dalam kesibukannya masih sempat berjemaah di masjid sedangkan anak muda seperti aku sering leka dengan cerita di tv dan akhbar pada petang hari. Cuma sesekali ayah menegur, pada tika jam 8 aku masih asyik dengan berita tv semata2 menanti kisah sama yg akan aku baca di akhbar esok hari. Dalam usia semakin dewasa, tentu ayah mengharapkan aku lebih bertanggungjawab terhadap amanah ini. Buakn seperti anak2 kecil yang sentiasa perlu diajar.

Dan selepas solat Maghrib berjemaah itu. Ketika bersalaman dengan kedua orang tuaku, terasa sayu hati ini. Selami ini aku telah dijaga dengan penuh kasih sayang. Tiada siapa yang lebih menyayangi aku sekarang selain dari kedua orang tuaku. Apakah terbalas jasa dan pengorbanan mereka. Pagi tadi. Aku masih sayu sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Hatiku masih lagi berlagu pilu tatkala awan berwarna kelambu tanda hujan gerimis mengundang tiba.


Salam takziah untuk kamu, Neeziee sekeluarga. Banyakkan bersabar dan berdoa.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa kena mengena dengan neeziee Kemat??

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ya Allah, kau kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa aku masih kecil dahulu....... Amin..

Tanpa Nama berkata...

Sedih lak entri ni.. Salam takziah untuk Neeziee.

13may berkata...

Sama ngan BP & orochi...

ps: teringat kat arwah mak & bapak aku..

Tanpa Nama berkata...

ishk..syahdunya...

Sunan_Jati berkata...

Insafnyer aku... takmola dah buat juah ngan org tua! huhuhuh! walaupun bukan mak yah aku..

zwitterion berkata...

kembali kpd Pencipta

Bunga Rampai berkata...

Amin. (doa blackpurple)

...dan tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang mulia di sisiMU. Amin.

Salam.

Tanpa Nama berkata...

Ameen doa BP...
salam takziah utk neeziee & family..

sinaganaga berkata...

Oit2! Aku baru jumpa blog kau. Oit2!