Rabu, Jun 07, 2006

Mimpi Mereka Masih Mimpi Yang Sama

Benar. Kekalahan skuad MyTeam pd skuad Msia bukanlah berita baru. Kamu sudah jelas benar akan keputusan perlawanan itu. 1 berbalas 2. Jika ada yg masih belum tahu. Benar. Perkara ini sudah lama berlalu. Dah berminggu.
Tapi dalam kehangatan Piala Dunia yg semakin hampir menyingkap tirainya, MyTeam masih jadi topik perbincangan. Benar. MyTeam bukanlah antara pasukan yg beraksi di bumi Jerman. Negara kelahiran pemain MyTeam juga tidak beraksi di kejohanan prestij itu. Namun keupayaan My Team menyaingi skuad Msia msih jadi sebutan. Benar skuad Msia yg ditentang bukanlah skuad sebenar kebangsaan. Itu cuma skuad bawah 20 thun. Keinginan MyTeam bersaing dalam liga Piala Malaysia juga jadi bualan.
Aku sememangnya tak ingin mengulas akan keupayaan serta kemampuan MyTeam. Baik ketika beraksi menentang Msia atau niat menyertai liga. Kamu sendiri sudah menyaksikannya. Kamu sendiri sudah baca mengenainya. Di akhbar, di majalah, sewaktu berita TV3.
Hari ini jari2 ini ingin menaip akan kisah dan impian pemain2 MyTeam. Tentang mimpi mereka bila skuad ini dibentuk. Bila kelibat Shebby dan Khairy masuk kampung cari bakat2 yang mampu mencalarkan nama skuad Msia itu. Kamu tentu masih ingat. Telah dicanang2kan. MyTeam bakal menentang skuad utama Msia. Ketika itu kamu sudah memasang impian. Dan bermimpi. Menentang skuad kebangsaan senior. Tak dinafikan reputasi skuad bawah 20 tahun cukup hebat dengan keupayaan menewaskan pencabar dalam perlawanan persahabatan di Eropah. Tapi ini soal janji. Tentang mimpi kami di kampung.
Sepatutnya FAM faham tentang mimpi kami. Melihatkan skuad senior Msia menerima cabaran MyTeam. Sememangnya skuad senior yang bertanggungjawab akan palit arang di muka kita. Akan kegagalan kita mengatasi negara jiran yang suatu tika dulu cukup menghormati kita. Apakah skuad senior ini sudah lupa. Kamu smua yg perlu dihukum bila kita tewas pada Vietnam, dimalukan Filipina, dijinakkan Indonesia. Bambang lebih dikenali berbanding Akmal Rizal. Kelincahan Eliboey lebih digeruni berbanding Indra.
Entah kenapa FAM seakan tidak mengerti mimpi kami. Mungkin MyTeam bukanlah kaedah terbaik menghimpunkan pemain berbakat di seluruh negara. Tapi apakah FAM tidak perasan akan minat rakyat Msia setiap kali pemilihan MyTeam dilakukan. Suasananya seperti dulu. Bola sepak sukan yg cukup gah. Pertandingan bola peringkat sekolah zon pekan2 kecil pun jadi tumpuan. Kini, sukar untuk kamu lihat stadium itu penuh. Tapi sorakan MyTeam pada perlawanan tempoh hari menunjukkan minat itu masih ada.
Aku pasti FAM juga pernah bermimpi. Skuad kebangsaan menentang skuad gergasi seperti Argentina, England dan Jerman. Tapi jika kamu hanya berpeluang menentang skuad kedua atau skuad remaja negara ini, kamu pasti hampa walau kamu menang. Kerana ia tak sama seperti mimpi kamu.
Pemain MyTeam pernah bermimpi menentang skuad utama Msia. Nampaknya, mimpi mereka masih mimpi yang sama.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAM mmg mcm tu janji melayu.. tapi aku tgk skuad b20 mmg ada potensi pegi jauh sekurang2nya pingat emas sukan sea pun kira ok laa...

Tanpa Nama berkata...

senior sumer takut kot...

Tanpa Nama berkata...

aku tak minat bola.ahaks

Kemat berkata...

benggong:
aku setuju skuad b20 leh pegi jawab. cuma harap depa jgn cepat berlagak dpt wakil negara..

cikin:
sampai bila lg depa nak lari..

neeziee:
nampaknya ko leh join mak aku dlm persatuan anti bola sempena world cup nie